Saturday 29 February 2020

Umrah_Part 9

Salam to all my dear friends and family

Program hari ni ialah ke Thaif.  Thaif ni merupakan tempat yang bercuaca sejuk terletak lebih kurang 2000 meter dari paras laut.  

Bumi Thaif ni dijadikan tempat oleh Rasulullah SAW bersama Saidina Zaid bin Harithah menyebarkan dakwah islam.

Kesan dari pemergian Rasulullah SAW ke bumi Thaif ni telah meninggalkan sedikit sebanyak sejarah yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan.

Jarak dari Mekah ke Thaif lebih kurang 90km, terletak lebih 2 marhalah dari Mekah.


Breakfast dulu kat hotel sebelum kami semua bergerak tunggu bas kat bawah.





Kawasan Mina


Penempatan khemah tetap di Mina





Masjid Abdullah bin Abbas dinamakan sebab Abdullah bin Abbas dimakankan disini. Sejarahnya, Abdullah bin Abbas telah menjadi pembantu Rasulullah SAW sejak kecil lagi dan sentiasa mengikut kemana sahaja Baginda pergi. Menjadikan ia mendapat berbagai ilmu terus dari Rasulullah. Masjid ni dibina sekitar 592H.


Setelah kewafatan Rasulullah beliau terus mencari ilmu dari sahabat-sahabat Rasulullah. Beliau merupakan orang yang amat cerdik dan telah meriwayatkan lebih kurang 1600 hadis. Hadis yang dikumpulkan beliau datang secara terus dari Rasulullah dan jugak dari sahabat-sahabat Rasulullah.




Jemaah dari Turki.  


Berebut-rebut haa ..nak ambil gambar sama-sama..:)  Bila dah salam..siap cium-cium pipi ...nampak  macam depa suka dengan kami ni.



Makan aiskrim dimana sahaja...yummeehh!!




Amazing Umrah group photo!

Seterusnya kita makan dulu sebelum kita proceed to our next destination.  Kita makan nasi arab with ayam and kambing.


Guys di luar...manakala ladies.....(next pic)


Makan berkonsepkan Morocco...haa gituuu




1st time rasa kunafa ni...sedap jugak.  Balik Msia nak kena cari ni kat mana ada jual.


Menu lunch kami nasi arab, ayam dan kambing.  Rasanya...masyaAllah...enak banggatt!!!



Ini budak memang tak boleh nak duduk diamm...:) :D





Kemudian kami dibawa ke kilang minyak wangi..kilang ni produce minyak wangi guna bunga ros. Kalau nak beli minyak wangi kat sini memang recommended sebab murah dan boleh tawar-menawar.


Thaif juga terkenal dengan memproses bunga ros. Dalam kedai ni berbagai produk bunga ros dipamerkan, dari pati bunga ros, minyak wangi, air ros, sabun dan sebagainya. Harga bergantung pada produk. 


Nyaman kat sini...sejukkk.  Sebab Thaif ni kan letaknya tempat tinggi...tu yang rasa nyaman.




Settel beli minyak wangi, seterusnya ke gerai buah-buahan segar di Thaif ni. 



Tengok gambar ni...semua buah-buah kat sini sangat segar...murah...my SIL yang banyak borong fruits....I tumpang rasa sikit...hehehehe.






Selesai membeli buah-buahan segar, kami terus ke Masjid Qarnul Manazil (Miqat) untuk berniat sesiapa yang hendak membuat Umrah.

Tamat sudah cerita Thaif saya pada kali ni.  

Nanti saya sambung lagi cerita kt Mekah ni k.


Monday 24 February 2020

Umrah_Part 8

Salam to all my dear friends and family.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 6 ke 7 jam bergantung pada traffic. Sepanjang jalan ada yang mengaji, ada yang tidur, ada yang layan perasaan (saya la tu) ada yang bersembang.  Bila dah tidur bangun tidur bangun tidur bangun..kami pun selamat sampai ke Mekah


Sepanjang jalan dari Madinah ke Mekah ini ajerlah viewnya. Cuma kadang-kadang tu nampak jugak beberapa ekor unta duk lepak..tapi tak dan nak snap gambaq...baik punya duk layan perasaan dalam bas...camnela sat lagi sampai kat Mekah tu kan. Hati ni seronok ada...sayu ada ada...isshh..tak tau nak habaq la kan.  Selama ni duk tengok kat tv ajer...kali ni betui-betui dapat dapat depan mata.



Tudiaa...nampak dah Menara Jam..dah dekat. Hati ni lagi laju berdegup dup dap dup dap dup dap...huhu.


Alhamdulillah....akhirnya kami sampai di Mekah Al-Mukarramah dengan selamatnya. Kami terus di bawa ke Ritaj Albayt Suite Hotel.



Tunggu kunci bilik



Bilik yang sangat selesa - 5 katil di atas, 2 katil di bawah.



Bilik air pun ada 2 - 1 atas 1 bawah..memang tak kalut la nak mandi ke...selesa sangat.


