Tuesday, 17 November 2009

Cramp di kaki..

Sejak akhir- akhir ni , kaki saya selalu cramp. Sekarang ni tak kira pagi ke, petang ke, malam ke, kalau saya drive kena pakai socks. Kadang-kadang tu terlupa. Orang lain pakai sandle ke, kasut ke, tak berkasut ke while driving, saya kena pakai socks. Kalau tak pakai, kalau sejuk aje, nanti tiba-tiba ibu jari kaki saya akan automatik akan cramp. Addooii...sakit, then kena bagi signal tiba-tiba, berhenti pun kena tiba-tiba jugak. Sebab dah sakit sangat tak tahan. Lantakla…depa nak honk ke..apa ke…dah sakit kan…kenala berhenti. Jangan ada yg tiba-tiba sondol Cabai i udah le. Selalunya bila dah berhenti tu, kena urut-urut ibu jari kaki saya, hingga betul-betul baik. Kalau tak, mesti dia cramp balik.

Mungkin sebab saya kurang aktiviti agak nyer. Asyik terperak aje kat office, terlampau lama duduk depan PC dalam keadaan aircond yang terlampau sejuk tahap maximum. Kurang bergerak kesana kemari. Emm..biasalah orang sekarang ni bermacam-macam penyakit. Kurang aktiviti bersukan kot. Sekarang ni kat office tempat duduk saya pun, saya pakai socks. ONLY at my place. Kalau saya kena berjalan to other floors...cepat-cepatla saya transform to my heels..heh..heh...heh. Tak kan nak pakai socks gak. Ada yg org HR sound nanti kann.:)

Kawan saya bagitau, kita akan menggalami cramp ni apabila darah tidak menggalir dengan lancar. Salah satu sebab perjalanan darah dalam badan kita ni tak lancar adalah kerana stress. Tak taula nak kata stress ke tak..rasanya biasa2 aje.

Ada yang cadangkan agar saya pegi berurut. Urut kat SPA yang jenis rileks massage tu. Urut tu tak sakit dan amatla nyamannya. Saya ni geli ya amat kalau orang tak tentu pegang-pegang tak tentu hala nih. Mungkin cadangan ke SPA tu boleh dipakai. Untuk merehatkan minda, rehatkan badan, why not kan?

Kena start cari SPA yang affordable and tertutup..tp dimana yaa..? Nak try pegi Sembunyi Spa la…situ privacy sket..:P

Mengada-ngadala….dah sakit urat sendi baru gatal nak pegi berurut itu ini bagainya. Tapi sekali sekala (bukan sekali sekali, tak pernah buat pun) untuk ketenangan fikiran, kesihatan tubuh badan…tak salah. Bujet dalam less RM200…bolehla disalurkan ke spa tu. Amik package for body treatment ke or massage, scrub and bath...cukupla..:)

6 comments:

iza said...

hi iera...lama x singgah sini ;-)
cramp nie selalunya jadi bila badan kita kurang garam..
satu lg, kalau free p la buat sauna dulu..dpt yg herba sauna lg bagus..

suriani said...

akak kadang2 cramp gak, tapi selalunya malam tengah tido... memang siksaaaa.. org tua2 panggel simpul mengkarung..kena bangun dari sedap2 tido, menahan sakit..

so, i can understand how u feel, cuma.. hati2 je bila memandu tu ye?

Syiera said...

hi iza,

Thanks for your advice iza. InsyaAllah...nnt ira try pergi buat Sauna tu..:)

Syiera said...

hi umi ameer,

Ira selalu kena masa tgh drive or jalan2 kat shopping complex..sure cramp..sebab sejuks.

InsyaAllah..skrg ni mmg kena xtra careful..especially nk drive long distance next week.

Arelynn said...

salam ira...kita nie dah lah dok kat off aircond kan. Kira tak elok gak untuk our body kan. Sekarang cuaca pun dah musim tenkujuh. Ira kena g jogging ker. Tak pun g kelas aerobic...hehehehehehe....
I like

Syiera said...

Salam Arelynn

Yess...itula sebaik-baik exercice kan..:)
Nanti kita pegi jogging sama-sama k.