Wednesday, 19 December 2018

Trip to Thai_Part 3


Salam to all my dear friends and family.

Sambung cerita Hua Hin..tak habis lagi. Kami masih di Hua Hin yeaa. Kiranya 2 hari 1 malam kami disini.  Train kami ke Bangkok is at 2.00pm. Still early kan. My rumet suggested kita jalan-jalan tepi pantai pagi ni. Why not...bersiap zasss keluar ajak geng lain to join us. Kami tak familiar jalan situ, sebab tu mengajak geng lain buat teman.  Tempat orang ni kita tak tahu camne budaya depa kan. 

Rupanya tak jauh..belakang guesthouse kami aje tempatnya. Kami siap bawa kebab yang kami beli semalam kat pasar malam semalam, manala tahu kan kot-kot dah penat nak bfast kat mana-mana cafe' ke.

Pantai Hua Hin ni boleh mandi..ada juga pengunjung yang mandi kat situ.  Kami nampak guest dari Hilton terus zass masuk air. Laut belakang hotel depa aje..kiranya macam private beach. Rasa mcm lepas mandi pool...boleh terus terjun ke laut pulak..tukar air..heh heh heh.

Ada 2 ekor kuda berkeliaran kat situ..sapa-sapa yang nak naik kuda ni dikenakan bayaran thb 50 / RM5. Boleh sangat la kan... murah benau haaa. Siap boleh sedekah sket kat depa. Depa pun bukan orang senang sangat. Tak dapat harga camni kalau kat Msia.

Lepas sesi naik kuda bagai..dan sesi bergambar pose ala-ala artis...udahla tu..moh la kita mengopi kejap...lapar tak breakfast lagi.  Kami lepak kat FamilyMart depan Hilton Hotel. Macam-macam ada kat situ.  Minum kopi sambil makan kebab yang kami beli semalam..mujur tak kena halau sebab bawa masuk makanan luar.. Hehehehe.

Balik bilik bersiap pack bag ..another journey to explore today. Tiket kami tak beli lagi, cadangnya bila dah sampai station karang baru la nk beli sebab kita tak boleh beli in advance. It must be 1/2 hour sebelum bertolak.  Semalam kami dah tanya kat staff kaunter tiket tu nak beli tiket ke Bangkok. Dia kata kena beli on the day itself. Baikla..kami yang menurut perintah.  

Pukul 1245pm kami dah tunggu kat lobi. Tunggu Mr Rean fetch us and sent us to the train station. Sampai station terus kami beli tiket ke Bangkok.  Mujur ada lagi tiketnya..kalau tak kena tunggu next train which is at 6pm. This journey took us from Hua Hin to Bangkok is 5 hours.  Imagine kematu pungkoq duduk lama-lama dalam train ni.  Dah la 3rd class.. memang klasic betulla.  Uolls kalau nk merasa naik train klasik..silala cuba. Once in a life time pun tak pa. Harga tiket pun tak mahal thb44 / RM4.50..haaaa gitewww!!! Sapa nak bagi harga tiket murah camni g Bangkok weyy..:) Kena tahan 5 jam la tapi.  Saya akan share gambar-gambar suasana train disini.


Our guesthouse is on my left...but further up lagi.



Morning sun + vitamin C




Please don't let me fall down!!


Berjalan 2 3 tapak ajer..jadila pengalaman naik kuda.


 

Thank you horse for being good to me just now.





Suasana pagi yang sunyi sepi.




Bfast kat FamilyMart with our kebab. Mujur tak basi lagi..:)


Berjalan balik ke our guesthouse..to pack all our things and check-out.


Nak sewa moto ni pun boleh 1 hari thb240 / RM24 sahaja!!


Belakang tu la guesthouse kami MOD Guesthouse.


  

Ok..last last...nak tengok view ni for the last time.





Tengah tunggu Mr Rean...janji 1245pm..tak sampai lagi ni...panas ni..huhu



Welcome to Hua Hin...kekekeke


Apa yang saya perasan orang Thai ni creative tau..semua benda mesti depa nak buat cantik-cantik signboard, tiang lampu ke, terminal ke, pasu bunga ke eh macam-macam la..semua nak berseni..tak la nampak macam plain aje kan..:)



Jangan tak percaya...harga tiket is only thb44 / RM4.50.



