Minggu lepas hari Sabtu, saya dating dengan Papa tengok wayang citer Hikayat Merong Mahawangsa. Ni semua gara-gara kami tengok the making HMM @ Astro baru-baru ni. Papa suka cerita-cerita sejarah..almaklumla orang lamala katakan. Masa tengok the making tu, saja tanya dia nak tengok tak citer ni kat wayang..he said, Why Not? He read about it...he knew about it...so why not kan? Lagipun, keseluruhan cerita ni is in English. Lagila Papa suka nak tengok. Berbunga-bunga ria ni nak tengok HMM. Last Friday, sebelum balik rumah singgah e@Curve lepas ofis terus beli tiket for Saturday’s show. Kalau beli the same day nak tengok, payah sikitla sebab selalunya penuh. Beli awal boleh pilih tempat yang sesuai untuk mata saya dan juga mata Papa saya..hehehehe
HMM ni cerita melayu by KRU Studio. Semua part saya suka..jalan cerita pun tak boring seperti cerita melayu yang lain…macam-macam situasi ada..lawak, serius, romantic..huhuhu.. Saya suka soundtrack keseluruhan filem ni, hasil kerja Yusri and his team mmg boleh dibanggakan…ntah-ntah lepas ni masuk teater Istana Budaya plak kot..:)
Ia mengingatkan kita bahawa pentingnya untuk kita kenal sejarah. Saya bagitau kat Papa, ntah-ntah kita ni keturunan Merong tak?!?! Sejarah HMM ni banyak melalui detik-detik sejarah dari Negara Kedah..so, fikir sendirila yea..:) Dengan tahu asal usul kita, ia menjadikan kita tak mudah lupa diri dan tak mudah terikut-ikut dengan budaya luar. Watak Merong ni..walaupun dia dah lama tak pulang ke Langkasuka, dia tetap tahu berbahasa melayu dan masih mahu mencari asal-usul ibunya.
Kepercayaan orang kita kepada tangkal & azimat memang cukup ketara. Ia telah berakar umbi beratus tahun dahulu namun sehingga kini masih ada orang kita yang mempercayai tangkal dan azimat dapat menlindungi kita dari sesuatu perkara itu. Semoga dengan cerita ini akan menyedarkan kita bahwa hanya Allah SWT kita berserah dan bukannya tangkal & azimah seperti yang diamalkan oleh Taji dan Kamawas didalam cerita ini.
Kesian kat Jehan Miskin tak ada dialogue..:( Stephen dan pelakon lain sesuai sangat-sangat dan paling saya suka watak Puteri China..pretty with brains.
Walaupun ada sikit kekurangan disana sini, tapi masih boleh mendapat pujian. Bangga beb filem melayu macam ni..bukan senang nak hasilkan filem epic best macam ni. Sape-sape yang tak pegi tengok lagi..cepat-cepatla pegi tengok k. We really-really had a great time together last weekend.
Lepas ni nak bawa Papa pegi tengok teater for a change, and next is to Malaysian Philharmonic Orchestra @ KLCC..bagi dia dengar music plak.
1 comment:
best kan?
sebab ira punya review haritulah akak pi jugak tengok.. haaa... mmg berbaloi2, mcm bajet dia juta2 tu..ye ke?
akak suka nampak kemajuan film industry kita..
english speaking kan.. masih teringat2 kata dato rahim razali.. parut di leher and parut di hatiiii... huiyo.. berkesan u!!
Post a Comment