Salam to all my dear friends and family
Alhamdulillah dah sampai ke cerita yang semakin best di Madinah iaitu pergi ziarah!!!! Nama pakej pun umrah dan ziarah kan....:)
Dalam masa separuh hari jer kami dapat ziarah 4 tempat iaitu Masjid Quba, Ladang Kurma, Jabal Uhud, Masjid Qiblataini.
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W apabila sampai di Madinah. Kemudian barulah Rasulullah S.A.W bina Masjid Nabawi.
Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba, lalu ia solat di dalam Masjid Quba, maka baginya pahala seperti pahala umrah."
Beruntungkan....belum pergi Mekah buat Umrah tapi pergi solat di Masjid Quba dah dapat pahala seperti mengerjakan Umrah. Allahu Akbar.
Ini suasana solat di ruang wanita. Kak Hus bawa kami naik atas masjid, agar kami boleh solat dengan lebih tenang berbanding di bawah dimana ramai sangat dengan jemaah. Dah sampai sini solatlah tahiyatulmasjid, dhuha dan solat sunat lain. Pahala besar tu....seperti pahala buat umrah tau. Haa...rugi tak solat kat sini.
Masya Allah....ramainya manusia. Haaa....nak bagi tips ni. Jika nak menziarah di Madinah atau Mekah kena keluar awal2. Jangan berlengah. Jika terlewat sedikit, confirm akan bersesak dengan jemaah yang lain. Pastu pastikan anda sentiasa dalam keadaan berwudhu'.
Bergambar kenangan bersama jemaah Amazing Umrah
Ok...next destination kami ke Ladang Kurma. Kami tak singgah ke Masjid Qiblataini sebabnya kami dah solat di Masjid Quba.
Inilah dia Masjid Qiblataini. Kami hanya lalu sahaja. Mutawwif cuma ceritakan serba sedikit sejarah berkenaan masjid ini. Masjid Qiblataini bermaksud masjid dengan dua kiblat.
Pada permulaan Islam, mereka solat dengan menghadap kiblat ke arah Masjidil Aqsha di Palestin. Orang kafir mencemuh Rasulullah kerana apa yang dilakukan itu mengikut tradisi nenek moyang mereka. Rasulullah berdoa kepada Allah agar arah kiblat dapat dipindahkan.
Allah pun turunkan wahyu kepada Rasulullah yang pada ketika itu sedang solat menghadap kiblat Masjidil Aqsha. Kemudian, Rasulullah meneruskan solat dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke arah kiblat Masjidil Haram tanpa membatalkan solat.
Haaa...sebab itulah dipanggil Masjid Qiblataini iaitu Masjid Dengan Dua Kiblat.
Masjid ini mula2 dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah kerana masjid ini dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah.
Allah pun turunkan wahyu kepada Rasulullah yang pada ketika itu sedang solat menghadap kiblat Masjidil Aqsha. Kemudian, Rasulullah meneruskan solat dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke arah kiblat Masjidil Haram tanpa membatalkan solat.
Haaa...sebab itulah dipanggil Masjid Qiblataini iaitu Masjid Dengan Dua Kiblat.
Masjid ini mula2 dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah kerana masjid ini dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah.
Dah habis dah story untuk ini. Next, kita pergi ziarah ke Ladang Kurma dan Jabal Uhud.
Pengalaman pergi ziarah ke Ladang Kurma di Madinah. Asal pergi buat umrah ke haji ke....wajib beli kurma. Siap kawan dan sedara mara kirim minta tolong belikan. Kalau tak kirim pun memang nak beli jugak..tapi tak boleh beli dlm kuantiti yang banyak...cukup untuk close family.
Nama je Ladang Kurma / Tamar tapi sebenarnya kami cuma pergi ke kedai jual2 kurma dan yang seangkatan dengannya. Kurma yang paling bagus adalah Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma Nabi. Kurma Ajwa paling mahal tapi sangat berkualiti. Kurma Yusuf Taiyub tiada di sini yer :)
Penghuni tetap di kedai kurma..tengok tangan tuu..ammbooiiii...kemain lagi dia tuuu...eeii..geraam!!
