Wednesday, 19 February 2020

Umrah_Part 5

Salam to all my dear friends and family

Hari ni gak free and easy jugak, so we plan to do some shopping sikit.  Lepas breakfast bersiap apa-apa yang patut...jom kita explore pekan Madina.

Antara aktiviti yang popular di Madinah ialah bershopping lah apa lagi.  Banyak kedai yang menarik di Madinah ni cuma kena rajin explore sebab macam-macam kedai dan pasar ada di sini. H&M pun ada. Jubah-jubah pun banyak pilihan. Kedai-kedai kurma pun banyak, harga berpatutan dan segar.

Ada banyak tempat shopping di Madinah. Antaranya ialah Al-Shiyaka, Al-Sultana, supermarket Bin Dawood, Hyper Panda, pasar kurma dan banyak lagilah. Bin Dawood ialah rangkaian supermarket yang terbesar di Arab Saudi. Ada 2 lokasi supermarket Bin Dawood di Madinah. Di Mekah pun ada 2. Saya rasa, hampir semua jemaah umrah dari Malaysia tak dapat tak akan masuk ke Bin Dawood ni.




Jalan-jalan sekitar bandar Madina





Nice cold weather with blue sky...Alhamdulillah


Tak ingat la apa nama tempat ni...its an old bazzar di Madina. Kiranya tempat ni merupakan pusat membeli-belah sebelum terbinanya bangunan-banguan baru sekitar masjid nabawi.  


Macam-macam ada kat sini...kurma, chocolates, kacang-kacang..etc etc. Harga boleh tahan murah jugak...boleh tawar menawar.


Penjual kat sini fasih berbahasa melayu...so, tak susah kalau kita nak beli barang kat sini.



Barang-barang kat kedai ni 2 riyal. Lebih kurang RM2.00 kita la. 




Ni kat bahagian luar old bazzar tu.  Sekitar kawasan ni pun macam-macam ada...beg, tasbih, jubah, accessories etc etc.  Harga? waayy cheaper!!  Tapi, kena tengok jugak kualiti barang yang kita beli tu...baloi ke idok.


Awan berkepok-kepok



Solat Asar kat luar. Payung tu kan..dari 1st day kami sampai Madinah memang duk terbuka tu la...tak tutup-tutup. Rasanya depa duk cuci kot payung tu..tu yang tak tutup-tutup.  Sebab pagi-pagi duk nampak ada orang atas payung-payung tu...rasanya confirmla depa cuci payung tu. Saya dengan sedih hati tak dapat tengok live pembukaan and penutupan payung tersebut..hukkk hukk hukk..:(



Semantara tunggu azan.



Lepas solat Asar, kami semua berkumpul berdekatakan pintu 25 iaitu untuk majlis Khatam Al-Quran.  Alhamdulillah kami semua dah khatam Al-Quran di Madinah.  Dan sekali lagi akan ada majlis yang sama jugak di Masjidil Haram, Mekah..insyaAllah.


Selesai majlis khatam al-quran, kami semua balik ke hotel..rehat kejap sementara nk tunggu azan maghrib.  Malam ni sekali lagi kami nk ziarah masuk Raudhah.  Hari tu dah masuk sekali, on our 2nd day kt Madina, kali ni nak cuba masuk sekali lagi sebelum kami nak bergerak ke Mekah pada keesokkan hari.

Next entry....

No comments: