Tujuan utama sebenarnya nak jumpa kawan lama saya ni Kak Sue. We share a lot of things together. Kami agak rapat..sangat-sangat rapat. Ingat lagi dulu, masa kami sama-sama kerja @ BF, kami digelar kembar..kemana aje kami pergi buat mesti sama-sama. There's no secret between us. That was long-long time ago. We really2 missed those time together. Dah lama kami tak jumpa. Lepas dia kahwin, dia pindah kerja kat Putrajaya sampaila sekarang. More than 12 years dah dia dgn govt. office…how niceeeee…:) Ada jugak kami jumpa sekali sekala…dia pun selalu travel here and there ikut asben. Skrg dah balik semula ke KL.
Kebetulan hari tu ada Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011@ Putrajaya dari 17 – 21 March 2011. Kami lunch @ Alamanda, pastu pegi ke Monumen Alaf Baru, Presint 2 cadangnya nak tengok belon-belon ni..heemm…hampeh!! sampai sana hujan renyai-renyai la plak. Dah tu kalau hujan, mana belon-belon tu nak naik…yang ada cuma bakoi belon tu aja. Mengikut kata Kak Sue, petang semalam ada, 7 biji semuanya. Hari ni tak ada plak sebab hujan kot. Tak dak rezeki tahun ni nak tengok belon tu…takpela umur panjang…murah rezeki…bolehla datang sini lagi tahun depan..insyaAllah.
Dah tu program seterusnya adalah, jalan-jalan ajerlah kat tapak pesta tu. Segala macam jenis jualan ada kat situ..name it you got it. Bila dah hujan renyai-renyai tak syokla nak berjalan-jalan…dah tu tiba-tiba boleh plak pening kepala kena hujan asid. Heemm..asid ke? Hehehehe..theory sendiri plak. Tp, mmg saya pening giler-giler hari tu…reason is, kena hujan. I allergic kena hujan, tapi kena kalau snow tak pe…hahahahaha…Berlagaaaaakk. Kami terus jugak merayau-rayau area situ dalam renyai-renyai tu..guna payung pun tak lut jugak.,'sigh'
Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada Kak Sue & Amie..kerana sudi melayan kerenah saya masa saya pegi sana. Thanks for the lovely lunch @ Alamanda, for the minum petang @ d Kelab. I really2 had a great time with both of you. Memandangkan sekarang ni barula saya tahu, betapa dekatnya Putrajaya dengan Kepong ni…bolehla tukar port lepak belah sana plak. Banyak program yang menunggu yang akan saya, Kak Sue & Amie akan buat during weekend. Dah plan dah ni….tunggu yea..:)
Amie & Kak Sue
No comments:
Post a Comment