Saturday, 11 April 2020

Turkey Day 2 : Bursa - Kusadasi


Salam to all my dear friends and family.  

Sorry lama sangat tergendala blog saya ni.  Being WFH ni..lebih mencabar dari kerja kat office..huhu.  Walau apa pun..semuanya ni ada Hikmahnya.  Sama-sama kita berdoa agar covid-19 dapat kita hindarkan dari berjangkit pada kaum keluarga kita.

Mehla kita sambung cerita trip tahun lepas saya ni.  Selepas breakfast kami semua bersiap untuk check-out dan continue our journey to Kusadasi.  Sepanjang jalan ke Kusadasi ni..ada beberapa pit-stop yang agak menarik untuk kita lawati.  

Meh kita tengok gambar-gambar kat bawah ni...sambil saya bercerita serba ringkas.

Bergambar kenangan di hadapan hotel Ramada di Bursa.
Our simple breakfast for that day.
Untuk hari kedua ini perjalanannya ialah dari Bursa ke Kusadasi. Tempat pesinggahan pertama di Bursa ialah di kedai Munira iaitu tempat jual andy dan Turkish delight. Dekat aje tak jauh dari hotel Ramada.

Inila kedai turkish delight yang terkenal dia Bursa. 
Bukan saja Turkish Delight, uolls boleh jgk beli Saffron 1st grade paling bagus di dunia keluaran Iran. Kelebihannya ialah boleh menyembuhkan penyakit. Ambil sehelai saffron dan masukkan dalam air..terus minum. Bagus untuk kesihatan. Petugas kedai ni memberi penerangan tentang kelebihan saffron yang di jual sini.
Ramai yang dah mula tambah berat luggage depa kat sini. Banyak kotak jugak geng-geng ni membeli turkish delight. Bila dah sampai tempat camni..biasanya memang akan terlajak beli la uolss...
Turkish delight kat sini dijual timbang mengikut berat. Boleh pilih yang mana berkenan di hati. Memang sedap giler turkish delight kat sini. Macam-macam perisa ada..boleh jadi ole-ole bawa balik Msia. Baklava pun ada..dan sedap jugak. 
Sekadar gambar hiasan...hahahaha
Ok dah...selesai shopping kat kedai Munira ni...lawatan seterusnya ialah ke dua buah masjid lama yang terletak di bandar Bursa iaitu Masjid Ulu Camii dan Masjid Hijau. Kedudukannya agak dekat antara satu sama lain.
Masjid Ulu Camii also known as Grand Mosque of Bursa

Ruang dalamannya. Cantikkan. Masjid ni merupakan masjid terbesar di Bursa dan merupakan landmark of Ottoman architecture. Masjid ni merupakan masjid yang mempunyai 20 kubah. Unikkan.






Selepas Grand Mosque kami ke Yesill Turbe (Green Mausoleum yang bermakna Makam Hijau) yang terletak di atas bukit yang agak tinggi..jadi kami terpaksalah naik tangga untuk sampai ke atas, mengah jugala..

Yesill Turbe ni merupakan binaan sebuah kubah berbentuk segi lapan yang diliputi dengan jubin warna hijau



Hiasan didinding bahagian dalam makam hijau ni memang cantik dan menarik.





Selepas selesai sesi lawatan di kedua-dua masjid, seterusnya adalah untuk mencari souvenir. Ada beberapa kedai berhampiran kawasan masjid tapi yang paling menarik perhatian ialah Rumah Sutra. Kedainya agak besar dan banyak pilihan barangannya. Yang penting harganya agak murah dan berpatutan.



Antara barangan yang dijual di Rumah Sutra.
Choices of overwhelming!Harganya..tak la mahal sangat..dan tak juga murah.Depends pada skill tawar-menawar..


Perjalanan diteruskan untuk menuju ke Kusadasi yang jaraknya lebih dari 400 kilometer dan mengambil masa lebih lima jam untuk sampai.  Dalam perjalanan kami singgah makan tengah hari di Restoran Kofteci Yilmaz
 Kami berhenti makan disebuah restoran. Sedap giler kebab kat sini. Ada yang tak habis makan..sebab big portion untuk seorg makan.




Nampak tak daging kebab tu..? Sedap giler..masa kami sampai makanan sampai dalam keadaan panas.
 Selepas itu memang ada dua tiga kali berhenti.. sampai di Kusadasi pun dah menjelang maghrib.
 







Isabey Camii - Antara masjid tertua (1374) dengan senibina yang mengkagumkan, tinggalan daripada zaman Anatolian Beyliks.





Dulu merupakan sebuah kuil, kemudian bertukar menjadi sebuah gereja dan akhirnya sehingga sekarang ia adalah sebuah masjid. Masjid ni pernah berlaku runtuhan akibat gempa bumi dan ia dibiarkan begini untuk mengekalkan identiti dan bentuk asal buatannya.





Bilik penginapan kami di Kusadasi - Ayma Hotel

Sekian dulu...nanti saya sambung bercerita lagi.

Tungguu...


No comments: