Wednesday, 25 March 2020

Trip to Kuching_Part 2

Salam to all my dear friends and family.

Meh kita sambung dari Part 1.

Lepas dah mandi pool...mandi...solat... bersiap untuk keluar pergi dinner.  We plan pergi kat TopSpot Food Court.  Dari hotel tak jauh..kami jalan kaki sahaja. Top Spot ni lokasi dia kat 6th floor paling atas di banguna UTC Sarawak.

TopSpot ni memang terkenal, banyak gerai-gerai seafood dalam satu tempat..so pilih nak makan kedai mana. Jadi kalau penggemar seafood like us ni, tak lepaskan peluang makan seafood yang murah kat sini. Kalau boleh datang awal..sebab hari-hari sini penuh orang.




Ayam Pansuh yang dimasak dalam buluh. Rasa dia macam ada rasa tomyam sket, pedas masam manis..ada sayur herbs..saya tak kenal apadia..tapi lembut la ngam plak dengan ayam tu. Ada bunga kantan sket..bagi naik aroma ayam tu. Harga ni RM24..kira okla..not bad.

Kami order Sotong goreng tepung.


Midin Goreng Belacan..sedap!! Punyala banyak..depa jenih tak kedekut

Ketam masak 3 rasa. Sedappp!! Memang kalau pi kedai seafood mana-mana..ketam is a MUST!!

Ikan kerapu steam soy sauce and ginger.


Total cost dinner kami malam tu is RM150 termasuk ayam pansuh + air. Murah kan?? Kami takut jugak terlebih makan ni...kotla harga pun jadi terlebih mahal...rupanya...OMG..still cheap for us la.  Kiranya boleh la datang sini lagi makan seafood. Or mgkn next trip ke Kuching ni...we maybe order more than this..kekekekeke. 

Bila dah kenyang..moh la kita balik. Tapi bukan balik hotel..kami jalan-jalan sepanjang waterfront tu. Kebetulan ada sampan ke seberang kann...nak merasa naik sampan...jom kita naik ramai-ramai secara berjemaah. Murah tak mahal sorg RM2 sahaja. Last trip is at 11pm. So, kiranya ada masa lagi ni...jalan-jalan kejap ke kampung seberang..lepas tu balik semula.



Sampan yang kami naik ke seberang.  Waktu malam view kt waterfront ni cunn wooo...i like.!!

Next morning, breakfast dulu ...then pack our things and check out.

Next destination is to Pasar Serikin di Bau, Sarawak.  Tempat ni sebenarnya bersempadan dengan Indonesia dan para peniaga kat sini majoriti orang belah sana. But don't worry, depa semua masih boleh cakap melayu..:) Pasar ni meniaga hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja. Perjalanan nak ke Bau ni agak jauh jugak dekat sejam jugak maunya. Sebelum ke Pasar Serikin, kami singgah dulu Tasik Biru.

Muka happy nak pi pasar..:)


Tasik Biru ni terletak kira-kira 35km dari Kuching. Dulunya, tasik ni merupakan lombong emas yang terkenal di Swak. Kini tasik ni dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan sebagainya. Tasik ni pada saya..tak nampak pun kebiruannya...paling ketara ialah kehijauanya. 


Entrance nak masuk ke Pasar Serikin. Rasanya ni kedai makan kot. Mungkin hanya akan beroperasi waktu malam.


Secara umumnya, pasar ni lebih kurang macam pasar-pasar yang lain, cuma kat sini banyak barangan dari Indonesia terutamanya kain batik dan kain sarung. Kedai makan pun tak banyak yang ada..cuma beberapa gerai sahaja. Tak ada menu yang menarik untuk dicuba pun. Barang-barang kraftangan pun banyak jugak...bolehla beli as souvenir to close family and friends.

Batik indonesia memang banyak







 


Berdasarkan gambar-gambar diatas...rasanya uolls boleh imagne la tempat ni camne kan. Dia macam lebih kurang kat Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam..atau mana-mana pasar kat sempadan Msia - Thai.  Kalau nak cari barang rumah dan kain or souvenir..kira ok lah. Pasar ni agak panjang juga..orang sana sebut 'lumayan' meaning..jauh dan panjang lagi. Kami tak larat dah nak berjalan sampai ke hujung nuunn..sebab lumayan jauhhhnya. Berpeluh panas menitik-nitik ni haa...fuhh!! Well, it was great experience..and glad to be here. Kalau orang tanya..dah pernah pergi la kan..hehehehe.

Ok next, is to cruise. Aiza dah tak sabar nak naik cruise.  Duk sebut cruise tu la dari semalam..hehehehe... Jom la kita pi naik cruise..:)


Dari Bau ke Kuching dalam sejam jugak..mujur traffic tak heavy sangat. Kami kena cepat sebab cruise akan jalan around 3pm.  Dah dalam nak ke Waterfront, boleh pulak sesat haa..walaupun dengan berpandukan google map..adeihh.. Kami sampai jugakla kat Waterfront tu, tp cruise tak jalan at 3pm sebab tak ada orang. So, next trip is at 6pm..which is cruise at this hour berjalan sambil tengok sunset.  Tapi, kami tak boleh la nak tunggu sampai 6pm. Mujur Aiza jumpa dengan Aerol, donut boat ni. Dia boleh bawa kami bertiga dalam 1 boat donut dia hanya RM50 untuk 1 hour trip. This is way cheaper.  Tanpa buang masa..zass ke Aerol donut bot.


Inila botnya...bulat macam donut..sebab tu panggil donut bot..:)











Kami singgah ke kampung seberang..nak beli kek lapis...ikan terubuk masin...tu ajerla cadangnya. Aerol dengan senang hati sudi bawa kami ke kampung seberang..walaupun pada awalnya...hanya tour waterfront tu aje.  Bagus dia ni...peramah dan pandai bercerita.  


Kedai kek Lapis Dayang Salhah...famous kt Kuching. Kita boleh rasa dulu..pilih yang mana kita nak beli.


Done with our shopping. Jom la kita balik KL


Done our JJCM Kuching.  InsyaAllah ada lagi trip JJCM lepas ni. Tapi, kita kena tunggu settle baik pulih covid-19 ni dulu.  Kena banyak-banyak bersabar musim virus tengah merebak sekarang ni. Tak boleh nak plan mana-mana lagi at this moment.

Sekian dulu...nanti saya menulis lagi.


No comments: