Wednesday 10 January 2018

Trip to CH - Part 3


Salam to all my dear friends and family.


Its time to go home..we pack our things and check-out.  Kami singgah kt Kea Farm untuk beli sayur-sayur dan pesanan penaja dari kawan-kawan.  Saya memang tak ada yang memesan ni..legaaaa.. Kami singgah tak lama..sebab kami ada 1 lagi aktiviti yang kami nak buat.  Dah rancang lama...sebelum naik CH lagi.
Kak Ita suruh kami semua masuk dalam Time Tunnel ni..dia kata best.  Dia dah masuk dah sini dulu...so, Kak Ita tunggu kami kat luar.  Selama saya ke CH ni..tak pernah terlintas nak masuk dalam ni.  So, memandangkan Kak Ita dah rekomen tempat ni best..why not kan..hehehe.  Entrance fee is RM6.  Lokasinya sebelah kiri menghala ke Pekan Brinchang.  Muzium ni adalah muzium pameran barang-barang lama..sesapa yang ke sana wajib pergi muzium ni..bagi saya amatlah berbaloi bayaran dan kita akan dapat menikmati nostalgia zaman kita kecik-kecik dulu.. Ohsem!! 



Jom kita tengok apa yang ada dalam tu...Kat sini yang bestnya...kita boleh amek gambar walaupun ia bukannya hak milik kerajaan tetapi hak milik perseorangan.  Tak ada jugak penjaga muzium yang mengekorr ke mana saja kita pergi..keh keh keh.



Tempat ni tak delah besar sangat...tapi barang-barang yang depa letak kat sini memang OLD SCHOOL.  Ada di antaranya, saya pun tak pernah tengok dan tak tau pun benda-benda camtu pernah wujud..huhuhu.






Best gak kat Time Tunnel ni.......Enviroment dia sama macam muziumnya. Berbaloi la dengan duit kita, cuma tempatnya kecik tapi banyak barang kita boleh tengok, tin susu, dokument2 penting negara, papan iklan lama2, basikal posmen pun ada. Yang bestnya, kita boleh sentuh semua benda ni dan boleh snap foto sesuka hati. satu sen pun x kena duit. Bayar tiket masuk je.





You will realize time flies so fast kan.. Barang-barang dalam tu memang nostalgia sungguh..haruss ku bawa Papa ke situ 1 day.  Sebenarnya banyak lagi gambar yang saya nak share kat sini...rasanya cukup dulu la kan..hehehe. Takut letak banyak-banyak orang jemu.  Anyway, kalau nak lagi feel..silerla datang sini tengok sendiri.  Tempat ni dalam proses ubahusai lagi..kiranya makin banyakla barang-barang lama yang akan dipamerkan lagi nanti..insyaAllah.  


Kak Ita tunggu kami kat luar..hehehe.



Meh saya nak cerita pasal our new adventure kt CH.  They called it as Safari Ladang Teh.  Dibuka setiap hari dari 8.30am - 6.00pm.  Kalau hari cuti tutup at 7.00pm.  Senang je nak cari tempat ni..sepanjang jalan ada je banner, signboard for this activity you wont miss it. Kalau melalui jalan Simpang Pulai, mungkin tempat ni yang pertama kita akan lalui dan betul-betul kat tepi jalan utama Kuala Terla, sebuah kampung di antara Tringkap dan Kampung Raja.  Ada 2 ladang teh di kawasan Tea House ni iaitu milik Bharat Tea dan milik Cameron Valley.



4x4 Safari ride : Safari di ladang teh menggunakan jip 4x4 atau ATV. Harganya kalau bersiar-siar menggunakan 4x4 : RM 10 seorang, ATV Safari : RM 35 dan Extreme ATV : RM 199. Jauh gak perjalanan naik bukit kemudian turun bukit, yang landai, yang curam dengan pemandangan kiri kanan kehijauan daun teh dan pemandangan tanah tinggi yang memukau. Semua ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bila dah sampai puncak, kita diberi peluang untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan pokok teh yang sangat cantik. Laluan jip ni bersimen dan selesa..kiranya kita naik jip ni santai-santai sambil hirup udara segar.  Walaupun hujan rintik-rintik masa kat atas, adventure tetap diteruskan..hehehe.






Cucaca tak mengizinkan...kemana sahaja payung tetap kena ada.




Sebelum turun, kita minum dulu..rest kejap sebab nak balik KL pun jauh jugak kan.




Dah kenyang...its time for us to go home.  Hujan pun tak ada tanda-tanda nak stop.  Perjalanan pun tak bosan...sebab meriah dgn gelak ketawa dalam kereta.  So, driver pun tak la mengantuk.. Thank you so much Kak Ita, Kak Su & Amie...sudi teman driver ni borak-borak so that tak ngantuk.  Kejap je rasa dah sampai KL.  

InsyaAllah...panjang umur..murah rezeki, kita plan lagi datang sini k.  Kita bawa lagi geng-geng travel yang lain.

Wednesday 3 January 2018

Trip to CH - Part 2


Salam to all my dear friends and family

The next morning, memang kami semua bersiap awal macam biasa la kan..tak la lewat sangat pun masa kami turun.  Bila nak kami nak bfast..tup tup bfast dah habis..! Tinggal roti ajer...tu pun beberapa keping ajer.  Adeiihh...kata bfast dr 7.30am - 10am.  Pkl 9am pun belum bfast dah habis?  Then, kami tanyala..kot2 ada mee2 goreng ke...nasi2 goreng ke...emmm...haramm tak adaa.  Sedih..:( So, kami decide makan ajerla kedai lain.  



