Waktu Raudhah untuk jemaah wanita dalam sehari :
Selepas Subuh sehingga jam 9-10 pagi
Selepas Zuhur sehingga jam 3 petang
Selepas Isyak sehingga jam 11-12 malam
Waktu Raudhah bagi jemaah wanita sentiasa berubah-ubah ikut mood polis wanita yang jaga di situ. Kadang2 dah tutup gate lebih awal tau. Kalau tak percaya boleh tanya dengan pekerja Indonesia dalam masjid di situ.
Saya tidak pasti kenapa waktu berubah2...tapi saya anggap ianya salah satu cara untuk menguji kesabaran dan kesungguhan kita untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W.
Bergambar depan pintu Masjid Nabawi. Untuk masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita antaranya melalui pintu no.25.
Berselfie dulu sebelum bergerak ke Raudhah. Walaupun kami sudah jejakkan kaki di Madinah dan Masjid Nabawi....takut jugak sekiranya tidak dapat jejak ke dalam Raudhah kerana kami sangat takut sekiranya Allah tidak mengizinkan kami masuk ke dalam Raudhah-Mu dan Rasulullah S.A.W tidak mahu berjumpa dengan umatnya ini. Kami solat Maghrib & Isyak, seterusnya tunggu untuk masuk ke Raudhah. Sebab pintu akan dibuka lepas solat Isyak. The exact time tak pasti, kita cuma berdoa akan segalanya dipermudahkan. Dapat masuk awal..boleh balik awal berehat dan berkemas beg...haa gituu.
Perlu berkumpul ikut negara seperti Malaysia dengan Indonesia. Nak kenal group senang je...biasanya Indonesia & Malaysia pakai telekung warna putih. Manakala group pakai jubah dan tudung hitam daripada negara turki, arab, etc. Saya pulak pakai telekung warna hitam..kenapa ntahh..? hehehe
Nak dijadikan cerita, pintu yang kami tunggu ni tak buka, pintu sebelah pulak yang buka. Tu yang saya panjat bangku nak tengok what's going on babe??? Kami yang sedang tunggu ni terpingga-pinggala...kenapa pintu sebelah buka, pintu belah kami tak buka? So, we wait..sabar...berdoa..bergambar...berborak...tengok gelagat manusia...ishh ishh ishhh...tak baik kami kan..hehehe. Tak lama lepas tu, kami dipanggil oleh polis wanita/bantuan untuk masuk pintu sebelah tersebut. Tak payah lari...jalan aje...semua umatNya akan dapat masuk Raudhah.
Wefie sat sementara tunggu turn nak masuk ke Raudhah. Banyakkan berdoa, berselawat, berzikir dan membaca Al-Quran supaya Allah permudahkan kita semua untuk masuk ke Raudhah.
Raudhah terletak di antara Makam Rasulullah (dahulunya rumah Rasulullah) dan Mimbar Rasullullah. Nampak tak kubah warna hijau tu? haaa....kat situlah Raudhah.
Kalau boleh jangan join group orang Arab kerana badan mereka yang sangat besar dan kalau jatuh confirm lenyek. Hihihi....Daripada pengalaman kami, mereka agak selfish, suka tolak2 dan tak nak bagi ruang untuk solat tapi ada juga antara mereka yang baik.
Sebaiknya join lah dengan group Malaysia & Indonesia kerana serumpun, lemah lembut, saling memahami, membantu dan juga tidak suka berebut atau bertolak2.
Kawasan dalam Raudhah bersesak dengan umat Nabi Muhammad S.A.W daripada pelbagai negara. Takde langsung ruang untuk solat seperti kebiasaan yang kita amalkan di masjid luar. Tempat ini tidak pernah sepi dan sentiasa dipenuhi dengan umat nabi Muhammad S.A.W kerana ianya ANTARA TEMPAT DOA MUSTAJAB.
Tiang di dalam Raudhah dan bangunan asal Masjid Nabawi dihiasi warna hijau dan gold. Rasulullah sukakan warna hijau. Tiang-tiang ini yang membezakan bangunan masjid asal dan masjid yang ada sekarang .
Tipsnya senang sahaja. Ada je ruang yang agak2 boleh solat walaupun terpaksa berhimpit, terus je solat. Tapi sebelum itu, minta kawan-kawan, sedara-mara, family atau jemaah lain buat kepungan supaya orang lain tidak akan menolak atau langkah ketika sedang sujud.
Kalau orang Arab berdegil juga...cakap kat mereka SOLAT! SOLAT! Nanti mereka akan lalu tempat lain. Lepas tu bergilir-gilirlah buat kepungan.
Hiasan Kubah Masjid Nabawi (Raudhah). Perhatikan bahagian bumbung di dalam Raudhah dan bangunan asal masjid.
Ianya dihiasi dgn ukiran lukisan bunga yang sangat cantik.
Tak sama seperti di bangunan masjid yg sudah dibesarkan.
Memandangkan tempat ini agak sesak dan ramai lagi di luar sana yang tengah menunggu turn nak masuk Raudhah....anda dinasihatkan janganlah berlama-lama di dalam Raudhah.
Kami solat sunat 2 rakaat (terpulang nak solat hajat ke...taubat ke...). Lepas tu kami beralih tempat cari tempat ruang kosong yang lain supaya kami dapat bagi peluang orang lain untuk solat di tempat kami tadi.
Nampak sahaja ruang kosong yang lain kami terus solat sunat 2 rakaat lagi. Selepas itu, kami terus keluar kerana kami tak nak selfish atau pentingkan diri sendiri. Ingat...Kita nak Allah makbulkan doa kita kerana di situ antara tempat doa mustajab tapi anda kena ingat jika anda beri peluang pada orang lain untuk solat di Raudhah...Insya Allah, Allah akan perkenankan doa kita. Amin....
Di dalam Masjid Nabawi, keseluruhan karpet bewarna merah dgn corak bunga, sama mcm dlm gambar di atas ni. Tapi, ketika kita memasuki Raudhah, karpetnya bewarna hijau lembut, dgn corak yg sama. Ini khas untuk membezakan kawasan Raudhah dan keseluruhan Masjid Nabawi.
Cantiknya.....Rasa memang tak nak balik ke hotel. Rasa nak duduk kat sini jer. Waktu malam sangat sejuk...berangin....
Teruja nak ambil gambar di Masjid Nabawi pada waktu malam. Seronoknya...:) Bila nak mai pulak pun tak taula kan...InsyaAllah dengan izinNya kami semua akan datang lagi ke sini.
Dapat masuk 2 kali dah rasa bersyukur sangat. Terima kasih Ya Allah.
Ya Allah jemputlah aku ke Madinah dan Mekah lagi.
Izinkanlah aku dan keluargaku merasai menjadi penduduk kota bercahaya ini.
Ada lagi cerita lepas ni....nanti sambung lagi k.
No comments:
Post a Comment