Salam to all my dear friends & families
Cuti sekolah baru-baru ni, saya balik kampung lagi. Semenjak arwah mama kat sana, memang selalu sangat saya dgn Papa balik kampung. Kali ni bawa balik anak sedara saya, Fatihah & Farzana. Dari tak ada apa2 program kat rumah tu...elok jugakla jalan-jalan balik kampung ikut Tok Papa. Saya amek cuti hari Jumaat, hari Ahad balik semula ke KL. Just a short trip. Kesempatan balik tu, kami sempat pusing-pusing sekitar bandar Alor Setar. Bukannya tak pernah pusing-pusing sebelum ni. Tapi, selalunya kalau balik sana mesti ada agenda lain...dah tu memang tak sempatla nak round-round bandar AS.
Rupa-rupanya kat bandar AS skrg dah berlampu-lampu, style ala-ala i-City di Shah Alam. Tapi takla semeriah kt i-City sini. More less the same...cantik jugak...meriah dan ramai jugak pengunjung malam tu. Saya pun tak melepaskan peluang nak sibuk-sibuk jugak...hehehehe. Nnt nak pegi yg kat Shah Alam la....nnt orang kata apa plak...yg kat KL tak pegi...yg kt AS dah sampai....hehehe. KL kena bayar....AS free...ahaksss..:)
Next day kami pegi ke muzium padi terletak di Gunung Keriang. Nak masuk muzium ni kena bayar RM3 utk dewasa dan RM2 utk kamera.
Mula-mula tu kena naik terus ke aras 3, sebabnya ada panorama dalam bentuk mural dan lanskap. Kita boleh tengok permandangan sambil duduk dikerusi yang berpusing membawa kita melihat seluruh permandangan dari bermulanya padi ditanam sehinggala ke proses penjualan. Dulu saya pernah bawa kawan-kawan saya, Oya, Ziez dan Intan ke sini. Mungkin next trip, depa akan datang semula bawa anak-anak depa plak…datang tau u guys…I’m sure they gonna like it. Teringat memori zaman muda-muda dulu sebelum u guys belum kawin..hehehe…best sangat masa tu.
Muzium Padi sememangnya muzium yang harus dikunjungi oleh setiap orang yang ingin mengetahui sejarah penanaman padi dan segala yang berkaitan dengan padi. Muzium Padi terletak bersebelahan dengan Gunung Keriang . Dari jauh tanya orang yang mana satu Gunung Keriang (di sesetengah tempat Gunung Keriang boleh dilihat dari jarak 20 kilometer).
2 comments:
hi iera... lama sungguh x menjengah ke mari..kesibukan melanda la dear..hehe..
owhh...sgt menarik muzium padi tue and haruslah melawat ke sana lepas nie :)
hi iza...
waaahhh...lama iza tak dtg singgah kt blog ira..rindu tauuuu
btw, how r u? sibuk apa la tu kan..hemm..:P
Jemputla datang ke muzium padi ni byk benda boleh belajar, the one and only kat Malaysia ni. Sapa2 nak belajar sejarah penanam padi boleh dtg sini..best!.
Post a Comment