CNY dapat cuti panjang jugakla. Saya cuti dari 2/2 - 7/2, 8/2 baru masuk ofis. Event saya, tak lain tak bukan mesti balik kampung, pastu mesti attend kenduri kahwin..mmg itula agenda hidup saya, balik kampung attend majlis kawin sedara mara sepupu sepapat. Kali ni attend majlis kahwin Kak Rehana. Memang majlis yang ditunggu-tunggu oleh kami semuala, akhirnya sampai jugak jodoh..syukur alhamdulillah. Better late then never rite?..hehehehe.
Tak payahla berduka lara meratap hiba sebab jodoh tak sampai ke apa ke, insyaAllah kalau ada jodoh..lambat cepat akan tiba jugak. Ada jugak sorg kawan ni yg tengok kawan-kawan dia semua dah settle down, dia dah tak tentu hala hidup risau tak tak tentu hala jodoh bila nak sampai, kalau nak diikutkan umur baru awal 20an, dah pening kepala takut jodoh tak ada ke apa ke...ntah hape hape. Meluat plak dgn orang macam nih. Rileksla...life must go on, enjoy to the max your single life. Dah jodoh depa (kawan-kawan dia) tu sampai awal, mmg Allah dah tulis dah ketentuanNya..kita kena redha. Jangan lupa, sentiasala berdoa...dan jangan terus meratap nasib..tak elok. Ni pun i speak for myself. Tapi, i'm OK..nothing much to think about...i'm happy...more rileks now...boleh pegi holidays....debts pun tak ada....kereta pun dah free...tak ada benda dah nak fikir. Malas dah nak serabut-serabut kepala otak...umur pun dah nak masuk 4 series dah nih. Kena bykkan amal ibadat.
Mehla kita tengok gambar kahwin Kak Rehana ni, dan aktiviti semasa saya kat kampung hari tu.
Pemberian mas kahwin setelah sah bergelar suami & isteri.



Mercu tanda Sg Petani. Tak tahula jam tu gerak ke tidak...macam tak kan..:)
Ni situasi yang biasa kita lihat, semua warga KL berpusu-pusu nak balik KL. Tak pasti plak ni area mana, tapi mmg jem terukla...10 jam baru sampai KL.
No comments:
Post a Comment