Selesai beli tiket, kami ke kedai halal semalam untuk lunch. Saya order tomyam ayam + nasi putih. Sedap hingga menjilat mangkuk!!


Camno nak survive ni..5 jam ke Bangkok dengan duduk camni..dengan panas..dengan tak ada aircond.  Apa-apa pun kita kena bersyukur...merasa jugakla experience naik train yang selama ni saya hanya dengar dari mulut orang.


Matsalleh ni tak tahan panas gamaknya..berdiri lama kipas atas kepala dia tu.


Tata Hua Hin...see you again next time!!


Pengalaman naik local train yang open air memang menarik..ada la tourist lain selain weolls.  Local pun ramai la.  So, bila weolls naik tu nampak macam alien ke..yelahh dengan luggage medium size kami ni kan...dengan sunglass ala2 CiktTa...memang sah sah kami ni pelancong.


Train ni berhenti kejap je turunkan orang then continue lagi..sampaila ke Bangkok. Berapa station semuanya? Entahh...saya pun tak kira...tak terkirala kot sebab rasa mcm banyakk kali berhenti.



seat 3rd class biasa la bangku keras dan open air..:)


Ce baca signage tu.


Pengalaman naik local train ni..fuhhhh sesak dengan local memang betul-betul memori laa.. Mula-mula tak ramai...train ni berhenti kat setiap bandar..tu jadi makin ramai tu. Tak kurang jugak yang berdiri. Kesian plak kalau kena berdirikan. Kami nak offer duduk pun, kami pun jauh lagi 4 5 jam perjalanan lagi ni. Sorry guyss!!


Dah semakin ramai..yang pada awalnya agak kosong..makin nak sampai ke Bangkok..makin ramai manusia yang naik train ni.  Nampak tak crowded macam naik bas zaman moda-moda dulu..huhu.. Ni banyak lagi station yang akan disinggah dan makin bertambah-tambah lagi orangnya..bayangkan berdiri berjam-jam...lama giler kot. Kita yang naik komuter/lrt berdiri dari kl sentral ke kepong pun rasa dah lengguh ni kan hampir 5 jam berdiri... Sepanjang journey ni jugak orang-orang jual makanan dan minuman sentiasa lalu dari depan ke belakang dan pusing balik dan berterusan sampai la ke station Hua Lamphong...phewww!!!



Ada penumpang  lain jugak tau... So, uolls jangan risau..anjing tu tak lepas dari tangan mereka.  Tak dinafikan ..ayam itik pun naik jugak train ni.  Kalau dah anjing camni pun depa lepas naik train...inikan pula ayam itik kan..hehehe


After 5 hours, we arrived at Hua Lamphong station, Bangkok...banyak sangat laluan train kot kat sini...boleh buat orang confuse..its huge!! Dan banyak track. Ada lebih dari 10 gamaknya.


At the main exit, took exit 2 on left side, using underpass to go to The Atlas Hotel near Nara station..we stayed there coz it's easy to go to other places by train or by MRT.


Tiket MRT dah beli..dah jom g hotel...dah berkicap dah ni nak balik mandi!!


Selfie dalam MRT is a MUST kalau travel ke mana-mana.



Simple cozy nice hotel at The Atlas, Bangkok


Dinner - Kami makan roti nan, capati + gulai ayam. Ni kedai Indian and its halal. Ramai malay tourist datang makan kat sini.  Kebetulan ada 2 3 family melayu makan kat sini jugak masa tu.


Pappadom yang sedap!!


Gulai ayam ni memang big portion...berlebihhh


Variety of Nan bread, cheese, plain and garlic.


Ni lah nama kedai yang kami pegi tu. Boleh datang sini kalau sesapa yang merasa Indian halal food.


Malam tu dah tak larat nak berjalan. Jauh perjalanan kami hari tu. Apa-apa pun saya happy dapat pengalaman naik local train, tengok dengan mata kepala saya sendiri keadaan dan suasana disana kalau nak dibandingkan dengan negara kita. Kadang deep inside my heart ni..rasa bersyukur sangat dengan apa yang kita ada sekarang ni. 

Sekian dulu....nanti saya sambung lagi k.  

Tungguu...

Sekian.






No comments: