Salam to all my dear friends and family..
Pada Bulan yang mulia ini (Ramadhan) kita diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam yang Ke 3, iaitu berpuasa selama sebulan.. Puasa ni bukan setakat tidak makan dan minum sahaja.. Tetapi puasa yang dimaksudkan disini ialah.. kita perlu menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..
Syukur Alhamdulillah pada hari ini saya masih lagi diberi nafas, kekuatan dan kesempatan untuk turut bersama dengan rakan-rakan umat islam yang lain.. menyambut kehadiran Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini...
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah berpuasa kepada para pengunjung blog saya dan juga kawan-kawan di facebook.. Jangan lupa bangun sahur pada esok hari.. dan jangan lupa juga bangun sahur pada tiap-tiap hari.. ;)
Disamping itu, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan yang pernah saya lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan...
Maklumlah saya ni hanyalah manusia biasa.. Ada kalanya saya menulis untuk berseronok-seronok sahaja.. Jadi sekiranya ada yang tersinggung dengan hasil penulisan saya.. Saya memohon ampun dan maaf banyak-banyak yer..
Sempena bulan Ramadhan ini marilah kita memperbanyakkan amalan dan doa.. Antara perkara yang seharusnya kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:
- Jangan lupa mengerjakan solat sunat terawih pada setiap malam..
- Memperbanyakkan sedekah dan memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa
- Solat secara berjemaah pada seiap waktu sembahyang fardhu, iktikaf di masjid dan membaca Al Quran
- Makan berpada-pada ketika berbuka dan jangan lupa bangun pagi untuk bersahur..
Semoga pada bulan Ramadhan ini, kita dapat mejalani Ibadah berpuasa dengan baik.. dan semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.. Amin..