Hati-hati yea turun tangga yang curam ini.


Unit duplex kami lengkap dengan set meja makan untuk 6 orang, mini kitchen, sofa


Kami diberi masa hingga lepas Isyak untuk bersiap2 dan bersihkan diri sebelum menunaikan umrah. Haaa...masa ni kena berhati-hati dan jaga pantang larang seperti jangan memakai wangi-wangian, rambut gugur, memakai pakaian berjahit (lelaki), dll. 


Kami gerak dari hotel menuju ke Baitullah pada jam 9 malam. Sepanjang berjalan kaki ke sana dikehendaki bertarbiah tidak putus2 dengan penuh rasa kesyahduan. Fuh, masa tu perasaan rasa teruja melihat umat manusia yang sangat ramai dan perasaan berdebar2 untuk melihat Kaabah.

Bermulalah rukun umrah yang kedua iaitu tawaf di Baitullah sebanyak 7 kali pusingan. Kena niat tawaf...."sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala".

Tawaf hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad. Kalau rasa tak yakin nak mulakan di mana, kat sana ada tulis perkataan START dan ada lampu hijau. Gambar hanya boleh di ambil selepas tawaf yer. Kalau amik gambar semasa tawaf confirm tawaf batal sebab bahu kiri dah teralih daripada menghadap Kaabah. 

Tawaf akan terbatal jika bahu kiri teralih daripada Kaabah tapi bukan batal semua. Hanya terbatal untuk pusingan itu sahaja dan perlu ganti pusingan yang terbatal sahaja.   


Semasa tawaf tidak boleh menyentuh atau berada dalam Hijr Ismail....dalam lengkungan separa bulat seperti gambar di atas. 

Semasa tawaf juga tidak boleh memegang Kaabah, kelambu Kaabah dan Syazarawan (kaki Kaabah) seperti gambar di atas. 

Selepas tawaf sunat berdoa di Multazam kerana Multazam adalah antara tempat doa mustajab. Insya Allah.....  Multazam adalah bahagian di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah. 

Rasulullah saw bersabda,”Multazam adalah tempat doa yang mustajab (terkabul), tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul doanya.”


ALHAMDULILLAH....Akhirnya kami dapat masuk ke dalam Masjidilharam dan kami dapat melihat KAABAH. ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!! Rasa seperti bermimpi dan sangat2 tak percaya dapat melihat Kaabah depan mata. Ya Allah....terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami. Terasa kerdil diri ini. Allahuakbar!!! 


Selepas tawaf perlu solat sunat tawaf 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim atau yang berdekatan dengannya. 

Selepas tawaf juga disunatkan minum air zam-zam sebelum melakukan sai'e. Sebelum minum air zam-zam bacalah doa..."Ya Allah, Kau berikan aku : 
1. rezeki yang luas
2. ilmu yang bermanfaat
3. penawar segala penyakit

Alhamdulillah....selesai sudah rukun umrah yang kedua  


Rukun umrah yang ketiga adalah saie di antara Bukit Safa & Marwah sebanyak 7 kali. Daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira 1 pusingan. Lepas tu, daripada Marwah ke Safa di kira 1 pusingan. Maksudnya, pusingan terakhir akan berakhir di Bukit Marwah.

Ada kisah di sebalik saie ini iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Hajar berulang-alik daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali pusingan untuk mencari air untuk diberikan kepada anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Ketika itu Ismail masih kecil sedang menagis kehausan sambil menghentak-hentak kakinya di tanah dan keluarlah air zam-zam.


Haaa....nampak tak lampu hijau tu? Disunatkan bagi kaum adam untuk berlari-lari anak di bawah lampu hijau kerana di sinilah Siti Hajar mula berlari-lari untuk mencari air. 



Rukun umrah yang keempat iaitu bertahallul, bergunting atau bercukur rambut sekurang2nya 3 helai tapi sebaik2nya cukur semua (botak) bagi kaum Adam.  

Tips semasa nak bercukur. Kalau boleh bawa gunting sendiri. Tak perlu semua orang kena bawa. Cukup seorang atau dua orang dalam ahli keluarga kita. 

Selepas bertahallul, rukun umrah yang kelima adalah tertib. Alhamdulillah, selesai lah umrah kami. Alhamdulillah, dapat buat umrah sebanyak 2 kali. Terima kasih Ya Allah kerana Kau permudahkan urusan kami di sana. 









Makan malam kami hari pertama di Mekah.



Jom kita balik...letih sangat hari ni.  Pada masa yang sama..kami amat bersyukur Allah permudahkan segala urusan Umrah pertama kami pada hari itu.


Kami masuk aje pintu masuk Abraj ni belok kiri akan jumpa signage hotel kami.


Masuk aje pintu ni, terus tekan lif 10th floor..sampai la hotel kami.  Cukup mudah dan sangat dekat hotel kami dengan masjid.

Sekian dulu untuk cerita kali ni...insyaAllah nanti saya sambung lagi.