Monday, 19 October 2009

Ciskek ku


Resepi ni adalah dari kakak ipar saya iaitu K.Hus. K.Hus ni memang pandai memasak. Suruhla dia masak apa pun mesti menjadik punyalah. Bukan K. Hus aje yang pandai masak, even K.Hasiah, K.Maria and K.Nora pun pandai masak jugak..termasuk adik ipar saya Ila. Cuma saya seorang aje yang agak kekurangan cooking skill ni..:P InsyaAllah..pelan-pelan belajar kan.

Last week saya ada baca entry K.Hus on KokoMarble Cheese Cake nih. Sembang punya sembang punya sembang, dengan a few tips here and there from her..semalam saya buatla cheese cake nih dengan gigihnya.

Bahan-bahan senang aje nak cari. Banyak kat supermarket. Caranya pun senang.

Sebelum mula membancuh bahan-bahan pastri, pastikan dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim. Bukan buat kek aje kena bismillah..segala-gala perkara pun mesti dimulakan dengan bismillah. Dan jangan lupa, diakhiri dgn alhamdulillah. InsyaAllah...menjadikla kek tersebut...heh..heh..heh...


Bahan-bahan wajib, tak lupa juga gula dan esen vanila




Perkakas wajib, cake mixture kena ada kalau nak buat cake ni. Penat weeiii nak pukul guna tangan.

Adunan A campur dgn adunan B


Bila tadi dah dicampur, bakar dlm oven suhu 160 selama sejam.

Tadaaa!! Inila hasilnya..:P :P Sila abaikan rupa kek tersebut, yang penting rasa dia...raaasssaaa dia tu pentinggg... Yummmy...yummmyy...:) :)

Bahan-bahannya ialah -

Bahan A

185gm butter

1/4 cwn serbuk koko

1/2 cwn gula halus

1 cwn tepung naik sendiri

2 biji telur

Bahan B

250gm cream cheese

1/2 cwn gula halus

1/4 cwn fresh milk

1 biji telur

1 sudu teh esen vanila

Cairkan butter,masukkan serbuk koko,kacau sebati. Biar sejuk. Pukul gula dengan bancuhan butter, masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung, gaul, ketepikan dulu.

Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula, esen hingga sebati. Masuk telur, fresh milk, sebatikan. Tuangkan adunan koko selang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.

Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist

12 comments:

kak atie said...

ya Allah ciskek paling sedap dlm m'sia!

iza said...

untungnya dpt kakak ipar yg pandai masak kan iera.. x de can la i nak jd kakak ipar sbb i x pandai masak..hahaha...

anyway, suka entry yg bergambar nie..senang blh ikut..thanks iera!

Syiera said...

hi kak atie,

Heh..Heh..Heh..terima kasih!! Nak lagi? Habaqla..boleh ira buat lagi.:)

Syiera said...

Hi iza,

Ira pun x pandai masak iza, baru nak merangkak2 belajar nih.

Yelah, letak gambar2 ni senang, kalau ckp mulut susah orang nak faham.

Kelar the chubbies said...

Naaakkkkk....anta cket ke kami...

suriani said...

Ira oh ira... ko bukan saja baik, cantik, malah ko pandaiiii buat kek..
rhyme kan?
mmg sedappp sangat...
buat lagi, kasi lagi, tau?

k hus said...

waaa.. seronok bila tengok shira dah pandai & suka memasak.. keep it up girl...

Syiera said...

Kelar the chubbies,

Boleh..boleh..insyaAllah bila2 Ira buat..ira anta ke 11th floor k.

Tunggguuuuu..:)

Syiera said...

Hi Umi Ameer,

Terima kasih diatas puji-pujian tersebut...*maluuu*..:P :P :P

Akan ira buat announcement kalau ira buat ciskek tu lagi k.

Sabarrr.

Syiera said...

Hi K Hus,

Yess...tengah semangat berkobar2 ni k.hus. Thanks for your support!!!

Ibu kami said...

k.ira, rupa xpenting sgt, yg penting rasakan...

nak buat jugak le ikut resepi k.ira nih... :)

Syiera said...

Hi ibu kami,

Yess!! exactly!! Rupa x penting..tu boleh dimekapkan later2 kan...heh..heh..heh..

Selamat mencuba...bagitau hasilnya nanti k..:)