Tuesday 1 June 2010

Perihal tailor..


Kali ni saya nak bercerita mengenai tailor saya ni. Kedai dia kt Medan Mara. Semenjak saya pindah area KL Sentral ni...saya hanya akan ke sana hari Sabtu. Lepas tu, pandai2la saya menjelajah sekitar Jalan TAR, Sogo, Kamdar, Semua House, Maju Junction...cari baju office ke, cari tudung ke, cari kain murah2 kat Aked. Nice and cheap. Kita boleh dapat yang cantik-cantik kalau kita pandai cari and bargain. Senang sebenarnya jalan sorang-sorang ni. Tak banyak sangat kerenah..free and easy aje..hehehehe.

Dulu office saya dekat Jalan Sultan Ismail tu..tak la jauh nak ke Medan Mara tu. Skrg dah jauh 'sigh' . Memang dari dulu lagi saya hantar baju-baju pada dia untuk dia jahit. Dulu-dulu memang best...bila saya hantar aje kain awal bulan...a month later dah siap. Kalau nak tempah jahit manik-manik ke...sulam-sulam ke...kerawang2 ke memang saya puas hati sangat. Harga pun bolehla tahan...kiranya mampu bayarla..heh..heh..heh Saya ni suka lain dari yang lain...dan tak suka sama dengan orang lain. Tapi kadang-kadang ada juga tersama fesyen dengan orang lain...:P Bukannya tiru 100% cuma 30% - 40% aje...the rest is my own ideas. Kakak yang menjahit tu kata, badan saya ni senang. Memang dari dulu...hinggala sekarang tak berubah-ubah (elokla tu kan..maintain) Dia memang tak risau kalau saya pegi tempah baju..mmg fixed measurement. Memang senang hidup diala..:)

Lately ni..dia dah berubah. Bukan berubah dari segi perangai ke apa ke. Berubah dari mutu perkhidmatan dia. Tahun ni...ada beberapa helai kain saya dah hantar pada dia since Feb - March. Then in April - May saya hantar lagi...for hari raya. Siap bagi gap for her untuk siapkan sebelum bulan Jun. Biasala bulan Jun ni musim cuti sekolah Banyakla majlis nikah kahwin semua. And for hari raya pun saya dah tempah awal-awal lagi. Saya tak suka menyusahkan hidup sesiapa. Tapi akak ni menyusahkan hidup saya. Saya dah bagi sepenuh kepercayaan untuk dia jahit baju saya ni dan siap pada tarikh yang ditetapkan. Tapi ‘sigh’ :( :(

Baikla….saya nak bercerita…what has happen just now. This is how it goes –

Me : Salam Kak, Ni Shahira.

K. D : Salam Shahira.

Me : Kak dapat tak message semalam dan dulu semalam dan minggu lepas dari
Nana?

K. D : Ye dapat-dapat. K. D tak tengok lagi kain tu rasanya staf K. D tak potong lagi
baju Shahira ni

Me : [#$%#@&*] TAK potong lagi?!?! Kak tolongla kak, saya nak pakai baju tu hari
Ahad ni..sepupu saya kahwin. Saya hantar kain ni dari bulan March lagi kak. Bulan lepas masa saya datang ambik baju saya, saya dah pesan kat akak yang saya nak datang ambil on this date [this coming Saturday]. Sile pastikan baju saya ni siap kak. Bukannya saya hantar semalam or minggu lepas yang saya nak pakai bulan Jun. Saya hantar bulan March. Tolongla kak, saya ni bukan baru dengan K. D. Dah lama dah...kalau saya kahwin...anak saya dah masuk sekolah rendah ni kak. Haa..lama tak lamanya saya kenal dengan akak. Tolongla kak…bukan baru-baru ni saya bagi reminder kat akak. Boleh dikatakan...seminggu sekali saya call kat akak tanya dah siap ke...boleh ke nak ambik... Kalau ada masalah apa-apa, tolongla kak telefon saya. So, that saya bolehla cari baju lain ke, cari yang ready made ke, sewa ke [pengantin ke nak sewa-sewa], apa ke…hadoillaaa.

K.D : InsyaAllah Shahira...nanti akak usahakan. Lagi pun staff tak ramai...tempahan
banyak ni. InsyaAllah..insyaAllah. Kain yang mana tadi?

Me : [%#@$@% kain yg mana?!?!?!?!] Kain yang warna purple & blue turqoise...saya dah bagitahu pada Nana receipt number semua pada dia. Saya bagi baju contoh sekali, mintak akak buat exactly mcm baju contoh saya tu. Takut pulak nnt saya tempah lain turn out lain plak. Dah la saya tempah ada kerawang-kerawang semua. Ni kak, kalau buat kelam kabut ni...rosakla baju saya ni kak.

K.D : Eh' x la...kamu jangan cakap macam tu insyaAllah tak rosak.

Sedih pun iyer jugak nih. Agaknya...kalau saya tak telefon bagi reminder kat dia...sampai tahun tahun tahun depan tak siap jugak kot.

Yelah...skrg ni dh macam trend dia pulak...nak kena call dulu baru boleh amik. Dah tu apa gunanya receipt siap tempah tu? Kalau dah tak boleh siapkan baju kita on the date as promised? Haaihh..ntahla.. Nak tukar tailor lain, takut tak selesa pulak. Saya dah bagi sepenuh kepercayaan pada dia..end-up jadi macam ni pulak. We pay for their service…ini la orang melayu..macamana nak maju kalau janji tak ditepati. Sakit hati laaaaa!!!! Kalau tak siap jugak hari Sabtu ni..nampak gayanya kena beli yang ready made la..:(


3 comments:

zie said...

Ira sungguh penyabar, kalau Zie dah mengamuk dah...

Try la cari tailor lain gak Ira...mana tahu...jumpa yang sesuai jugak...

Syiera said...

Hi Zie

Sabar ada hadnya zie. Geram betulla..:(

BUT,

I dh jumpa tailor lain..tp kt Ampang Point nuuunn...jauuhla plak. Tgkla mcmana nnt..:) :P

iza said...

sabar la iera... mayb kakak tue dah selesa sgt dgn u la tue sampai dah tak reti nak jaga hati customer and about time jugak kot u tukar ke tailor lain ;-)