Pada tarikh 1.1.11, merupakan tarikh yang bersejarah untuk adik saya iaitu Ahmad Naim. Sebabnya, dia akan bernikah dengan pasangan hidupnya iaitu Azwa @ Azura. Ini juga bermakna, bertambah seorang lagi adik ipar saya..heh..hehe..heh. Dah akan bertambah lagi seorang adik ipar paling bongsu, insyaAllah tahun depan kot..aminn..:)
Adik ipar saya ni berasal dari Chemor, Perak. Tak jauh dari KL & Kedah ni. Kiranya berjumpa kat tengah-tengah berjalananan. Kalau dari KL mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Chemor, begitu juga dari Penang/Kedah lebih kurang 2 jam jugakla perjalanan.
Majlis pernikahan ni berlangsung cukup sederhana dan meriah. Seperti yang dijanjikan, rombongan pengantin lelaki sampai rumah pengantin perempuan tepat pada waktunya iaitu 11am.
Ni Putra Amir...lasak kemain lagi..umur pun dah setahun lebih..big boy dah ni..:) Ni dlm perjalanan nak pegi Chemor.
Suspend aje masing-masing tunggu akad nikah.
Papa bersama ayah Azwa (pengantin perempuan)
Kusyuk mendengar pertanyaan tok kadi sebelum dinikahkan.
Ila, si pengubah hantaran..anak tu tengah lapaq..:)
Juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah sungguh menyelerakan.
Aksi-aksi jurukamera yang bertauliah...heh..heh..heh..
Kami dah nak balik dah ni. Jaga diri baik-baik naaa...:)
From my camera..:)
From allMoments.fotopages.com
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA NAIM & AZWA.
SEMOGA AMAN BERBAHAGIA SELALU, GEMBIRA SELALU, SIHAT-SIHAT SELALU, MURAH REZEKI SELALU & BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. AMINNN
Sebelum saya terlupa, majlis bersanding di pihak perempuan akan berlangsung di Chemor pada 12 Feb 2011, manakala pihak lelaki akan berlangsung di Alor Setar seminggu kemudian iaitu 19 Feb 2011.
No comments:
Post a Comment