Selamat Hari Raya AidilAdha pada semua kawan-kawan. Tahun ni merupakan kali pertama saya berhari raya di hospital. Menemankan Mama & Papa.
Pagi-pagi dah pergi surau tunaikan solat raya aidiladha. Ingatkan tak ramai orang, mula-mula tu segan jugakla...tp pegi ajerlah nak segan apanya kita ni menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Ramai juga umat manusia kat surau kat rumah saya tu. Ada juga yang kenal dan tak kenal pun ada juga. Yelah...muka yang samala masa saya pegi terawih dulu tu pun..bukan orang lain. Ramaila yang bertanya keadaan mama. Tiba-tiba saya jadi sebak bila saya menceritakan keadaan mama. Ada yang siap peluk tanda memujuk dan memberi kata hikmat nasihat dan peransang pada saya bagai haa...lagila berjurai-jurai air mata ni. Tak boleh nak lelama kat surau ni..takut banjir dgn air mata plak nanti. Dahla hujan pagi tu...terus saya minta diri untuk balik.
Pagi tu saya pergi ke hospital macam biasa. Sampai sana, adala beberapa orang pelawat tengok saya lain macam aje. [Depa tu memakai baju melayu, baju kurung, baju kebaya bagai haa...iyerla hari rayala katakan...mestila nak cecantik.] Lain sebab saya pakai jeans, baju lengan panjang & cardigan kot. Pelik gamaknya sebab dihari raya ‘awek’ ni pakai macam ni. Hehehe...xperlah..nak buat macamana...kita ni nak menjaga orang sakit, bukannya nak menjadi pelawat/penengok aje..harap maklum iyerr.
Tengahari tu Ami Zahir & family datang bawa juadah raya. Heh..heh…heh…Aunty Lily ni memang pakar memasak. Dia bawa rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, kek coklat, buah jambu & cookies. Semerbak harumla wad 0639 tu dengan bau makanan tu. Takperlah…rayala katakan…dimaafkan.:) Jiran-jiran sebelah menyebelah hanya amik bau aje, nak offer takut tak cukup pulak…minta maaf iyer..:)
Abang Faiz & family datang melawat lepas maghrib. Dia datang petang sebab siang tu dia sibuk dgn urusan Korban lembu kat surau kat rumah mak mentua dia. Walaupun dalam keadaan hujan-hujan, Korban tetap korban. Adala daging lembu kt dalam fridge kat rumah tu. Tak taula bila boleh jadi lauk daging tu. Tunggula Aunty KuMah datang semula ke KL ni minta tolong dia masak..:) or tunggu lepas mama dah keluar wad besok-besok ni.
Meh saya update mengenai mama saya plak. Nak update apa ek? Heerrmmm....not much difference macam yang lepas-lepas. Masih seperti dulu jugak…masih menggunakan NG feeding. Tp, pada masa yang sama, kami masih mencuba untuk bagi dia makan menggunakan mulut. Buat masa sekarang ni, nampak macam nak makanla....tp tu pun tak selalu. Dia kena good mood, when she’s happy then only she can eat alot. Tapi, kalau bad mood…buka mata pun tak mau asyik duk pejam aje, then rapatkan mulut tak buka langsung. Ntah apa yang dia marah sangat pun tak tahulah. Papa dah layan dia first class…pun tak puas hati juga.
Keadaan persekitaran pun memainkan peranan jugak. From my dad’s observations, kalau dalam wad tu bising, ramai orang, kecoh sana..kecoh sini…she will feel uncomfortable. Her mood will change there and there jugak…tak sukala tu kononya. Sebab wad hospital ni untuk orang sakit dan berehat. Ni ada setengah pelawat tu yang tak reti bahasa, bawa anak-anak kecik yg masih duk berdukung kejap2 nangis..kejap2 nangis...budak-budak lari sana lari sini...cakap kuat-kuat macam dalam pasar. Orang yang tak sakit pun boleh rimas..especially ME...apatah lagi untuk orang yang sakit. Saya ni kalau bising-bising ni memang tak suka naik semak kepala otak nih. Dah la sedia semak berkecamuk kepala otak ni...ditambah dengan suasana bising-bising tu...lagila saya menyampah.
Kalau boleh nak duduk 1 bilik sorang-sorang tanpa gangguan kan. Kat PPUM tu takde pulak disediakan sorang 1 bilik. Yang ada pun 2 orang 1 bilik. Kat situ, hari-hari ada orang sakit dan wad selalu penuh. Tp, manala kami mampu nak duduk SJMC, Ampang Puteri, Gleneagles, Pantai Medical Centre..etc..etc..private hospital yang mahal-mahal tu. Walaupun kalau nak diikutkan, whoever stays there, akan dipandang tinggila oleh orang lain, orang akan selalulla datang melawat...walaupun penyakit yang dihidapinya sama aje. Yang membezakannya is the ada privacy, service, taraf dan doctor pakar. Sometime ada juga from those hospital they revert back to PPUM ni sbb doctor pakar kt PPUM ni lebih pakar dari private-private hospital yang lain tu. Ni pun sebab patient depan katil mama tu sakit breast cancer, all this while she stays at Pantai Medical Centre, all her medical record kat sana, then pihak hospital sana revert to PPUM jugak. Nak komen banyak-banyak pun tak beranila…ni pun from what I know and what I see.
InsyaAllah kalau tak ada apa-apa yang serius kecuali susah/tak mau nak makan ni, Papa kata nak bawa balik aje mama ni. Mungkin pihak hospital pun tak dapat nak pastikan punca-puncanya. Segala macam jenis test, scan, x-rays dah buat masih tak dapat nak tahu puncanya. Menurut kepada pemeriksaan tersebut, tak ada yang serius semuanya sihat dan tak ada sebarang masalah serius.
Ada seorang doctor ni mengatakan..ia adalah kitaran manusia. Saya panggil dia Doktor Ustaz sebab bukan aje pandai dari segi berubatan moden dia pakar, malah hingga ke perubatan Islam dia pandai. Dia kata, kita ni sebagai manusia dari kita dilahirkan dari tidak mengetahui apa, kepada bayi, kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada dewasa, kepada matang, kepada tua, dan begitula sebaliknya. Kita akan berputar semula kepada alam dewasa, remaja, kanak-kanak, bayi semula hingga kita mati. Dia kata…malah dalam Surah Yassin pun ada mengatakan mengenai perkara tersebut – [Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas)]
Itu ajela perkembangan mama setakat ini. Kami sekeluarga sekarang ni hanya dapat berdoa dan terus menjaga mama sampai bila-bila. To all my dear friends & families..please pray for us all here k.