Salam to all my dear friends and family.
Bangun pagi ni..tiba-tiba feel down..sebab? Its raining!! OMG!! Today kami nak pi tengok sunflower..we need sun!! Not rain!!...huhuhu. Untuk menyedapkan hati, kami berdoa moga bila kami sampai sana..the rain will stop!! And the sun wil shine!! InsyaAllah. So, let see how is our journey that day.
Seawal pukul 5am kami dah bangun bersiap untuk ke Lopburi. Sebelum keluar sempat makan Kit Kat alas perut sikit dulu...pukul 6am kami terus keluar menuju ke Ha Lamphong Railway Station untuk ke Lopburi. Hua Lamphong station tak jauh dari hotel kami, masuk MRT station kemudian amek Exit 2 untuk ke Hua Lamphong station. Ada je signboard tunjuk arah ke station you won't missed it. Trip hari ni merupakan paling highlight la. Dah lama teringin nak tengok ladang bunga matahari depan mata. Harus diingat yea..musim bunga matahari ni di Thailand bermula dari bulan Nov hingga Januari sahaja setiap tahun. Kalau nak mai sini...pilihla bulan-bulan seperti yang telah saya sebut tadi ni yea..:)
Dari Hua Lamphong station, kami naik train pukul 7.00am dan jadual sampai di Lopburi station pukul 9.45am (Bak kata tiket tu la). The journey is about almost 3 hours. Tiket berharga thb50 / RM5.00 seorang untuk 3rd class. Tiket ni plak hanya boleh dibeli pada hari yang sama and no advance booking tau. Misi pun bermula..another 3 hours journey to Lopburi. Sayangnya the weather macam tak ada tanda-tanda hujan nak berhenti..:(
Orang tak ada sebab cuti kot. Masa ni hari Sabtu. Or kami sampai sana pagi-pagi buta orang masih belum bangun.
Muka ada sikit risau...mikirkan cuaca yang masih hujan..:(
Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Bangkok ke Lopburi ni. So, dalam train hanya mampu bersembang, tidur dan ambil gambar sambil layan view kampung kat luar tu..:)
Train ni tak ada aircond yea kawan-kawan. Yang ada cuma kipas kat bahagian bumbung. Tapi ikut nasib jugak..kadang ada yang berfungsi..ada yang tak. Senang citer duduk je tepi tingkap guna angin semulajadi dari luar tingkap..debu habuk..hujan tu kena hadapla kan..memang betul-betul pengalaman. Tapi pagi tu along the way hujan. Kalau tak totally stop pun...at least renyai-renyai pun takpe.
Bila dah hujan, mana nak datangnya angin dari luar tingkap tu..kami kenala tutup tingkap..karang tak pasal-pasal basah habis semua penumpang. Begitula keadaan suasana sekeliling bila tingkap dah tutup. Bila dah rasa macam renyai sikit hujan tu..kami buka balik tingkap amek angin. Okey..kalau naik keretapi ni..jangan anggap yang keretapi ni macam standard lrt, mrt, komuter, monorail, ets kita ni...tak adanya depa nak bagi announcement cakap 'stesen seterusnya...next station' Pandai-pandai sendirila...tanya kat sesapa..depa very helpful. Kebetulan penumpang depan kami pun nak turun distation yang sama..legaaa!!
Our breakfast in the train.
Kan berangin tu.. tapi kesianla to those yang berdiri tu...berjam-jam lamanya. Mereka dah biasa dengan keadaan tersebut ...so, no harm. Don't expect too much from this 3rd class coach. Dah nama pun 3rd class..so memang berbaloi la dengan harga RM5.00. Memang murah sangat untuk 3 hours journey. Cuma agak kepanasan sikit jelah..seat pun keras..duduk pun tegak aje. Tapi yang bestnya kalau nak buka tingkap luas mana pun buka ajerla.
Kami sampai Lopburi dalam pukul 10am lebih camtu. Sebab dari Bangkok memang dah delay ..mungkin faktor hujan tadi kot..tu yang menyebabkan delay.
Sampai je kami kt station Lopburi, kami ke kaunter untuk membeli tiket train ke Bangkok. Kami beli tiket pukul 2.39pm. Tapi tiket tu hanya akan dijual 1/2 jam sebelum train bertolak. Meaning kami kena smp di station sebelum pukul 1.30 lebih kurang camtu la. Harga tiket ialah thb50 / RM5.00. Jadi kami ada banyak masa kat sini.
