Thursday 24 September 2009

AidilFitri 2009


Salam Aidilfitri to my dear friends and families.

Selamat Hari Raya. Rasanya masih tak terlambat nak minta ampun dan maaf pada semua kawan-kawan, sedara mara semua.

Macamana dengan Hari Raya? Meriah tak? Bagi saya, macam biasa aje. Atas sebab-sebab kesihatan mama, last minute decision, kami TAK balik ke Alor Setar tahun ni. Beraya di KL. Jauh di sudut hati amatla terasa sedeynya. Tapi, nak buat macamana, keputusan di tangan papa.

Seawal subuh saya dah bangun...FINAL touch!!!! Ada lagi yg tak settle lagi…isssshhh!!! Tak pe..tak pe...calm down. K.Nora and Abg Faiz sampai….saya masih lagi berbaju tidor…masyaAllah… Amir pun dah handsome pakai baju baru tauuu..aunty dia ni tak siap2 lagi haaa..adddoooii!!!

Well, nasibla k.nora ada..bolehla menolong apa2 yg patut. Tapi, Amir Hakimi meragam pulak hari tu…addooii..tak kesian ke kt aunty nni. Umi dia nak menolong pun tak berkesempatan…sbb Amir meragam…huhuhuhu.

Lepas solat raya, salam-salam raya, minta ampun bagai...biasala tu..dah menjadi adat kita sebagai umat islam. Gambar?? Heemm..tahun ni kurang ada photographer, cuma gambar ni aje yg menjadi memori Raya 2009. Jadikla ni dari tak ada langsung. Mama tak ada dalam pic ni, sbb dia dah masuk bilik, berehat.



Walaupun last-last minute ni, alhamdulillah, juadah hari raya sempatla saya sediakan. Tapi takla semeriah di kampung. Sempatla saya buat kuah Laksa dan Rendang Daging. Bertungkus lumus minta resepi sana sini...finally menjadik gakla...heh..heh...heh. Everything express!! Ketupat daun palas sempatla di import dari Bkt Pinang, di hantar oleh Abg Wan, kebetulan otw to Rantau. Nasi Impit plak, just beli yg ketupat mini tu then rebus 90 minit..then voaalaa!! Cakes, cookies, semua tu dah READY. Drinks berbotol2 simpan stok. Ais dah penuh freezer tu. Desserts tu standby buat 2 jenis. Pinggan mangkuk, gelas, sudu, garpu, kecil, besar, sedang, semua dah siap cuci dari awal-awal lagi, takut tak sempat dan tak terkejar. Sampai ke pagi rayala menyiapkan persiapan raya ni. Kalau pegi kedai tu, rasanya...dah berpuluh2 kali ke kedai ada saja barang yg nak dibelinya. Nak buat macamanakan..saya seorang ajer yg menguruskan segala-gala benda dari A - Z.

Cepat aje the news spread, yang we all tak balik. Memang ramaila yg datang beraya on the 1st day tu. Especially my close uncles, aunties, cousins...ramaila. Meriah jugakla...walaupun tak semeriah di kampung. Tu pun ramai lagi yang tak datang lagi tu...rasanya hingga ke weekend ni dan weekend seterus-terusnya akan ada orang datang beraya di rumah saya. Juadah paling senang nak hidang is...buat rendang daging...standby..masak banyak2 then simpan dlm tupperware masuk fridge, then panaskan masuk microwave. Kalau sapa2 datang mengejut..boleh aje panaskan rendang tu..then nasi impit tu..mmg standby siap2. Dessert mmg kena buat. Habis aje buat..habis aje buat. Resepi senang bolehla buat...buat nyer resepi yg pening2 tu...minta maafla...tak layaaan.

Sebagai tuan rumah and orang dapur, tak ada gunanya berbaju cantik hari raya tu. Tp, VOGUE tu tetap VOGUE walaupun menjadi orang dapur terpenting pada hari tu. Tak sempat pinggan mangkuk kering, dah datang lagi tetamu yg lain, kena hidang, kena tambah, kena susun, everything kena well organise. Yang papa pulak, tak habis2 bagi arahan. Macamla kita ni robot...rasanya..masa jalan2 dlm rumah dr livinig room, ke dining room, ke dapur..mau dalam 2 kilometer or 3 kilometer kot...punyala jauuh berjalan walaupun dalam rumah ajer. Bayangkan dari pagi hingga ke malam, asyik berjalan ajer..duduk pun kejap-kejap.

Bila semua guest dah balik malam tu,barula terasa sengalnya kepala lututnya, lengguh semacam aje..well, tula namanya raya..:)


Selamat hari raya semua..!!

Thursday 17 September 2009

Pesanan pada keluarga & kawan-kawan

Salam semua



Ramadhan is almost towards the end…cepatnya. And Syawal is approaching tak lama lagi..3 hari lg tuuu. I would like to take this opportunity to wish everyone SELAMAT HARI RAYA.


Hope you guys will have a wonderful Hari Raya AidilFitri. To my dear friends yang drive balik kampung, or menumpang, or meneman tu make sure hati-hati tau, heavy traffic ni. Janganla bawa kereta tu pelan-pelan pula nanti hiway tu lagila jam. Kalau nak berhenti hanya apabila perlu. Takla R&R tu penuh sampai orang lain tak boleh masuk parking langsung nanti. Tapi, selalunya memang FULL la..haihh…’sigh’ Driver ni yg penat mencari parking, rebut2 dgn org lain, sampai gaduh pun pernah..lantak.


