Wednesday, 10 January 2018

Trip to CH - Part 3


Salam to all my dear friends and family.


Its time to go home..we pack our things and check-out.  Kami singgah kt Kea Farm untuk beli sayur-sayur dan pesanan penaja dari kawan-kawan.  Saya memang tak ada yang memesan ni..legaaaa.. Kami singgah tak lama..sebab kami ada 1 lagi aktiviti yang kami nak buat.  Dah rancang lama...sebelum naik CH lagi.
Kak Ita suruh kami semua masuk dalam Time Tunnel ni..dia kata best.  Dia dah masuk dah sini dulu...so, Kak Ita tunggu kami kat luar.  Selama saya ke CH ni..tak pernah terlintas nak masuk dalam ni.  So, memandangkan Kak Ita dah rekomen tempat ni best..why not kan..hehehe.  Entrance fee is RM6.  Lokasinya sebelah kiri menghala ke Pekan Brinchang.  Muzium ni adalah muzium pameran barang-barang lama..sesapa yang ke sana wajib pergi muzium ni..bagi saya amatlah berbaloi bayaran dan kita akan dapat menikmati nostalgia zaman kita kecik-kecik dulu.. Ohsem!! 



Jom kita tengok apa yang ada dalam tu...Kat sini yang bestnya...kita boleh amek gambar walaupun ia bukannya hak milik kerajaan tetapi hak milik perseorangan.  Tak ada jugak penjaga muzium yang mengekorr ke mana saja kita pergi..keh keh keh.



Tempat ni tak delah besar sangat...tapi barang-barang yang depa letak kat sini memang OLD SCHOOL.  Ada di antaranya, saya pun tak pernah tengok dan tak tau pun benda-benda camtu pernah wujud..huhuhu.






Best gak kat Time Tunnel ni.......Enviroment dia sama macam muziumnya. Berbaloi la dengan duit kita, cuma tempatnya kecik tapi banyak barang kita boleh tengok, tin susu, dokument2 penting negara, papan iklan lama2, basikal posmen pun ada. Yang bestnya, kita boleh sentuh semua benda ni dan boleh snap foto sesuka hati. satu sen pun x kena duit. Bayar tiket masuk je.





You will realize time flies so fast kan.. Barang-barang dalam tu memang nostalgia sungguh..haruss ku bawa Papa ke situ 1 day.  Sebenarnya banyak lagi gambar yang saya nak share kat sini...rasanya cukup dulu la kan..hehehe. Takut letak banyak-banyak orang jemu.  Anyway, kalau nak lagi feel..silerla datang sini tengok sendiri.  Tempat ni dalam proses ubahusai lagi..kiranya makin banyakla barang-barang lama yang akan dipamerkan lagi nanti..insyaAllah.  


Kak Ita tunggu kami kat luar..hehehe.



Meh saya nak cerita pasal our new adventure kt CH.  They called it as Safari Ladang Teh.  Dibuka setiap hari dari 8.30am - 6.00pm.  Kalau hari cuti tutup at 7.00pm.  Senang je nak cari tempat ni..sepanjang jalan ada je banner, signboard for this activity you wont miss it. Kalau melalui jalan Simpang Pulai, mungkin tempat ni yang pertama kita akan lalui dan betul-betul kat tepi jalan utama Kuala Terla, sebuah kampung di antara Tringkap dan Kampung Raja.  Ada 2 ladang teh di kawasan Tea House ni iaitu milik Bharat Tea dan milik Cameron Valley.



4x4 Safari ride : Safari di ladang teh menggunakan jip 4x4 atau ATV. Harganya kalau bersiar-siar menggunakan 4x4 : RM 10 seorang, ATV Safari : RM 35 dan Extreme ATV : RM 199. Jauh gak perjalanan naik bukit kemudian turun bukit, yang landai, yang curam dengan pemandangan kiri kanan kehijauan daun teh dan pemandangan tanah tinggi yang memukau. Semua ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bila dah sampai puncak, kita diberi peluang untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan pokok teh yang sangat cantik. Laluan jip ni bersimen dan selesa..kiranya kita naik jip ni santai-santai sambil hirup udara segar.  Walaupun hujan rintik-rintik masa kat atas, adventure tetap diteruskan..hehehe.






Cucaca tak mengizinkan...kemana sahaja payung tetap kena ada.




Sebelum turun, kita minum dulu..rest kejap sebab nak balik KL pun jauh jugak kan.




Dah kenyang...its time for us to go home.  Hujan pun tak ada tanda-tanda nak stop.  Perjalanan pun tak bosan...sebab meriah dgn gelak ketawa dalam kereta.  So, driver pun tak la mengantuk.. Thank you so much Kak Ita, Kak Su & Amie...sudi teman driver ni borak-borak so that tak ngantuk.  Kejap je rasa dah sampai KL.  

InsyaAllah...panjang umur..murah rezeki, kita plan lagi datang sini k.  Kita bawa lagi geng-geng travel yang lain.

No comments: