Salam to all my dear friends and family.
Phewww..lama rasanya nak menghabiskan blog korea ni. Sorry tauu...den busy lately.. macam-macam hal turn-up.
Jangan kita membuang masa...meh kita sambung balik cerita autumn saya ni yang dah bersarang sangat lama. Harap dapatla saya habiskan hari ini jugak..memandangkan keadaan sekeliling saya hari ni sangatla aman damainya...:) :)
Hari ni merupakan hari terakhir kami kt Seoul ni, dan juga last day untuk kami shopping all out ..shop till you drop!! Lepas breakfast kat guesthouse, kami terus ke nandaemun, barang-barang kat nandaemun more variety and cheaper and boleh bargain. Sebenarnya kami nak membeli brooch...sini kan femes dan brooch yang lawa-lawa dan tahan lama. Merayaula kami mencari tempat yang jual dalam quantity sedikit. Kebanyakkan kedai yang kami jumpa menjual dalam quantity wholesale. Tak kan kami nak beli berlambak-lambak..lagipun bukannya kami nak menjual brooch2 ni semua.
Kak Bisma suggested kita ke i-counter tanya kat ahjuma tu kot-kot dia tau nak beli kat mana brooch yang kami mau tu. Memang rezeki kami, dia dengan baik hati tunjuk kat kami kedai brooch. Boleh tahan jugak la harga brooch tu..yelahh..rasa macam beli kt KL lagi muraahhh dari beli kt sini. Biarla untuk sedapkan hati..kami beli jgkla 2 3 biji as kenangan.
Memilih souvenir untuk kami bawa balik Mesia..it's not that cheap... So, berhemahla kala membeli.
Inila kedai brooch yang ahjuma tunjuk kat kami tu, actually locationnya belakang i-counter tu ajer...area Nandaemun. Sini pun bukannya murah..mahal jugak ni, baik beli KL..huhuhu
Riben rambut, hair clips semua ni is nothing less than KRW10,000 = RM40.00.
Maheeii weyyyy
Pearls pun hadorr...harga jangan tanya....huhuhu.
Bukti saya dah sampai sini..hehehe
Candid pic..sini area kanak-kanak. Segala jenis barangan dari new born baby hinggala ke umur 12 tahun. Kami tak ada anak kecik....so...NEXT!!!
Suasana Nandaemun.
Selesai shopping, next is to Bukchon Hanok Village. Kawasan ni macam perkampungan traditional bandar seoul conceptnya. Banyak rumah-rumah kat sini dibina mengikut konsep senibina lama unik dan cantik-cantik pulak tu. Kawasan kampung ni pun boleh tahan luas jugak la. A long the way tu uolls boleh nampak macam-macam kedai dan interesting places/look out yang uolls boleh singgah. Setengah tempat tu kena bayar kalau nak masuk ada tu free jer. Rasanya ada drama-drama korea act kat sini, tapi saya tak tahula tajuk drama-drama tu sebab saya tak follow.
Tempat ni memang 1st time kami nak pi, selalu duk baca bloggers so kali ni nak experience sendiri. Cara nak pi sana, sila pastikan uolls turun kat Anguk Station (subway Line 3) pastu kuar ikut pintu 2. Pastu jalan terus sampai jumpa kedai-kedai coffee area Samcheong-dong.
Rezeki kami bergambar dengan bunga sakura...kekekekeke
Jalan punya jalan, sampai la ke 1 spot ni, dan memang ada dalam program kami. Kak Kay tidur tak lena kalau tak pergi sekolah ni..almaklumla dia die hard fan Winter Sonata..hehehehe. Choong Ang High School ni tempat pengambaran drama Winter Sonata masa depa duk sekolah-sekolah. Sebabnya kami pun dah penat ya amat..kami amek gambar kat depan sekolah ajer. Rupanya on weekdays, kami tak dibenarkan masuk dan sekolah tu hanya bukak on weekend. Kami pergi sana hari Jumaat...emm..memang kami tak ada jodohla nak bergambar kat dalam kawasan sekolah yang femes ni.
Inila Choong Ang High School.
Tinggal harapan..kesian Kak Kay..punyala gigih nak pi bergambar kt sekolah ni..tup tup tak boleh masuk daaaaa... Kami hanya dibenarkan sampai situ sahaja...tak boleh lebih. Lebih kalu kena halau terus..huhu. Takpe Kak Kay, nanti kita datang lagi yeaa...make sure kita plan trip ni pi hari sabtu atau ahad.