Kalau bergerak waktu siang, prepare light food and drinks in caselakan kena berbuka tengah2 jalan tu kan…manala tau kan…bertolak lepas Sahur…hingga ke Maghrib tak sampai2 lagi destinasinya…yelah..jamla katakan. Tu yg kampung hulu Perlis or hulu Kedah like me…mau 10 jam baru sampai..heh..he..he.. So no need to stop for buka puasa just makan apa yg ada…kan dah jimat masa dah kt situ.


Lagi satu, jgn lupa..bawah2 jambatan sepanjang up north tu..byk speed trap..jangan leka sangat tau…nanti tak pasal2 plak kena sedekah $$ dekat Pak Polisi..issh…tak maula mcm tu kan.


Okeyla semua kawan-kawan ku sekalian. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Jumpa lagi InsyaAllah!!

Tuesday 15 September 2009

@ Dewan Perdana Felda

Salam semua


Kali nak cerita buka puasa kt Dwn Perdana Felda plak. Buffet kat sini is RM48.00. PwC belanja kami kat sini this year.

Tahun lepas pun kat sini juga...tahun-tahun sebelumnya kat club la...kat hotel laa. Tapi, elok jugak kt sini, sebab di sini makanan terjamin halalnya..kalau nak dibandingkan dengan hotel yang bertaraf 5 bintang sebelum nih.

Tempat nak solat pun luas..tak perlu bersesak.



Monday 14 September 2009

@ Quality Hotel

Salam semua


Jumaat lepas saya berbuka puasa di Quality Hotel. Dah lama Girl ajak saya berbuka dengan dia di sana..dari sehari ke sehari asyik bertangguh aje. So, memandangkan Jumaat lepas tak ada apa2 program..saya pun pegi ke sana.

Dah lama saya tak berjumpa dengan Girl, dah berbulan-bulan lamanya. Well, she looks happy with her marriage life. Smile all the wayyyy. I'm happy for her.

Besides her, K.Ema and Dalle pun lama jugak tak jumpa. Banyakla story mory and gossips nak cover hari tu..kami duduk satu meja...byk updates!!! :) Really glad dapat jumpa depa semua hari tu termasuk Girl's mom...:)



Thursday 10 September 2009

@ Tupai Tupai

Saya, Flora, Has & Rumiza berbuka puasa di Tupai Tupai semalam.



Mesti ramai yang dah tau tempat ni. So apa lagi, siler-silerla datang kesini. Buffet kat sini is RM46.00. Dari ofis kami takla jauh sangat..less than 10 minutes dah sampai. Pehtu, awal sejam pulak tu kami sampai. Ingatkan jalan nak ke sana tu jem tu yg kami keluar awal..but then, traffic was OK!! Sungguh tak ku sangka. Thanks to Flora, she lead the way. Saya tahu jugak tapi tahu jalan jauh..heh..heh..heh..:)

Thursday 3 September 2009

Ramadhan @ kampung


29/8 - 31/8

Salam ramadhan.

Saya balik kampong. Dah menjadi kebiasaan asal ada cuti extra aje mesti balik, kalau tak sorang dgn family. Saya bertolak hari jumaat malam pukul 8pm. Sampai alor setar pukul 2am. Just nice sampai sana aje boleh terus sahur pehtu continue tidur sampai pagi, tapi subuh kena jugakla bangun.

Abg Wan & Abg Shiral sampai petang Sabtu tu, lagi meriah rumah kt Bkt Pinang. Yelah..dah cuti panjang 3 hari tu…must as well balik kg ye dak..lagi syok. My brother Naim, sampai lepas dah berbuka puasa tu dia ada kerja nak kena buat dulu.

Next day, saya pergi tengok rumah saya. Rumah tu tengah renovate…orang yang menyewa rumah saya tu dulu tak reti jaga rumah tu elok-elok. Banyak benda nak kena repair. Rumah saya tu corner lot…byk nak kena buat lagi. Macam –

- pintu bilik (3 set) - done
- pintu masuk rumah (1set) – done
- pintu dapur (1 set) - done
- tingkap & frame - done
- gril - done
- pokok2 keliling kawasan rumah tu kena tebang - done
- simen kena repair – in the process
- porch kena extant – in the process
- wiring lain - done
- piping lain – done
- pagar keliling rumah – done
- longkang – done
- bumbung – in the process
- gate – in the process

So far dah 70% siap….the rest lepas raya la kot. Pehtu nak kena cari penyewa yang lain, yg lebih terpelajar, lebih bertanggungjawab. Sakit hati betul…apala salahnya kalau anggap aje rumah yg depa sewa tu mcm rumah sendiri….tak salah kan. Memang depa tu tak sekolah!!!
Tak ada kesedaran sivik langsung!!! Gerammm.

Most of the xtvt kat kampung is BEREHAT…tu yg best tu..heh…heh…heh. Dapat makan sesedap yg K.Hus & K.Hasiah masak…as for me…I menolong ‘kacau’ dan ‘sibuk’ aje kat dapur.

It was a great weekend, bersama dengan family tersayang.

Tak sabar nak balik sana lagi in 2 weeks time!!..:) :)