Kali ni mungkin saya akan bercerita agak panjang lebar…tapi bukan cerita merapu, bukan hal dunia…tapi cerita yang berkaitan dengan manusia termasuk diri kita ini dimana, yang bila-bila saja Allah akan panggil tak mengira tua, muda, sakit, sihat. Cerita yang saya sendiri alami..dan tak mungkin semua orang dapat merasainya kerana ianya datang atas kehendak Allah Taala.
Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga sepupu saya Raja Bismayazan juga dikenali sbg Kak Mama @ Kak Bisma, diatas pemergian bonda tercinta iaitu Allahyarhamah Tengku Norpisah bt Tengku Abdul Aziz (Nda Pisah) pada 23 April 2011. Arwah Nda merupakan kakak kepada arwah mama saya. Arwah Nda meninggalkan 3 orang anak, 2 orang menantu dan 3 orang cucu yang paling disayanginya.
Sepatutnya saya dan Papa kena balik kampung pagi tu ada kerja yang perlu diselesaikan..penting plak tu. Apabila kami dapat berita ni, kerja tu boleh di re-schedule.
Saya amat merindui arwah Nda Pisah..mak menakan paling dekat…paling sporting….berkongsi suka dan duka..gelak ketawa..berkongsi rahsia...pandai cerita kisah-kisah lama…masakan dia sedap-sedap….sekarang ni hanya tinggal kenangan.
Ceritanya bermula pada 23 April 2011, pukul 3 pagi. Arwah Nda mengadu sesak nafas pagi tu..kebetullan suami pada Kak Bisma tengah menunaikan solat, dengar arwah Nda panggil katanya sesak nafas dan tak boleh tidur...keadaan Nda pada pagi tu dah nampak lain macam aje masa tu. Kak Bisma bergegas siapkan arwah Nda dan terus dibawa ke Hospital Selayang. Sampai disana masuk emergency ward, tak lama kemudian..mengikut kata doktor tak ada apa yang boleh buat, arwah dah meninggal. Pemergian arwah mengejut semua kaum keluarga terdekat..pemergiannya yang tidak disangka-sangka. Kak Bisma menelefon saya pagi tu sebab katanya dia panic dan tak ada experience dan tak tahu nak buat apa-apa. Saya memang terkejut pagi tu, terus bersiap terus ke Hospital Selayang dengan Abang Faiz & Papa.
Saya menemani Kak Bisma dari pukul 4am...sehingga selesai urusan pengebumian sehinggala ke majlis tahlil pada malam itu. Pengalaman yang saya tak boleh lupa seumur hidup saya ialah, dengan izin Allah saya dapat belajar mengenai cara-cara memandikan jenazah hingga ke mengapankan jenazah. Tak takut? Kenapa perlu takut...tu kan fardu kifayah ke atas umat Islam. ..kita sebagai umat islam kenala tahu dan belajar untuk selesaikan tanggungjawab itu. Bayangkan suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia..tak kan kita nak biarkan orang lain menguruskan sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Tak salah kita turut sama untuk menolong dan menguruskan jenazah tersebut seperti yang saya dan Kak Bisma lakukan pada pagi tu. Pada pagi tersebut, tanggungjawab untuk memandikan jenazah diuruskan oleh 3 orang ustazah depa ni berkhidmat di masjid berdekatan dengan hospital selayang. Saya tengok cara-cara dari mula memandikan jenazah sehinggala selesai.
Sifat-sifat yang mesti ada utk memandikan jenazah ni ialah, berani..tu paling penting. Kalau tak berani asyik takut aje kejap-kejap pengsan..kejap-kejap pengsan..susahla kan. Siapa yang tak sedih bila orang yang kita sayang selama-lamanya dah pergi meninggalkan kita. Untuk kali yang terakhir, apa salahnya kita sebagai anak atau anak sedara cuba sedaya upaya menguruskan sebaik mungkin untuk arwah. Air mata ni memang tak berhenti turun masa menguruskan arwah Nda..ustazah tu kata, adik..sabar iyer..jangan meratap menangis macam ni tak elok..sabar banyak-banyak..sedekah Al-Fatihah. Pada masa yang sama dalam hati sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak..insyaAllah kita akan berasa tenang. Tu yang saya amalkan sepanjang menguruskan arwah Nda. Semasa menguruskan arwah Nda, saya perhati muka arwah sentiasa tersenyum dan sangat wangi. Menguruskan arwah Nda pun senang tak banyak masalah cepat aje dah selesai. Saya dapat belajar cara-cara yang betul ketika menyiram, cara membersih telinga, mata, hidung, mulut, rambut, celah-celah kuku kaki & tangan & bahagian sulit. Sememangnya Allah swt permudahkan segala urusan kami semua. Selepas dikafankan muka arwah seperti sedang nyenyak tidur..semasa saya cium dahi arwah sejuk dan wangi. Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata..rasa sayu..pastu nangis lagi..:(
Pukul 7.30am kami dah gerak dari Hospital Selayang balik rumah Kak Bisma, dah ramai kaum keluarga terdekat dan jiran-jiran datang untuk jumpa arwah Nda buat kali terakhir. Pukul 12.45pm jenazah dibawa ke masjid yang berdekatan setelah selesai
Arwah Nda selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Lumpur - Karak sesudah solat Zohor. Dekat dengan rumah Kak Bisma dan senang kami nak ziarah kubur arwah. Saya pun boleh pegi on weekends atau bila-bila senang. Dapat pahala tau kalau pergi ziarah kubur ni.
Pada sebelah malamnya, diadakan kenduri arwah & tahlil.
Itula pengalaman saya yang pertama. Dulu masa arwah mama saya, saya tak berpeluang untuk menguruskan arwah mama..terkilan pun iyer jugak.:(
Tinggal kenangan dgn Nda Pisah.
p/s : Jika ada masa lapang yang terluang tu..rajin-rajin surf mengenai cara-cara untuk memandikan jenazah begitu jugak mengapankan jenazah..bukannya apa, besok2 ni kalau bukan kita yang menguruskan mak & ayah kita..siapa lagi?..jadi amek iktibar dengan kisah saya ini. Jangan takut..perkara ni merupakan fardu kifayah wajib kita tahu dan belajar..kalau tak banyak...sikit pun cukukp. Kalau saya boleh lakukan..semua orang boleh lakukan jugak..insyaAllah.