Friday, 27 February 2009

Salah orang kot...

Selalunya saya akan beli dinner kat mana-mana aje kedai yang berdekatan dengan rumah. Tapi semalam saya beli kt Sri Damansara, dekat jugakla...tp kena keluar ke main road, redah jam dan beberapa traffic lights untuk ke sana.

Saya pegi Group Base Restaurant. Sebabnya saya kesini, Papa kata, makanan kat sini sedap-sedap, portion dia besar dan murah. Saya tak kisah kedai mana-mana pun saya hanya mengikut arahan.

Masa saya tengah menunggu order saya siap, tiba-tiba .....

Him : Sorry I terlambat...dah lama ke tunggu? (Sambil tarik kerusi, without asking dan duduk)

Me : Excuse me?!?!

Him : Eh' you ni Zaty kan? Kita janji nak jumpa kat sini? (Muka dah panic tapi cute)

Me : Err...I rasa you ni dah salah orang. I bukan Zaty.

Him : Tapi, you kata kita jumpa kat sini, you pakai baju Merah, tudung Hitam with Jeans (secara kebetulan saya memang pakai apa yg dimaksudkan oleh dia) I plak baju biru shirt belang biru putih.

Me : Sorry yea...I bukan Zaty..You ni salah orang. Yea..memang I tengah tunggu something but bukan orang i tunggu my order.

Him : Ohh...alamak. So sorry....sorry..sorry sesangat. I patut jumpa someone kat sini. Dia kata dah dia dah sampai. (Terus bangun dan tercari-cari awek yg dimaksud)

Tu sah-sah blind date. Baru 1st time nak jumpa kot. Janji lain...buat lain. Tp, cute jugakla mamat tu...pakai spec, tall, slim, smart looks...kind of man that I like...haaaiihh..bertuahnya si 'Zaty' tu. Dapat blind date secute mamat tu. How i wish..i just mengaku aje I'm Zaty...hahahahaha.

Thursday, 19 February 2009

P3GngLdg


Finally dapat juga kami tengok teater PGL ni. Walaupun season 3..it was a GREAT show!!! Tak rugi kami pergi tengok. Kalau boleh nak tengok lagi.

I enjoyed the show tremendously!! It was compact, with so much more emotion injected into the scenes, the lines, the acting, the singing, the dance movements, the music! Aura seorang puteri tu betul-betul terasa, Tiara memang fantastic. Her voice, through her singing tu memang superb!!!

One thing for sure, SALUTE to you my dearest Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah and the whole team!!

Sesiapa yang tak pegi tengok lagi tu, sila-silala ke Istana Budaya ni beli tiket. U gonna enjoy it.

Thursday, 12 February 2009

Recharged....


Alhamdulillah...mama dah discharged last week on Tuesday. Lega rasanya setelah segala-galanya dah kembali pulih seperti sedia kala. Tak perlu lagi saya berulang-alik ke hospital..everything dah back to normal.


Tapi saya masih lagi drive to office. Nak kena start naik komuter semula nih...tp tak tahu bila. Badan ni masih nak bermanja-manja dengan 'cabai'....tak ada strength lagi nak berebut-rebut naik komuter. Tunggula lagi seminggu dua lagi kot. Energy tak cukup kuat lagi...masih tahap medium....belum sampai tahap full lagi....heh...heh...heh.


Well, nak kena start balik planning apa-apa yang patut such as -


1) Tengok teater


2) Tengok wayang


3) Pergi holidays


4) Balik kampung


5) Dating


6) Hantar baju ke tailor


7) Shopping

To all my dear friends, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakan sehingga mama saya dah kembali pulih...alhamdulillah.

Dan tak lupa jugak yang datang melawat saya dan mama masa kt hospital...Akla thanks!!!

Oya thanks for the story books...it's really help...selesai dah semua buku-buku tu ira baca...cuma Papa tak habis baca lagi...heh..heh..heh.

Ziez & Nora...thanks for your advice and support.