Bumbung pun jadiklaaaa walaupun tak dapat masuk.
Happy group photo. Tengok betapa curamnya jalan tu...gigihnya kami mendaki..uhuukk uhuukk.. Lgpun bukan selalu kami nak datang sini, harusla kami redah degan hati yang redha..hehehehe.
Memang kawasan Hanok Village ni berbukit, tinggi jugakla. Memang tak dapek la nak menolong..naik le jugak sebab dah sampai kan... Lagipun kawasan ni considered a must-see place when visiting Seoul. Tapi memang berbaloi, view cantik, rumah-rumah pun cantik, lain dari yang lain.
Sebab ni kawasan residence...jadi kena la senyap yeaa...sssshhhh
So, most of the time the alleys are crowded with tourists. Kesian kat depa yang duduk sini tak ada privacy. The alleys width are only the size of a car. Kalau tengok rumah-rumah kat sini, semua pun macam parking kereta kat luar.
With hanbok ladies..pretty!!
Kami pakai redah aje lorong-lorong residence ni, frontlane, backlane..semua kami masuk..hehehehe.
Rumah-rumah kat area ni memang cantik-cantik dan traditional sangat..!! Tapi yang tak laratnya jalan kat sini bukitnya mak ooi..curam sangat. Letih nak jalan. Sebab tu la kot orang korea ni kurus-kurus banyak exercise rupanya.
Kalau tak silap ada 8 spot yang menarik untuk amek gambar kat hanok village ni. Tapi sebab weolls ni tak berapa nak into that 8 spot..konsep asal ada gambar..makanya weolls tak la jumpa spot-spot yang dicadangkan ituu..:) :)
Perkampungan sini sangat cantik and peaceful. Rumah-rumah traditional yang masih kekal di tengah-tengah bandar Seoul..i'm impressed..!!
We had a really great time exploring Hanok Village till late afternoon, and there are so many amazing sights and it's fun walking through the alleyways and enjoying the old traditional korean architectures.
Pay a visit there when you are in Seoul..really worth it..!!
Muka penat masing-masing...moohh kita ke Itaewon cari makan
Lepas dah penat explore hanok village, next destination is Itaewon. Nak singgah Seoul Central Mosque yang merupakan satu-satunya masjid di Seoul. Terletak kat area Itaewon dan sekitarnya boleh dapat pelbagai makanan halal terutamanya masakan ala India dan Arab. Kita boleh pi makan kt sini tanpa rasa was-was sebab most of the restaurant here is halal. Fiza datang sini untuk wakafkan telekung dia.
Kami terus menuju ke pintu masuk Seoul Central Mosque. Sampai je di pintu masuk, kami kena menapak naik bukit sikit untuk ke tangga di luar masjid. Seoul Central Mosque terletak di atas bukit. Dari tangga masjid boleh tengok hampir keseluruhan kawasan Itaewon.
Even cuaca nampak terang, tapi sejuk ketaq-ketaq ni..jangan main-main.
Fiza datang sini untuk wakafkan telekung dia.
Kami bergambar di sekitar masjid sebelum melangkah keluar. Misi untuk melawat Seoul Central Mosque tercapai. Alhamdulillah.
Di sepanjang perjalan dari Itaewon ke Seoul Central Mosque memang nampak banyak kedai dan restoran halal. Kira mcam muslim town la ni. Kami pulak dah tak tau nak makan kat kedai mana satu. Banyak pilihan...perut memang dah lapar, pagi tak makan pape lagi. Orang melayu, kena cari nasi jugak.
Akhirnya kami jumpa satu restoran yang menjual makanan korea muslim food. Makan Restaurant namanya. Haaa...lagi sekali peluang kami makan korea yang halal lepas Yang Good. Cuba, jangan tak cuba.
Our lunch set..sedap..!!
Last snap before we go back to our guesthouse.
Tamat sudah autumn trip saya for 2015. Where are we going for 2016? Tunggu... InsyaAllah kalau ada rezeki...kalau umur panjang...boleh pergi berjalan lagi.
Wefie at Incheon International Airport fly back to KUL.
Till we meet again....
Sekian..:)