Wednesday, 10 October 2018

Hiking - Gunung Angsi


Salam to all my.dear friends and family.

Its been a while kan tak menulis. Ada je ni..lately ni bz dgn google transform kat office...banyak new things nak kena belajar. Dlm pd tu juga..segala GST/ SST thingie pun trlibat jugak. Make me stay back kt office.. Mmg sungguh memenatkan..'sigh'

September memang banyak cuti kan...so, salah satu aktiviti yang sempat saya buat ialah hiking. Ni pun tak plan nak pergi pun sebenarnya.  Kak Nora mengajak..pergila..lagipun saya tak buat apa-apa pun masa cuti panjang ni.  Habiskan masa yang terluang.  Last saya hking masa pergi Pulau Perhentian in March.  Kiranya masih ada sisa-sisa fit ni lagi la..hehehe. Takut jugak termampu nak mendaki..padahal bukan bukan fit pun nk hiking. Training pun jarang-jarang sekali.

Gunung Angsi ni sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian.  Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung yang ke 241 tertinggi di Malaysia.




Gunung Angsi ni terletak di daerah Kuala Pilah..mempunyai ketinggian setinggi 825 meter. Ia merupakan salah satu tarikan Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Ada 2 laluan masuk iaitu Ulu Bendul dan Bukit Putus. Ramai yang cakap, laluan ikut Bukit PUtus ni santai jer berbanding dengan Ulu Bendul yang mempunya trek hardcore!


Kami mula hiking at 7.30am. Laluan pilihan adalah trek Bukit Putus.Oh ya, nak hiking sini kena bayar yea..tak mahal RM5 je. Ada kaunter bayar situ je. 

Starting nak naik Angsi agak terpacak sikit..bukan sikit..banyak!! . Banyak akar-akar kayu kena panjat. Laluan pun kena memanjat, bukan laluan mendatar. Adalah dalam 30 - 40 minit manjat tu. Sebaiknya makan makanan ringan sebelum nak panjat gunung. Jangan terlalu banyak..jangan terlalu sikit. Cukup untuk dapatkan tenaga untuk hiking.





Trek ni agak curam dalam 40 - 45 darjah. Lepas tu trek dia lebih landai dan santai tapi masih ada jugak trek yang curam sepanjang perjalanan ke puncak.




Lepas hampir 40 minit mendaki..akan jumpa pondok ni. Laluan lepas pondok ni agak mendatar..so, tak la rasa cunggap.


Trek mudah..tak mudah jugakla..ada sesetengah tempat yang rata..ada laluan sempit..bawah tu gaung..so kena extra careful..silap langkah boleh tergelincir masuk gaung nuunn... Apa yang penting ikut je trek yang telah disediakan..jangan nak memandai-mandai tukar laluan plak..karang tak pasal-pasal benda lain plak jadinya..huhuhu.


Sampai 3/4 hiking..hujan turun plak..dengan selebat-lebatnya...basah kuyup tu tak payah cakapla kann..mujur ada baju hujan.. Dengan jalan licinnya..then laluan plak makin mencabar..siap panjat guna tali tuu!! Takut jugak..nak patah balik sayang plak kan..sebab dah dekat sangat nak sampai puncak.  Lagipun jauh jugak jarak yang kami dah daki. 






Yang bagusnya, sepanjang laluan mendaki dan menurun Angsi ni ada penanda "arrow". Tapi tak tulis pun lagi berapa meter. Cuma waktu dah nak sampai puncak ada penanda lagi berapa minit nak sampai. Yang geramnya tu, 6 minit nak sampai puncak..tapi laluan nak start tu dah pacak..rasanya bukan 6 minit ni...mau 60 minit baru smp puncak!! Adeiihhh...mengaahh!! 






Trek dia kejap pacak..kejap landai...agak jauh jugak nak mendaki..adeihh!!



Elok je hujan berhenti..kabus tebal mula menyelubungi kawasan gunung ni..dengan angin kuatnya secara tiba-tiba..tak la kuat tapi memang boleh terasala sejuk dia tu..puncak pun dah diselabuti kabus nampak gayanya ni.  Dah mcm movie The Fog plak rasanya...sejuk..nyaman. 






Dipertengahan jalan, ada air bukit. Sesetengah pendaki mereka sengaja tak bawa air..dan singgah minum kat sini. Sejuukk air ni..turun dari bukitla katakan.


Finally, selepas 3 jam hiking, sampai juga kt Puncak Gunung Angsi. 


Lebih kurang 3 jam lebih hiking..maka sampailah kat puncak!! Patutla beg depa ni penuh semcam jer..macam nak pergi camping!! Siap bawak dapur, periuk, cerek..bentang fly, main masak-masak..lepak sambil makan tenghari. Perghh!!..saya tukang makan ajer...hehehe



Gunung Angsi 2702 ft, 824 m checked!!
Alhamdulillah..dalam kebasahan..kelaparan..keletihan..akhirnya berjaya sampai ke puncak..:)








Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin,


Laluan curam..licin sebab baru lepas hujan..banyak jugakla adengan terjatuh termasukla diri saya sendiri.  Kalau tak jatuh tu..tak thrill la kan..hehehe.





Masa nak turun tak snap banyak gambar...simpan hp sbb nak fokus turun bukit ni. 3 jam jugakla nk turun bukit ni..huhuhu..mana taknya sakit gila kaki tak payah cakapla..sebab curam dan licin..memang kaki kena duk menahan je la...tu yang sakit tu...hamba pasrahh..huhuhu.

Maka berakhirlah cerita Gunung Angsi.  Satu pengalaman yang tak disangka-sangka sebab saya ni bukan jenis orang gunung punya orang..hehehe. Nak hiking kemana plak lepas ni? Emmm..tak tau la..ada peluang why not give a try kan.

Sekian.





No comments: