Monday, 7 March 2011

Kenduri di Chemor & Bkt Pinang


Kali ni saya nak sambung bercerita mengenai majlis perkahwinan adik saya. Di mana ianya telah berlansung di Chemor tempoh hari pada 1/1/11. Kali ni merupakan majlis bersanding di pihak perempuan (12/2/11) dan majlis bertandang di pihak lelaki (19/2/11).

Alhamdulillah segala-galanya telah berlangsung dengan selamat dan juga sangat meriah. Yelah kan..majlis buat kat rumah...adik-bradik sepupu sepapat semua datang dan memeriahkan majlis kahwin ni.

Ni sekitar majlis berlangsung di Chemor. Rombongan kami datang 6 buah kereta. Sampai aje kami di sana, terus kami ke main table untuk makan tengahari…mmg tu yang ditunggu breakfast kat Tapah…tapi macam tak cukup kenyang..hehehe. Kami semua duduk kat meja pengantin…tak tinggal sorang pun…dah macam kenduri kat rumah kami pulak…silerla buat macam kenduri kahwin sendiri…hahahaha. We all semua tak kisah…adjust bagi semua boleh masuk makan sekali..hehehe.

Lepas makan, ramai-ramai naik atas rumah, bergambar dengan pengantin plak. Gambar banyak kat allMoments.fotopages.com (promosi2..:)) Ni cuma sebahagian aje yang saya paste kat sini..sikit-sikit dah la kan…letak banyak-banyak orang jemu pulak..hehehe

Mari kita layan gambar majlis di Chemor

Signboard ke rumah pengantin perempuan di Chemor.

Ahli rombongan dari North & South..6 biji kereta semuanya.

Pengantin dah sampai..Abg Wan copy gambar ni from allMoments..hehehe. TQ!!

Abg Wan ni pun ek.....sharing is caring kaann...hehehe. TQ!!

Kami terus ke maja makan untuk makan beradap. Sesuai sangatla..kami ni lapar...:)





Kami memang tak plan pun nak pakai merah. Tiba-tiba kami semua serentak pakai merah...sangat kebetulan..hehehe

Family Izuan dgn pengantin

@ the main table..habiskan lauk-lauk..buah-buah...air tebu..cendol..dan macam-macam lagi la...:)

Nenda ku


Gigih pebetoi sampin!!
My nephew Iffeen

Tamat sudah majlis di Chemor..see you @ Bukit Pinang plak.


Ni saya nak cerita majlis di Bkt Pinang plak..kat kampung saya la ni. Saya bertolak malam khamis tu…amek cuti hari jumaat, majlis hari sabtu..ahad balik kl. Kebanyakkan persiapan kat rumah di Bkt Pinang ni diuruskan oleh kakak-kakak & adik ipar saya (Kak Hus, Kak Hasiah, Kak Mariah & Ila). Termasuk siap bilik tidur pengantin, pelamin dan juga meja makan pengantin. Kiranya wedding planner ni hasil usaha dan kerja tangan kakak2 dan adik ipar saya. Tu bab dalam rumahla…. Bab-bab luar rumah semua diuruskan oleh orang lelaki. Saya tolong apa ek? Saya pun menolong jugak...bilik sikit...pelamin sikit..main table sikit..bunga telur sikit..bunga pahar sikit...semuanya sikit2la...knp sikit? sbb last sekali sampai kat kampung..mcm sengaja aje kaannn...:)


Lokasi parking kereta tuan rumah, anak2 tuan rumah dan juga para tetamu, sharing dgn jiran sebelah...terima kasih banyak-banyak ye Pak Dan..:)

Bilik tidur pengantin.

Main table ni hasil usaha kakak2 & adik ipar saya.

Begitu juga dengan pelamin ni. Memang semuanya hasil usaha kakak2 ipar & adik ipar saya.

Simple and nice...mmg puas hati kalau dapat buat sendiri...tak pening-pening nak sewa ke apa ke.
My nephews

Kak Hus ni orang kuat utk main table..hehehe. Good job Kak Hus!! Ni kat dapoq tengah siapkan buah-buahan tuk main table. Enteprem la Naim ni..

Ila dgn Immeen & Irfan

Kak Mariah dgn Irdina the flower girl.


Pengantin diiring masuk...my niece as flower girls, my nephew as bubble boys...hehehe



Makan beradap.



Tetamu-tetamu yang hadir.


The boys with linen shirt. Kami as tuan rumah yang sangat sempoi dan happening.

The girls with cotton baju kurung. Kami TIDAK suka mengamalkan concept baju 1 kayu for ALL..or 1 warna untuk 1 family..not in our family..BIG NO NO NO!!

Selesai sudah majlis. Semua para tetamu dah selamat berangkat pulang. Tinggal tuan rumah untuk mengemas apa-apa yang patut.

The boys ni mmg tak tau nak kata apa dah...masing-masing dah tukar uniform to shorts & t-shirts & baju tido!! Papa with his kain pelikat...Ohhh Noooo!!! Takpe..layaaannnn



@ nite the girls tukar pada gown. Saya suka gambar ni...maybe the lighting kot...or maybe org dalam gambar tu sama...hehehe... Kembangla tu Kak Mariah..:) Tau dah tu..sure kembang dah tu..:)

Saya, Ila & Hanna. Comel cadigan hanna tu...heh..heh..he. Ada cerita cadigan tu..:)


Setelah penat bergambar....dah pukul 11pm...sambung makan lagi..selagi lauk tak habis...selagi tu kami makan..

Ii keadaan pengantin yang dah penat bergambar..:)
ALL THE BEST IM & AZWA

Begitula serba sedikit mengenai majlis perkahwinan adik saya...cerita mengenai persiapan majlis tersebut...terima kasih banyak-banyak kepada semua family members yang turut membantu pada majlis tersebut sama ada yang langsung dan tidak langsung.

InsyaAllah jika ada kelapangan..murah rezeki...umur panjang...saya bercerita lagi mengenai cerita-cerita yang lain pulak k.

Have a nice day..:)



No comments: