Salam to all my dear friends and family.
Kali ni saya nak story journey paling dekat..dan banyak lagi tempat yang best-best kami explore. Perjalanan untuk ke tempat bermalam seterusnya di Pamukkale adalah jarak yang paling dekat iaitu dalam 200km dan mengambil masa dalam 2 jam lebih camtu je. So, tempat yang bakal kami pergi ialah pusat barangan kulit Citto Pelle, Ataturk, (Petik buah limau), Selcuk, Sirince (Traditional Greek Village) & Ephesus (Unesco World Heritage Centre)
Di Citto ini sebelum kita memasuki kawasan jualannya kita akan dipersembahkan dengan pertunjukan pakaian kulit oleh model-model depa. Selesai acara mereka, giliran pengunjung pula yang akan jadi model catwalk. Depa akan tarik beberapa orang yang duduk di bahagian depan. Mujur la kami tak kena tarik...hehehe..legaa
Pakaian dari kulit yang dikeluarkan oleh syarikat ini agak mahal. Semua harga di dalam US dollar dan kebanyakan barangannya adalah untuk tujuan eksport. Tapi ada juga beberapa orang kawan kami yang beli..self reward gituu.
Setiap pakaian diberikan nombor untuk memudahkan kepada sesiapa yang berminat.
Sis tak beli yeaa...sis hanya try....harga dia memang sis tak mampu nak beli..sayang kat duit...:)
Seterusnya selesai tengok fashion show, tour guide kami ajak pergi petik buah limau. Tempat ni saya tak ingat area mana, tapi tak jauh dari kawasan tempat yang kami tengok fashion show tu la. Kalau naik bas...dalam 15 min camtu je dah sampai.
Tempat ni view dia cun jugak....pokok-pokok buah limau banyakkkk....tanam tepi lereng-lereng bukit. Memang superb laa tempat ni.
Petikla banyak mana nak petik pun....tapi, kami banyak mana boleh makan pun kan...tapi elok jugak ada buah ni...boleh buat makan sampingan dalam bilik hotel.
Variety of fruits...besar-besar...freshhh...yumeehhh!!
Selesai beli buah, kami dibawa ke salah satu perkampungan greece. Pun tak jauh dari ladang buah tadi tu.
Sepanjang jalan nak ke Kampung Sirince kita tak nampak pokok lain selain dari pokok-pokok zaiton. Perjalanan naik gunung yang sangat tinggi..transport sini semua left-hand drive jadi cuak jugak bila driver bas bas laju..dah la tepi tu gaung..huhu.
Sampai saja kat kawasan perkampungan ni memang best. Semuanya lain dari yang lain. Orang pun tak ramai. Rumah-rumah semuanya dinding putih dan tingkap kayu. Harga barang yang jual kat sini pun affordable..tak la mahai sangat..macam-macam kita boleh beli.
Makan aiskrim yang sungguh lemak dan berkrim
Selesai di Sirince, kami bergerak ke satu kawasan peninggalan kota lama Greek iaitu Ephesus. Kota ini mula dibina pada abad ke 10 dan telah di tinggalkan sepenuhnya menjelang abad ke 15. Keluasan keseluruhannya ialah 224 hektar.
Banyak yang runtuh disebabkan gempa bumi.
Jan memberi penerangan tentang sejarah Ephesus yang juga dikenali sebagai Ancient City of Ruins
Harbour Street.
Temple of Hadrian.
Kesan runtuhan gempa bumi.
Kucing kat sini memang banyak..dan semua kucing-kucing kat sini manja-manja belaka.
Jika kita datang ke sini musim panas (kami pergi-autumn) cuacanya sangat terik dan jika musim sejuk pula..tersangatla dingin. Tak ada tempat berteduh langsung kalau datang pada musim panas. Masa kami smp sini pun dh 2pm lebih camtu...fuhhh...nak kata panas...sejuk...nak kata sejuk...tapi panas.. Ni panas yg manja-manja.
Library of Celsus.
Boleh imagine tak cemana keadaannya ketika kota ini didirikan. Entahla...saya rasa bertuah sangat dapat jejak kaki kat tempat bersejarah ni.
Dari pintu masuk hinggala pintu keluar...memang perlu berjalan jauh. Lebih kurang 1.5km jauhnya...tapi tak rasa sangat pun sebab sibuk ambil gambar dan lihat kesan runtuhan batu-batan ni.
Kompleks Amphitheater untuk perlawanan gladiator yg sedang dibaik pulih.
Kami lunch di Restoran Sultan
Makan nasi buffet style.
Semua tempat lawatan kedudukan tidak begitu jauh antara satu sama lain iaitu sekitar Kusadasi dan Selcuk. Perjalanan diteruskan untuk ke Pamukkale yang terletak berhampiran bandar Denizli. Jadi dapatlah juga melelapkan mata sejam dua.
Kami tiba di Pamukkale pun dah petang. Terus check-in hotel di Halici Hotel. Hotel ni memang basic hotel sahaja...syukur as long kami dapat berehat dan tak ada gangguan-gangguan tak diingini...hehehehe. Bila dah mandi semua..kami terus ke dewan makan sebab orang terlalu ramai. Takut cuma dapat baki-baki saja nanti. Lagipun memang ramai juga pelancong dari China mainland. Faham-faham ajela.
Sekian dulu...nanti saya sambung lagi. Kali ni nak cerita plak mengenai hot air balloon. Kenapa kami tak naik di Cappadocia...kenapa kami naik di Pamukkale. Tunggu...nanti saya akan ceritakan.
No comments:
Post a Comment