Frust sebab bfast dah habis..huhuhu.  Moh la cari makan kat tempat lain.


Kat Brinchang ni ada medan selera...so disinilah kami menjamu selera.


Lepas breakfast sebenarnya...masing-masing dah kenyang dan ada yang nak menunaikan 'hajat'.  So, dah alang-alang ni singgah terus la kt Heritage Hotel ni.. Cantik view kat sini.  Selesai settle 'hajat' masing-masing barula ada mood nak bergambar kan.  


Nak jugak posing mcm artis CikTa tuuu...hahahaha  
Tengok-tengok ada gaya takk..?!?!




Candid from 4 of us!!



Ladang Teh Bharat ni merupakan ladang teh kedua terbesar di CH. Ia juga dikenali as Cameron Valley. Tempat ni senang aje kalau nak tahu lokasi dia, sebab ianya terletak di tepi jalan.  Parking pun ada jugak disediakan.  Nak masuk ladang ni FREE aje..tak payah bayar.  



Weeyy....jauhhh nun depa turun kat bawah tu haa....!!



Tengok apa tu sis..??   



 Next is The Lake House Resort.  Resort ni terletak area Ringlet.  Resort ni view dia sungai..cantik.  Terletak di atas bukit pulak tu. Kami tak dibenarkan untuk merayau kawasan hotel ni sebab kami tak menginap kat sini.  Tapi, degil punya pasal tour jugakla dendiam.  Kalau tak buat camni, ntah bila lagi la kan.  Kalau nak stay sini, mau koyak poket nak membayar harga untuk 1 bilik..huhuhu.




A lovely quiet hotel away from the madding crowd. You feel very relax in this hotel. Highly recommended for honeymoon couples. The Tudor styled hotel has a unique character of its own radiating a warm welcome.


View sungai..nyamann lepak sini.



Seterusnya kami ke Boh Heritage Tea Centre & Factory di Tanah Rata.  Dulu saya pernah cuba jugak cari tempat ni celah bedah mana laa..rupanya kat Tanah Rata..ya Allah..baru la tahu tempat ni.  Mujur Kak Ita ada...diala yang bagitau lokasi sebenar tempat ni..:) Otw nak ke sana jalannya sedikit curam dan sempit..mula-mula ingatkan salah jalan..rupanya memang betul jalan dia..hehehe.  Sampai sana, ada open space parking area..park kereta kat situ [FREE].  Then, tunggu Bas Sekolah [Shuttle] akan bawa kami semua naik bas naik sampai atas. 


Kak Su ditemani pelancong-pelancong dari luar negara...cewaaahh!!!




Sampai-sampai aje terus ke cafe'..simple aje cafe' dia tapi menarik...Ramai jugak manusia yelah..weekend kan..harusla ramai pelancong.




Jom kita mendaki..!!




Fuuhh...semput jap naik atas niee..!!  Kawasan ni memang tinggi!! Bila dah naik tu memang buatkan saya tercunggap-cunggap dah macam kurang oxygen haaa.  Gayat jugakk..kalau sapa yang tak tahan or tak larat tu..tak payahla panjat.  Tapi sayang la kan..dah mai jauh-jauh tak panjat bukit ni.  Sepanjang panjat bukit ni..kita boleh bau daun teh..semerbak wangi jugaklaa..hehehe.


Dah nak pengsan Kak Su haaa...sikit lagi..sikit sikit sikit lagi...:)



Yeaayyy!! kami berjaya sampai ke puncak..!!  Langit dah mendung tuuu...tak peduli lantak la hujan pun hujanla...


Menikmati keindahan yang menghijau








Laju yeaa turun...naik masing-masing semput..faktor usia giewwww...hehehehe.





Tunggu shuttle




Kampung Taman Sedia ni memang terkenal dengan Satu Desa Satu Industri dan produk utama mereka ialah berasas kan strawberry. Kami singgah kt Abang Strawberry cafe ni.  Ada jugak disediakan sarapan pagi dengan hidangan Nasi Lemak Sambal Strawberry yang hanya ada kat sini.  Tapi kami sampai pun dah petang..xkan nk makan nasik lemak.  Selain itu jugak, menu lain macam laksa johor, soto nasi, nasi kukus ada jugak dihidangkan dengan jus strawberry, dan jugak minuman lain.



Kopok leko and banana split..yummeehh!!


Minum petang kat sini memang best.  Suasana pun very cooling.



Banana split ni sedap ya amaatt!!!



Ada plak kengkawan mengorder ubi..kami pun belila ramai-ramai secara berjemaah.  Saya tak beli..sbb tak ada orang order..hehehe.

 

Menu lebih kurang macam smlm jgk..kali ni kami order tomyam putih.



Same shop as yesterday..hehehe.  Same menu jugak..tomyam sedap beb..!! Dah penat-penat naik turun ladang teh...kenala makan kan.

Lepas makan, balik hotel...semua kepenatan terbongkang tidur..hehehehe.  Lepas maghrib, kami round again ke pasar malam.  Mentang-mentang tak jam...asyik ke pasar malam aje.  Mana taknya...kat sana mcm-mcm ada..especially the food. I love the food so much!!

Sekian....to be continue...:)