Kawasan ladang kurma...bagi saya tak berapa nak elok..tak tau la kenapa...mgkn sebab cuaca ke...mgkn sebab bukan musim dia ka...
Ramai jemaah yang beli kat sini..harga lebih kurang sama ja kat mana-mana. Ada yang mahal..ada yang murah...tu semua rezeki kedai masing-masing la kan.
Syamil dgn hasil Kurma Ajwa dia..hehehe.
Antara tempat ziarah yang wajib pergi adalah ziarah ke Jabal / Bukit Uhud. Banyak sejarah dan peristiwa penting berlaku di sini.
Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Jika ingin melihat bukit di syurga, maka ziarahlah bukit Uhud. Jabal Uhud sangat besar dan boleh dilihat terus daripada Masjid Nabawi.
Di sinilah berlakunya peperangan Uhud selepas peperangan Badar. Kaum kafir musyrikin kalah semasa peperangan Badar dan mereka ingin membalas dendam dan sebab itulah wujudnya peperangan Uhud.
Semasa peperangan Uhud, pada mulanya kaum Muslimin hampir kalah kerana telah ingkar kepada arahan Rasulullah. Kemudian, mereka ikut semula arahan Rasulullah dan pertahanan kaum Muslimin kembali terkawal.
Selain daripada sejarah peperangan Uhud, Jabal Uhud juga ada keistimewaannya. Haa...nak tahu apa yang istimewa sangat tu...moh ler baca lagi kat bawah ni.
Untuk makluman semua....barangsiapa solat di Masjid Nabawi akan mendapat pahala 1000 kali ganda dan siapa solat di Masjidil Haram akan mendapat pahala sebanyak 100,000 kali ganda. Ok...apa kena mengena dengan Jabal Uhud plak...?
Inilah kaitannya....barangsiapa solat jenazah akan mendapat pahala 1 qhirad. Kemudian, selepas solat jenazah bagi mereka yang mengikut jenazah sehingga selesai dikebumikan akan mendapat 2 qhirad.
1 qhirad adalah bersamaan sebesar Bukit Uhud. Jika 2 qhirad sebesar 2 bukit Uhud. Masha Allah....dah la solat jenazah di Masjid Nabawi dapat pahala 1000 atau Masjidil Haram dapat 100,000 kali ganda ditambah pula dengan pahala sebesar Bukit Uhud.
Cuba lihat Jabal Uhud tu...besar kan. So, boleh lah bayangkan besarnya pahala yang diperolehi jika solat jenazah. Allah Maha Kaya & Pemurah (Ar-Rahman)
Tak susah pun nak kumpul pahala di Masjid Nabawi & Masjidil Haram kerana setiap hari dan setiap waktu selepas solat mesti ada solat jenazah.
Bayangkan seandainya kita solat jenazah di Masjid Nabawi....1 kali selepas siap solat fardhu 5 kali x 1000 pahala x 1 qhirad x hari. Berjuta-juta lemon pahala tau. Belum tambah lagi pahala kat Masjidil Haram. Di sana setiap waktu ada jer solat jenazah.
Kalau kat Malaysia ni ntah berapa kali la solat jenazah dalam setahun. Ntah-ntah takde langsung solat jenazah dalam setahun tu. Mudahnya buat pahala berlipat ganda di Masjid Nabawi & Masjidil Haram. Terima Kasih Ya Allah atas ganjaran yang diberikan.
Di sini pun ada ramai peniaga jual macam-macam....ada jual kurma, tasbih, dll.
Dah tengahari dan cuaca dah start panas. Bawalah sun glass supaya selesa perjalanan ketika ziarah.
Alhamdulillah....siaplah cerita kami untuk ziarah di Madinah.
Jumpa lagi di next story yaaa :)
No comments:
Post a Comment