Salam to all my dear friends and family.
Trip kali ni is with my JJBM buddy! We plan trip ni pun tak lama...dalam bulan Jun kot camtu. Duk sembang-sembang..."eh guys jom kita g Redang?" Ok zasss terus kami check date.. tiket flight...cari hotel...cari pakej redang...settled within 1 hour. Itula kami sebenarnya...rasa macam nak kemana-mana aje...zass aje cakap lepas tu booked..:)
Maka pada 5 - 7 Aug 2022 gerakla kami ke Pulau Redang. Kami amek pakej memandangkan kebanyakkan manusia sekarang ni dah mula bercuti kesana kesini untuk menaikkan semula ekonomi pelancongan negara kita ye dak. Senang sikitla dah amek pakej ni sebab tak la kami kelam kabut ..confirm2 memang ada seat dalam ferry untuk weolls. Geng kami, Aiza yang menguruskan segala-galanya..hehehe..bravo!
Flight kami depat at 7.15am ke Kuala Terengganu. Imagine pukul berapa kami keluar rumah kan..dah tentu-tentu 4am. TQ K.Su sudi anto amek I kat rumah to airport. Jasamu tetapku kenang sampai bila-bila kak! Mmuaahh!! Dah sampai airport, kami terusla check-in ...luggage idokla sebab kami bawa cukup-cukup 7kg kan. Tu punn kena buang sikit barang masuk dalam bagpack plak..sbb terlebih kg muatan....adeihhhh. Susah betul nak handle barang 7kg ni..paling-paling 10kg..senang citer kan. Sabor je la. Bila dah lepas segala immigration..dah lega. Tunggu Aiza kat boarding hall tak lama lepas dia pun sampai.
Flight AA memang on time plak kali ni tak delay.. Alhamdulillah. Bab on time ni memang saya puji la...tapi bab cancel, bab re-time memang boleh mendatangkan marahla kan. Well, kami selamat sampai around 8.15am camtu..sejam jugakla. Terus cari taxi kat arrival hall, memang terus dapatla kan sebab taxi memang banyak yang menunggu kat arrival area tu. Bayar kat kaunter RM50 ke Jeti Merang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 min jugakla.
Dari segi pemanduan pakcik taxi ni..kami dah takut ketinggalan feri je ni haa.. Sebabnya pakcik ni bawa terlalu slow...rasa macam nak suruh dia duduk tepi biar kami yang bawa taxi pakcik. Dalam hati ni...duk berkata-kata..cepat sikitla pakcik...tekan minyak pakcik..laju la pakcik...kang tertinggal feri kami ni kang pakcik..hahahaha. Kita-kita ni memang F1 driver kat KL kan..bila datang KT ni..tup tup...alahai..awat pelan sangat ni pakcik?!?!
Lambat-lambat pun akhirnya kami sampai jugak ke Jeti Merang, patutnya terus ke Jeti Bahar...pakcik taxi ni stop kat taxi Azhar...silap...mujur tak jauh..sebelah2 je jetinya haa. Rupanya kat sana banyak jeti..bermacam-macam nama. So, kena betul-betul confirm dgn pihak agent agar tak tercelaru...haaa gitu.
We are the first to board the ferry...bestla kan dapat naik dulu boleh pilih tempat duduk..kekeke. Perjalanan ke Pulau Redang dari jeti lebih kurang 45 minit. Mujurla tak mabuk laut..lagipun feri besar selesa..pilih yang open air. Bila dah sampai jeti di Pulau Redang, kita kena tunggu our ride to our resort pulak. Lama jugak nak tunggu "traktor" aka transporter yang bawa kami ke resort ni. Lapar jugakla masa ni, imagine dari pagi tak sempat nak grab makan apa-apa pun. Mujur ada kedai berdekatan jeti ada sikitla dia jual-jual pisang goreng, nugget, sausage, keropok leko, borongla apa lagi kan..dah lapar tu beli je terus sementara tunggu transporter kami sampai.
Menikmati kopok leko, pisang goreng..sementara tunggu transporter kita.
Nin diaaa...transporter kita.
Transporter kami sampai, terus bawa ke Redang Holiday Resort. Disanala kami akan menginap selama 3 hari 2 malam. Perjalanan agak berbatu-batu jugakla....tapi better la dari kami kena turun kat laut nuun kan...huhuhu. Mujur kami sampai, bilik pun dah siap tersedia. Ada sesi taklimat mengenai aktiviti yang akan kita buat pada hari tersebut. Lepas taklimat kita simpan bag kat bilik, pehtu kita lunch kat cafe' area. Lunch provided yea dalam pakej ni. Menu kampung..sedap not bad. Pehtu 2.30pm kami semua berkumpul untuk 1st aktiviti snorkeling. Alat untuk snorkeling kena bayar yeaa...life vest + snorkel = RM30 each. Dah nak menyelamkan..kenala kami bayar untuk equipment tersebut. Oh ya..lupa nak bagitau, kalau sayang kulit jangan lupa pakai sunblock ya! Boleh tahan terik jugak kat sini.
