Salam to all my dear friends and family.
Raya cina baru-baru ni, TY's family plan to take a short break. Kemana tu? Kami plan ke Cherating. Dah lama tak holiday ke Cherating ni. I mean dgn family TY la. Dengan kawan-kawan hari tu pi dah Oct 2021 tak silap.
Dari KL gerak dalam pukul 8am camtu..breakfast sat R&R Temerloh..pehtu proceed terus ke Cherating. Masa kami pi tu..kami tak lalu jalan dari Gambang tu..kami exit terus ke Sungai Ular. Dari situ nk Cherating memang tak jauh dah..jalan pun tak jem.
Kami check-in kt Holiday Villa Beach Resort and Spa. Memandangkan cuti panjang kan..so masa check-in tu agak lama jugak menunggu nak dapat bilik. Patutnya by 3pm dah boleh masuk...tapi tu la...atas sebab-sebab kekurangan pekerja kat hotel tersebut..menyebabkan agak lambat kami dapat bilik. Kami booked Twin Room and 1 Family Suite. Yang Family Suite tak siap kemas lagi. Mujur twin room dah ready..so kami semua lepak dulu kat sini dulu sementara tunggu family suite siap kemas.
Dah petang sket dalam pukul 6pm camtu..pelan-pelan jalan ke beach. Its a private beach boleh dikatakanla. Ombak kuat jugak...kena berhati-hati. Tak plan pun nak mandi petang tu..plan the next day baru nak mandi.
Rehat tepi laut memang sangat nyamaannn...:)
Terdapat jugak private villa yang boleh kita booked. Nama villa2 ni pulak terdiri daripada nama-nama negeri di seluruh Malaysia, seperti Melaka, Kedah, Penang, Selangor, Pahang dll. Kalau nak booking sini kena melalui La Villa by Holiday Villa Cherating.
Breakfast at the hotel..variety jugak
Kita mandi pool lepas breakfast. Make sure kena pakai proper swim wear..if not kena jerit dgn life guard..hehehehe.
Pool sini baru renovate..memang super huge! Lapang orang pun tak ramai sangat. Resort ni ada 2 pool yang besar okay...yang ni berdekatan dengan laut..yang satu lagi berdekatan dengan main entrance arah ke twin room kami.
Seterusnya kami ke Pantai Kemasik. Tempat ni memang famousla shooting drama banyak jugak kat sini. Macam-macam kemudahan disediakan kat sini ada tempat rehat, tandas awam, gerai-gerai makan pun ada. Kami order ABC ni..sebab tengah hangat lit lit kan...pekena ABC ni..mmg nyamannn.. Ada jgk menu lain-lain, kopok leko, masakan panas pun ada jugak tersedia kat sini.
Bestkan dapat makan view cantik camni.
Demi bergambo...ku gagahkan diriku untuk merentas panas lit lit ni...huhuhu
Pehtu kami ke Monica Bay a.k.a Pantai Teluk Mak Nik kat area Kemaman. Lunch makan nasi campuq. Tak dan nak amek gambaq masa ni..too hungry..hehehe. Sapa-sapa nak mai Kemaman, kena mai singgah kt Monica Bay Ikan Bakar. Menu lunch lauk nasi campur dia sedap! Depan tu pulak ada open beach. Ada macam-macam activity kat sana ATV, main layang-layang, kedai makan etc etc.
Lepas lunch kami singgah the famous Hai Peng Kopitiam. Kami order kopi vietnam. Mula terkenang zaman away day ke HCM 2019..minum kopi ni.
Cicah plak dengan bun bulat ni. Fuhh...sedapp! Petang-petang layan kopi memang terbaeekkk.
Lama jugak kami lepak petang kat sini. Lagi pun baru lepas makan nasi...pehtu minum kopi plak kan..maunya tak lama duduk sini. Bestla kedai ni...mujur masa kami sampai tak ramai orang..aman-aman aje minum kopi kat sini.
Activiti ATV tak boleh dilepaskan. Lagipun tempat ATV ni kat hotel kami jer...tak boleh lepaskan peluang kan...Memang best. Harga depa bagi setengah jam - RM50 sahaja. Murah kan?!
Sebelum balik KL kami singgah kejap kt Teluk Cempedak. Banyak dah berubah kat sini.
Sekian sudah cerita untuk kali ni. Family trip selepas long PKP. Rasa baloi jugakla dapat pergi Cherating ni. Perjalanan kami dari pergi...sampai balik KL memang smooth saja. Maksud smooth ialah tak jem yang sering kita dengar tu kan..especially Karak hi-way. InsyaAllah ada rezeki we will come again.