Thursday, 23 September 2010

Al-Fatihah buat Ibuku



Assalammualaikum

Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, disini ingin saya memaklumkan bahawa, Mama saya Tengku Mariam bt Tengku Abdul Aziz Shah AlHaj, telah kembali ke Rahmatullah pada 8 September 2010 iaitu bersamaan 29 Ramadan 1431. Iaitu 2 hari sebelum semua umat Islam menyambut Hari Raya AidilFitri. Arwah mama, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah.

6 September 2010

According to Papa, dari tengahari lagi mama sesak nafas dan penat. Petang dalam pukul 5.00pm keadaan bertambah teruk and she collaps. Terus bawa pegi ke PPUM masuk emergency. Buat blood test, scan and x-ray. Saya, Papa dan Abg Faiz hanya berbuka puasa sekadar minum air aje, dah tak lalu nak makan apa2 pun. Dapat result on the test pukul 11.30pm..(lama weiii tunggu, dah sejuk beku purple lebam color jari2 duk kt emergency tu) Mengikut kata doctor, semuanya OK cuma ada sedikit brain bleeding & mild stroke. Tak boleh nak buat operation because of factor umur, dan pendarahan tersebut terlalu kecil. What they can do is just to monitor her from time to time. Warded her at 5U (ICU) bahagian Neuro. Almost 2am barula saya balik ke rumah.

7 September 2010

5am saya dah bangun, sahur dulu, pehtu bersiap untuk ke PPUM, hantar baju for Papa dan keperluan mama. Sampai hospital, keadaan mama tak banyak beza. She just open her eyes and smile at me, tu la yg biasa dia buat pun. Senyuuuum aje..apa saja orang kata, nothing much she can do is just smile. Even nurse2 kat hospital pun ramai suka kt mama sebab tak banyak sangat kerenah dan comel..hehehe..Yes mama saya seorang yang comel..betul tak tipu. Lepas dah sayang2 dan salam mama, saya pegi keje macam biasa.

Hari ni bebuka puasa dengan Papa makan nasi ayam beli kt KL Sentral. Flora & Wani kawan sepejabat pun datang jugak ziarah kami kt hospital bawa buah-buahan. Depa datang lepas kerja, kami keluar sekali, tp saya singgah KL Sentral dulu beli nasi ayam. They’re so nice, dalam kesedihan tu reda la jugak sikit..hilang sikit perasaan sayu tu. They also told me that my mum comel..hehehe.

Lambat sikit balik rumah, tunggu sampai pukul 11pm baru balik. Teman papa, tukar diapers mama, bagi makan through NG feeding (minum susu guna tiub melalui hidung) dah selesai semua tu barula selesa nak balik rumah. Almost 12am baru sampai rumah. Takut ke tak tu…belakang kirala…mmg dah selalu kena tinggal sorang2 kalau both my parents duk kat hospital. Lampu kt rumah tu jangan ceritala..keliling rumah pasang lampu..takut punya pasal..:(

8 September 2010

5am dah bangun, sahur, siap2 keperluan papa then zasss ke hospital. Mama dah jaga, nampak stabil..a bit relax compare to yesterday and a day before. Dia pun dah siap-siap cantik, dah tukar diapers, dah cuci muka, dah letak bedak semua. Sebelum saya pegi keje, I kissed her, dia tanya ‘Adik nak p mana?’ saya jwb ‘Adik nak p keja, petang ni Adik balik mai balik’ mama jwb ‘Sat lagi kita balik naa’ saya jwb ‘ok sat lagi kita balik’ again I kissed her and she smile. Tula perbualan terakhir saya dengan mama. She smile until I gone through the glass door.

Noon, papa call dia suruh keluar office NOW, mama at that time have difficulties on breathing and unconscious. When I arrived, she’s breathing through oxygen dan wayar-wayar sana sini, sebak saya.. Hati saya sudah dapat mengagak bila melihat keadaan mama yang sangat kritikal. Tapi kami tak putus-putus berdoa, prayed for the best but also prepared for the worst. Degupan jantung makin lemah, tekanan darah makin menurun, pelan-pelan saya bisik ke teliga mama dengan mengucap dua kalimah syahadah tanpa henti sehingga keakhir nyawanya. Syukur Alhamdulillah mama pergi dengan tenang pada pukul 3.14pm.

Persiapan harus segera dilakukan. Saya harus pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang keperluan saya dan papa, kerana jenazah akan dibawa balik ke Alor Setar malam tu jugak. Proses mandi dan kafan jenazah berlangsung dengan cepat dan mudah sekali. Van jenazah dari Kolej Islam UIA sudah sedia menanti untuk bertolak.

Kami berbuka puasa, solat maghrib dan solat jenazah di masjid UIA PJ. Bertolak pukul 8.30pm. Papa naik van jenazah bersama-sama mama, manakala saya dan Aunty Misi (adik papa), ikut dari belakang van jenazah. Dalam perasaan sedih, syukur saya masih mampu lagi untuk memandu jauh, kalau saya tak tabah/kuat hari tu..ntah apa nak jadila kan. Perjalanan ke Alor Setar, mengambil masa selama 6 jam. Syukur Alhamdulillah, 2.30am kami selamat sampai di kampung.

9 September 2010

Semuanya dah siap di kampung. Ramai sedara mara yang hadir untuk ziarah terahkir sebelum arwah mama dibawa ke tanah perkuburan. Tepat pukul 10am, kami semua bertolak ke masjid Bukit Pinang, solat jenazah kat sana dan seterusnya ke tempat perkuburan. Syukur Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan semua, kita tidak tahu bila kita akan di panggil olehNya maka dengan itu kita sepatutnya bersiap sedia dari sekarang untuk kita memenuhi semua perkara dan kehendakNya bagi melengkapi diri kita di akhirat kelak. Mari kita bersama-sama mendoakan semua yang telah pulang ke rahmatullah dan juga sedekahkan Al-Fatihah agar roh mereka ditempatkan di tempat orang yang soleh dan diampunkan dosa mereka.

Wasalam


6 comments:

suriani said...

semoga mama ira ditempatkan dikalangan mereka yg dirahmati allah selalu..

Ibu kami said...

kuatnya k.ira. sedih bila baca org yg paling kita sayangi pergi..

alfatihah & takziah buat k.ira sekeluarga

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Al-fateha untuk mama.. moga sayang tabah dan semakin tabah. Sayang dah buat yang terbaik untuk mama sepanjang keuzurannya. Moga mama ditempatkan bersama golongan solehah terpilih di sisi-Nya...

Syiera said...

salam umi ameer,

terima kasih..insyaAllah doakan utk mama ira selalu yea kak.

Syiera said...

salam ibu kami,

k.ira kena kuat Ina..if not macamana nak handle this situations sorang2 kan...and at the same time..support from my dear friends banyak membantu.

Syiera said...

salam k.mira,

terima kasih, semoga roh arwah mama bersama orang-orang yang beriman.