Kami tk jadi naik keta ni..atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..hahaha. Kami naik keta yang lebih selesa dan lebih KUKUH!!
Dari station Lopburi ni nak ke ladang bunga matahari kita boleh naik kereta 4WD. Kalau nak cepat dan senang kita naik 4WD. Tak payah nak risau, sebab kita keluar aje dari station ni ramai je driver yang tengah tunggu dan offer untuk bawa pergi ke ladang bunga matahari. Harga plak, weolls bayar thb200 seorg for return trip. Jarak dari station ke ladang dalam 20 min camtu..tak la jauh sangat. Tapi, sebab keadaan cuaca pada hari tu hujan..so rasa macam tak best.
Sebelum kami masuk ladang, kami diberi plastic dan kena pakai plastik untuk cover kasut kami dari kotor kena lumpur. Musim hujan aje kot dia buat camni. Sebab ladang memang berselut. Bagus driver ni..sangat menjaga kebersihan. Nanti bila balik dari ladang, tak la kotor keta dia dengan selut semua tu kan. Sebelum naik keta..buang plastik..so, memang tak kotorla carpet keta dia ni. ThumbsUp!!
Misi jejak bunga matahari akhirnya Berjaya!! Nak pergi ke Sunglower Fields, Tuscany - Italia tu jauh sangat, so, kita g Thailand je yang tak kurang hebat jugak kat sini. Sekali lagi saya tegaskan disini..its raining!! huhuhu. Sedih tauu... Tapi kalau cuaca cerah ada sunshine..memang cantik tempat ni I tell uuu...!!
Umbrella, rain & sunflower..hehehe
Kalau cuaca panas ni...memang lagi cun view kt sini.
Kat sini jugak ada gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman serta barang-barang souvenir.
Dah habis mabuk bergambar dengan bunga matahari ni semua, driver kami tu terus hantar kami ke Restoran muslim halal bagi mengisi perut kami kuat keroncong. Lokasinya tak jauh berdekatan dengan masjid, kena menapak sikit dari station Lopburi. Kena melintas landasan keretapi..belok kiri..ada T junction...belok kanan...1st left masuk situ...jalan depan tu sikit je..dah jumpa kedainya. Senang tak susah.
Hati senang dapat tengok bunga matahari...hati senang sebab dah kenyang makan. Jom kita balik Bangkok.
Dari restoran tadi kami jalan kaki je nak ke station keretapi Lopburi. Kat Thailand ni boleh je rilek lintas kat laluan keretapi ni...tapi kalau kat kat Msia..jgn mimpila...hehehe.
Kena hati-hati kat station keretapi ni banyak jugak anjing! Tapi depa tak kacau kita..depa pun lepak rehat tidur.
Train kami delay...2.39pm sepatutnya...udah jadi 3pm haaa.. Tu yg kami masih lagi santai-santai kat station sini.
Tiket train ke Bangkok dari Lopburi. Standee tu meaning berdiri yeaa.. Tapi kalau coach tu ada tempat duduk dipersilakan duduk. 1st come 1st served basis..:)
Kami selamat sampai di Hua Lamphong dalam pukul 6pm lebih camtu. Dalam train memang sanggap layan tidur aje sepanjang jalan. Mujur saya dapat tempat duduk..legaa dari kena berdiri kann..huhuhu. Kemudian kami naik BTS turun di station Asok untuk ke Terminal 21. Satu-satunya mall yang agak unik..sebab depa guna tema airport. Banyak signage arrival, departure, check in yang kita boleh tengok kat sini. Tandas depa pun mempunyai tema yang berbeza bagi setiap tingkat. Mmg awesome!! Dalamannya cute juga, bertemakan bandar2 terkenal di dunia antaraya Istanbul, London, Paris, Tokyo etc etc. Tapi tak larat pun nak round habis sebab tak ada menda nak beli. Kami lepak kt Pier 21..beli kopi makan roti canai susu for our dinner.
Selesai sudah our journey di Lopburi kali ni. Lepas Terminal 21 tu, kami jalan kaki je balik hotel. Nite walk tak terasa sangat jauhnya..sebab jalan ramai-ramai and the nite is still young. Kami singgah 7E beli megi cup..balik hotel masak air ..lepas mandi..makan megi..lepas tu tidoo..zzzzz. Letihh wooo naik turun train..hehe. Anyway, it was fun walaupun hujan..kami tetap proceed with our program on that day. Tak kan sebab hujan kami nak cancel kan..tak boleh la... hehehe.
To be continue very soon....
Tungguu...:)
No comments:
Post a Comment