View resort kami.
Bilik lengkap 2 king size bed, towel disediakan. Mineral water tak ada...kena beli siap2. TV pun tak ada...layan je gambar2 dalam handphone. Iron, hair dryer, semua kena sewa yaa.. RM50 untuk setiap item.
Pool besar jugak.
Cafe' area yang menyediakan B,L,D
Our first lunch di resort.
Let's eat!
Kita ronda-ronda beach kejap sebelum snorkeling
Kami semua berkumpul kat laut untuk naik bot yang akan bawa kami snorkeling to open sea serius tak ingat tempat tu...haaihh..lupa betul. Memandangkan dah ada pengalaman masa kat Mabul baru-baru ni, so kiranya nak turun ke laut tu...dah tak berapa takut dah macam dulu-dulu. Tapi, kena ada Kak Su...Aiza..sekeliling me. Perasaan takut berdebar nak tenggelam tu tetap ada walaupun ada life jacket. Experience kali ni lain sket, tak macam Mabul dulu. Kali ni depa lepas bebas kami-kami ni ramai-ramai..pehtu up to you guysla. Still ada pengawalan dari staf-staf resort ni. Kali ni memang ramai gilllsss okay..compare dulu yang just 15 of us kan. Corals memang superb cantik ...kuasa Allah kan. Lama jugak kami kat situ almost an hour.
Tengah best-best menyelam....tiba-tiba beg Aiza masuk air. Aduuusss...handphone Kak Su pun ada dalam tu jugak. Kami dalam air tu..pelan-pelan kayuh naik atas bot. Nak check handphone kot-kot masih boleh guna bila dah dikeringkan. Aiza punya dapat diselamatkan...K.Su punya dah innalillahh....huhuhu. Sedih weyyyy....tapi apa boleh buatkan bukan sengaja. Jadi pengajaran lepas ni, kalau nak masuk air, make sure pastikan betul-betul cover plastik handphone tu tertutup rapat. Lepas tu bila dah reda sket...kami sambung semula snorkeling..kejap ajela lepas tu mood pun dah ke laut dalam bersama ikan-ikan and penyu..huhuhuhu.
Kami sampai semula ke resort tersedia minum petang pulak. Fuhhh..nyamaaannnn. Sebelum balik resort kami menyelam jap kat tepi pantai amek mood yang dah tenggelam dalam laut tadi kan..hehehe. Apa-apa pun trip ni must go on jugak kan. Takpe...balik KL kita beli handphone baru yea Kak Sue. Lepas minum petang, weolls sambung mandi dalam pool pulak. Seronok weyy...mandi manda ...lama tak merasa mandi pool dengan penuh aman macam ni. Mujur masa kami mandi tu, tak ramai orang..adala 3 4 orang aje dalam tu...tak lama lepas tu depa pun naik. Kami sambung menyelam lagi..dah dekat nak margrib barula kami naik...punya layan seronok kan kat sana.
Malam tu kami disediakan dgn BBQ. Ingatkan betulla BBQ, cuma chicken wing sahaja. Adeihh..punah harapan ingat adala..kambing ke...ayam ke...udang ke...ketam ke..huhuhu. Cuma chicken wing makan bersama nasi dan lauk-lauk lain. Jadila kan..takla kami kelaparan malam tu..hehehe. Masa tengah duk makan tu..tiba-tiba hujan turun..lebat jugak..siap dengan angin semua cukup. Kami lepak japla kat cafe' kot-kot bolehla mengopi kat Bistro sebelah. Bila hujan dah berhenti, kami ke Bistro sebelah cafe' kami tu....ingatkan nak minum kopi...emm...tak ada plak. Yang ada cuma air tin. Kami minta depa buatkan kopi....tak ada menu tersebut yea kat Bistro tu. So, ok baiklah...kami pun balik semula ke bilik..baik layan gambar-gambar siang tadi kan..sambil sambung borak-borak hingga lewat malam.
Kami pun tidur awal jugak malam tu. Tak ada apa activiti nak buat kan..bilik kami TV pun tak ada...haihh..sedih. Phone coverage so so aje kat sana, line Celcom je dapat tembus...lain-lain all gone. Slow jugakla...nak tengok Netflix kat phone pun tak lepas..punah harapan..huhuhu. Tak mengapala...jom kita tidur awal malam ni. Esok kita nak pi snorkeling kat open sea lagi..bukan 1 tempat, tapi 2 tempat tau.
So, saya stop dulu kat sini..nanti saya sambung menulis lagi yea...
Sekian..:)