Thursday, 20 February 2020

Umrah_Part 7

Salam to all my dear friends and family.

Subuh yang terakhir buat kami semua di Madinah.  Rasa sayu ajer hati ni..belum pergi ke Mekah lagi...hati dah mula terasa rindu.  Feel kat Madinah ni...isshh..hanya Allah yang maha mengetahui.

Dengar azan Subuh di Masjid Nabawi...ayaq mata dah mula keluar...sambil duk berdoa banyak-banyak..moga Allah jemput kami semua semula ke sini.  


View masjid dari hotel lobby kami.



Pada hari terakhir kami di Madinah, kami melakukan Ziarah Wada yang bermaksud selamat tinggal kepada Nabi Muhammad S.A.W. Rasa sedih bila sebut perkataan Ziarah Wada yang bermaksud SELAMAT TINGGAL YA RASULULLAH tapi pada masa sama hati tidak sabar-sabar untuk ke rumah Allah di Masjidil Haram.

Kami ke arah kubah hijau dan di situ kami berdoa buat kali terakhir. Ada doa khusus untuk Ziarah Wada (boleh baca kat buku panduan umrah / haji). Tapi yang paling penting...doalah bersungguh2 dan penuh keikhlasan. Doalah supaya dipanjangkan umur agar dapat dapat ke Masjid Nabawi sekali lagi. 

Dalam masjid tadi dah nangis dah seround...bukan seround..beround2 la... ni kat luaq masjid nangis lagi. Ya Allah..sabar ajerlah kan. Ni duk menaip ni pun duk sebak...sememeh betulaa saya ni.


Matahari nak terbit..subhanallah...cantikkkk!!



Memang sedih sangat...kalau boleh tak nak tinggalkan Masjid Nabawi!!!! Muka dah merah-merah masa ni..Abg Wan mai pujuk..huhuhu


Bas yang bawa kami ke Mekah. 


Kami dah siap berihram.


Inilah Masjid Bir Ali atau nama lain Dzulhulaifah. Ini adalah tempat miqat (niat) bagi penduduk Madinah atau jemaah yang datang dari arah Madinah yang akan mengerjakan umrah atau haji.  Jarak daripada Masjid Nabawi ke Bir Ali lebih kurang 10km. Manakala jarak dari Bir Ali ke Mekah lebih kurang 425km dan merupakan jarak Miqat yang paling jauh. Haa...bayangkan nak jaga pantang larang dalam tempoh perjalanan yang sangat jauh tu. Sangat menguji kesabaran.  


Masjid di sini cantik sangat dengan landscaping yang tersusun dan hijau sangat. Tandas dan bilik persalinan banyak dan sangat selesa kerana di sinilah jemaah berkumpul untuk mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram. Tapi kami dah buat semua tu daripada hotel kat Madinah lagi. So, dah jimat masa dan dapat la mengurangkan kesesakan kat sana.  

Kemudian, kami terus pasang niat Ihram Umrah yang merupakan RUKUN UMRAH YANG PERTAMA..."Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala" 

Haaa...kena ingat. Selepas sahaja niat Ihram....maka bermulalah PANTANG LARANG YANG PERLU DIJAGA. JIKA TIDAK...KENA BAYAR DAM. Antaranya....tidak boleh pakai kasut (lelaki), memakai pakaian berjahit (lelaki), tidak boleh tutup kepala (lelaki), tidak boleh memakai wangi-wangian, tidak boleh mencabut atau tanggal bulu/rambut, tidak boleh potong kuku, tidak boleh membunuh binatang, tidak boleh buat hubungan kelamin dan banyak lagi.   


My siblings.


Bergambar sementara tunggu jemaah yang lain. The ladies with white telekung..:)  



Ini kawasan di luar Masjid Bir Ali...cantik dan penuh dengan pokok yang sangat hijau. Ramai yang duduk rehat di situ.   




The Sulaiman's family.


The Amazing Umrah's group


Perjalanan daripada Bir Ali ke Mekah suasananya sama seperti perjalanan daripada Jeddah ke Madinah. Semuanya berbatu dan berpasir. Tiada tumbuhan. Jalan highway dan selesa. 


Kami berhenti rehat di WADI QUDAIT. Kami makan nasi arab Ayam. Ya Allah...sedapnya!!!!. Lepas makan kami singgah ke toilet jap. Ok lah, Alhamdulillah.   Selepas itu, kami solat Zohor dan solat jamak Asar di Masjid Nabawi.  Kena buat solat jamak sebab perjalanan ke Mekah ambil masa 7 jam. 


Sebelum mengerjakan umrah...kena tahu RUKUN UMRAH iaitu :

1. Niat Ihram di Miqat
2. Tawaf di Baitullah
3. Sae'i di antara Bukit Safa & Marwah
4. Bercukur / gunting / tahallul
5. Tertib

Sepanjang perjalanan Mutawwif minta kami bertarbiah dan ketika itu air mata berjujuran dan tak sabar untuk bertandang ke rumah Allah. 

LabbaikAllah Humma Labbaik
Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu

LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu

Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak
Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Kami bertarbiah sampai tertidur. hihihi...

Okey...stop dulu sat...nanti saya sambung lagi naaa...



No comments: