Salam to all my dear friends and family.
Setahun sekali mesti datang sini...hehehe. Eh..tapi last year buat kat tempat lain..saya tak pergi pun kat sana. But, this year buat kat Sunway Lagoon...mestila kena pergi kan.. Kalau nak hadap tiket yang ratusan ringgit seorang tu..memang TAKla nak pergi ye dakk..?? So, memandangkan harga tiket yang wayyyyyyy cheaper!! harus saya pergi. Dah nama pun family day, saya bawa my niece Fatihah & Farzana. Kebetulan depa pun tengah cuti semester...lepak tak buat apa kat rumah tu..moh la join aunty depa ni main air kat SL ni..hehehehe.
Awal-awal kami dah sampai sana...event pun start agak awal jugak, by 9am pintu dah bukak.. So, biasala check our bags kot2 ada yang bawa food. Sebab makanan tak dibenarkan masuk dalam sana. Memang tak bawa pape pun...lagipun food provided bfast and lunch. Safe dah tang tuuuu..!! Legaa..!! Boleh je nak makan dalam tu..siap kan duit ajer..keh keh keh.
Speach by the organizer pun short and sharp...taklimat keselamatan pun pantass!! Then bagi-bagi hadiah for the lucky draws pun very fast!! Depa pun tau, kami semua tak berapa nak keen sgt nk berdiri lama-lama dengaq depa duk berletiaq kann..hehehehe.
Water Park (Tempat untuk uolls basahkan diri sebab memang watery) ,
Amusement Park (Tempat berhibur sambil bersedia untuk isi perut terburai kalau tak biasa main game yang mencabar),
Extreme Park (Tempat untuk Peminat extreme game-boleh buat jantung terkeluar dari badan juga),
Wildlife Park (Tempat untuk berkenalan dengan segala jenis burung, dan beberapa jenis haiwan yang sangat comel), dan
Scream Park (Tempat hantu raya suka terjah tak tentu hala... kuikuikui)
Kawan-kawan lain tengah Q nak masuk...nampak tak tempat situ semua still empty..hehehe. Gigih awal nak chop tempat..:) :)
With our Managing Partner.
Seronok dapat food..:)
Group wefie!!
Family PwC..ramai jugak yang datang hari tu.
Hari bertuah for me...hehehehe. Pemenang terakhir!! Dah nak koyak/buang dah nombor tu..mcm tak pernah ada luck all this time kan... Haa..tup tup..no 192 naik!! Harusla tak jadi nak buang/koyak that number..hehehe. TQ!!
Dapat jugak jumpa Aiza and her family..:)
Anak Aiza ni comellll!! Baik plak tuu...suker suker suker!!
Selesai mandi kat sini, kami ke Waterplexx 5D. This is one of the coolest experience ever. Malaysia’s first 5D Waterplexx Bukan 2D, 3D,
4D tapi 5D. Memang bestlaa...badan
weolls kena siram dengan air masa duduk dalam ni. Cool experience..uolls akan masuk dalam dunia
fantasi naik roller coaster…jumpa dengan macam-macam makhluk dalam
skrin..hehehehe. Walaupun sekadar dlm
skrin, tapi pergerakan kerusi yang uolls duduk dan air yang dipancut-pancut
dari depan, tepi, belakang, atas, semua tu memang teal..dan the feeling is
excited tak terkata.. So, get your ticket and try it urself k
Kak Su and my niece dengan beraninya naik Pirate Revenge tu
haaa…Just imagine kapal tu berpusing terbalik 180 darjah..kepala uolls berada
di bawah dan kaki kat atas?? Mahu terkeluar isi perut dibuatnya kalau badan dah
terbalik macam tu kan. Eee..tobatla saya
naik benda tu…big NO NO NO..biaqla depa naik..I rela tunggu kat bawa snap
gambar..hehehe.
Beranikan diri naik roller coaster ni...Lost City of Gold Scream Coaster..!!
Riang ria lps naik roller coaster...puas la menjerit atas sana haaa... Lepas tu masuk Ghostbuster Adventure-Live...emmm tobat takmo masuk dh!! Takut Okey!!! Kononnya tegarla tak takuk hantu kann...emm..haraamm..terjerit2 dalam sana..lama kot masuk dalam tu..almost 1/2 hour...haaihh letih menjerit dibuatnya!! Dah la I takot hantuu!!! 'sigh' :( :(
Ni kat Pedestrian Suspension Bridge. Niat di hati nak naik Flying Fox...tup tup..Long Q...emmm...tak dapatla naik. Then nak naik ATV...pun long Q..adeihhh...ramai plak pak-pak a/mak-mak arab ni...mai mana pun tau tau..huhuhu.
Beratur nak naik Grand Canyon River Rapids gempak namanya gituu!!. Mujur tak ramai yang beratur!! Pengalaman duduk dalam boya besaq ni..memang best jugakla..dalam satu boya tu muat dalam 5-6 pax. Ia akan lalu jeram sungai ala-ala mcm Grand Canyon tau.. Just seat, rilex and go with the flow..Terbaeekk!!
It’s The Wild, Wild West!
Harimau putih pun ada kat situ. Lepaakk baeekk ajer...mujur tak kacau orang.
Antara spesis burung cantik yang terdapat kat Wild Life Park.
Kebetulan masa kami lalu situ..burung merak ni tengah kembangkan ekor dia..santekkk sangat!!
Macam kat area Avatar dah ni...:)
By 5pm kiranya habisla kami tour SL ni..letih beb!! Seronok memang seronok...once a year kan...why not? Balik tempat kami simpan bag...mandi...then balik. Ada lagi kawan-kawan yang masih mandi-manda dgn anak-anak depa... Tapi, depa pun muka tak larat dah haa...its about time depa pun nak balik. Letih main air memang lain macam betul...flat habiss..!! Sampai rumah dah tak larat nak bangun pengsan smp ke next day!!
We really had so much fun kat SL. InsyaAllah next year boleh datang lagi sini..hehehe.