Tuesday, 5 December 2017

Majlis di Brunei - Part 2


Salam to all my dear friends and family.


Pagi ni berlangsung Majlis menerima Berian & Akad Nikah di The Empire Hotel & Country Club. 
Majlis di Brunei mempunyai istiadat yang unik pada majlis perkahwinan depa.  Dengar ceritanya majlis dulu-dulu dijalankan dalam masa 2 minggu.  Time has changed, and now majlis kahwin kat sana dah menjadi semakin singkat dan simple.  Majlis kat sana lebih kurang macam majlis kita jugak disini.  Pada minggu yang sama, pengantin lelaki dah melangsungkan majlis berbedak.  Majlis ni hanya dihadiri oleh family terdekat sahaja.

Sebelum kami ke Empire Hotel, kami singgah dulu kat rumah Abg Farouk.  Kiranya rombongan konvoila nk kesana..sebab kami tak tau jalan.  Bila kami sampai kat sana mujur majlis tak tak mula lagi..guest semua beransur-ansur datang.








Bunga telur majlis akad nikah.



Berdebar tunggu saat-saat bakal menjadi seorang isteri.


Hanya sekali lafaz..tahniah!!


I Pronounce you husband and wife..:)


Tetamu yang hadir.



Barang-barang hantaran dari pihak lelaki.


Kenangan bersama pengantin dan mak pengantin.


Abg G, bersama Ayah An & Nda Ehsan.


Dah alang-alang kami kat sini, tak lepas peluang amek gambar sekitar Empire hotel ni.  Walaupun hangat lit-lit..tetap jugak nak bergambar kat luar.  Kalau tak datang sekarang, tak tau bila lagi nak datang lagi kan.





Adik-adik arwah mama



Bersama family dari KL


Alhamdulillah, majlis akad nikah dah selesai.  Segala-galanya dah selesai menjelang tengahari. Ada 2 lagi majlis besar yang kami kena hadir. Kami tak terus balik ke rumah, kami ke rumah Abg Farouk untuk tukar baju.  Next agenda ialah ke Kg Sungai Belukut.  Kawan Abg Farouk berbesar hati ingin menjamu kami sekeluarga makan kat rumah depa.  Pada masa yang sama ingin memperkenal masakan Brunei.  Kita tengok sama ada tekak ni boleh telan ke idok..huhu.

Dari rmh Abg Farouk nak ke Kg Sg Belukut tak la jauh sangat dalam 20 minit camtu.  Mujur jalan nak ke sana tak jem.  Brunei nak jem apanya...negaranya kecil.  Sambil-sambil tu tengok jgk scenery bandar/kampung kat sana.  Saya rasa, majority penduduk Brunei ni, rumah depa mmg style sebesar mahligai.  Payah nau nk nampak rumah kecik-kecik macam kat Msia ni.  Mungkin ada kat kawasan lain kita tak tahu kan.  Tandanya kena explore dengan lebih mendalam lagi..insyaAllah.  


Masuk aje perkarangan rumah depa ni, dah la rumah besar..kereta pulak berderet-deret banyaknya..siap ada bot tu.  Mana taknya..belakang rumah kawan ni ada sungai yang menghubungkan ke kampung seberang.  Kira macam perkampungan air.



Sebelah kanan ni ialah perkarangan rumah..yang sebelah kiri tu ialah tempat makan yang mengadap perkampungan seberang.  Kiranya kami makan ni atas jetty.


Jetty yang menghala ke tempat makan kami.


Pembinaan jalan pesisir menuju ke Teluk Brunei.  Jambatan ni menghubungkan Limbang dengan Brunei.


Ambuyat. Makanan istimewa orang Brunei dan Sabah.  Nak makan ni ada caranya ialah dengan menggunakan copstik, sapa yang tak besa guna copstik boleh je guna sudu garpu sebagai ganti.  Caranya kepit, gulung, cicah, telan...haa cenggitu tak payah kunyah2..telah teruss..!!  Ambuyat ni tawar macam nasi. putih cair dan teksturnya macam gam.  My tekak kenot go...sorry..:(



Gulai Pucuk Batang Pisang.  


Belutak.  Yang ni plak salah satu makanan tradisi kat sana and can only find them here in Brunei.  Kandungana ialah daging yang digaul bersama rempah ratus.


Hati Buyah...bukan hati buaya yeaa..hehehehe. Kita panggil Paru.


Pais Daging adalah sejenis lauk yang dihidang dan dimakan bersama nasi putih.


Ikan Kitang masak kuah kuning/cuka.  Tak sure plak..macam lebih kurang ajer ni.  Tuan rumah plak tak ada masa nak tanya..depa duk menyembang dgn VIP kat depan.  Kami kat belakang sedap la duk makan..lapaq la katanya..hehehe.


Kuih Koci


Desserts







Kampung seberang.


Perut pun dah kenyang..moh la kita balik.  Penat jugak rasanya dari pagi..penuh agenda/jemputan.  Alhamdulillah kenyang kami semua.  Terima kasih tuan rumah kerana sudi jemput kami.  


Petang jugakla kami sampai rumah Kak Noriah.  Masuk dalam rumah pun sunyi sepi aje.. tuan rumah tidur gamaknya.  Kami pun masuk bilik..mandi..solat jamak..lepas tu zzaassss lenaa smp ke malam.  Sampai Kak Noriah telephone kami wakeup call untuk dinner.  Tudiaa..kami pengsann haaa tak sedaq diri.  Dah la bilik tu memang mengundang tidur ajer..nyamaannnn..hehehehe. Teruk betul kami..hahaha. Letih wweyyy...sebab panas sama kot.  Anyway, selesai sudah agenda for that day.  Wait for the next episod.

Sekian..

No comments: