Saturday, 16 March 2013

Men's wedding @ Kelantan


Salam to all my dear friends and family

Dah lama saya tak update blog saya ni.  Tak berapa nak rajin sangat lately ni...sebab terlalu banyak sangat unexpecting berlaku awal-awal tahun 2013.  Ada yang good things...ada yang bad things...ada new changes here and there...make me unstable fizikal and metal jap..ahakkss... Depa nampak i happy go lucky...but deeeep inside my heart no one knows how i felt..:(

Anyway, everything under control sekarang ni, tapi still unstable..emmm...camne tu kan?? Tapi nak tak nak kena jugak saya handle kena hadap kena terima keadaan sekarang dengan redha.

Saya cuma berharap dengan perubahan yang saya alami sekarang ni, its a new chapter in my life and my work life too.  Selagi termampu insyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin to improve myself.  Moga-moga dengan perubahan ni, ada hikmah disebaliknya.

Well, bukan topic diatas yang saya nak cerita...mesti ramai yang nak tengok gambar-gambar majlis perkahwinan adik saya yang berlangsung di Kelantan bulan Feb dan di Alor Setar pada bulan Mac.

Mula-mula meh saya bercerita dulu majlis yang berlangsung di Kelantan k.

Rombongan semua iaitu kami dari pihak pengantin lelaki bertolak dari rumah Abg Wan seawal lepas subuh.  Konvoi kami 7 buah kereta semuanya. Perjalanan mengambil masa selama 5 - 6 jam.  Tak pernah saya lalu jalan Grik ni...winding road!! Kalau tak larat elokla gilir-gilir drive g sana. Saya drive half way je..then tukar driver..pheww! 

Sampai di Machang, kami semua disambut oleh Abg Shiral...dia sampai dulu kt homestay sebab dia bertolak lagi awal dari kami semua...4am! Kami menginap di Homestay Yusof tak jauh dari rumah Lynn (pengantin pmpn).  Sesampai saja kami disana..nothing much to do...makan dan tido..hehehe.  Adjust-adjust sikit hantaran...add a few things here and there...the 1st day kami sampai sana memang tak ada program apa2.  The ladies and babies rest in the house...the gentleman basuh keta masing-masing for the BIG event tomorrow...blink2..shine2...heh..heh..heh.


 

This is our homestay @ Machang.  It's cheap, nice and comfortable!!


The BIG day 9 Feb 2013

Majlis akad nikah berlangsung di masjid dekat dengan rumah Lynn tak jauh dari homestay kami.  Kami semua bertolak ke masjid lebih kurang pukul 10am lebih.


A few minutes before bertukar status..:)


Lynn menanti dalam debar..riles Lynn rilex.:)


Syamil tengah akad nikah...ditenangkan oleh Abg "Merah"!!


Alhamdulillah...hanya sekali lafaz Lynn sah menjadi isteri Syamil..congrats bro!!

Sesi photography lepas majlis akad nikah tidak kami lepaskan.  Aksi 'tak ingat' kami..hehehehe.  


Gambar family Alor Setar.


Bersama parents and in laws tersayang:)


Abang Wan's family....sawadikaappp..:)


Abang Shiral's family..."Hyyyeeee"


Family Abang "Merah"...


Parents Ammara Lisya...smile!!


Family TY.  TY xdak..p meyembang dengan tok imam. Amir dengan Ultraman dia mmg xleh blaahh.


Sesudah majlis akad nikah dan sesi bergambar, kami semua di jemput ke rumah Lynn untuk sedikit jamuan makan.  




Their 1st pic as husband and wife..:)

Lepas mini jamuan, kami semua balik semula ke homestay untuk bersiap untuk majlis bersanding.  Pengantin kena tukar baju sanding pulak.  Nasib baik tak jauh...if not kami semua bersiap kat rumah Lynn ajerlah...heh..heh..heh.


Pengantin dah siap...tak lepas peluang amek gambar dulu...hehehe



Semua dah siap nak gerak ke rumah Lynn.




We are ready!! Here we come.


Beloved mom.

Setelah semuanya dah siap, kami semua bergerak ke rumah Lynn.  Ramai dah tetamu-tetamu yang hadir, almaklumla...rumah pengantinla katakan.  Walaupun kecil tapi majlisnya meriah.  Jom tengok gambar-gambar.


Pengantin berjalan menuju ke pelamin


Pelamin yang sangat cantik!!


Sedondon pengantin bersanding.


Family photos!



BIG family photos!!


Majlis makan beradap..Smile..:)




The hantarans.


Begitula selesai sudah majlis perkahwinan adik saya Syamil dan pasangannya Lynn yang berlangsung di Machang, Kelantan.  Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar as 
plan.  Kami tinggal Syamil di rumah Lynn..manakala kami semua balik ke homestay untuk berehat. 

Petang-petang sikit lepas Asar tu...kami ramai-ramai plan g mandi sungai. Tapi saya tak ingat nama sungai tu...tapi memang dekatla dengan homestay kami tu.  Best jugak mandi manda tenang je sungainya.  Budak-budak la yang suka p sana...sayangnya gambar tak amek... Bukan tak amek...tapi banyak gambar dalam camera Abg Wan...:)  Ni je la yang ada...dan yang ada dalam BB Izuan.


Baby Akeem pun ada jugak...dia pun nak mandi jugak...tapi baby tak tahan sejuk...kan Ila kan kan kan




Masih tak tercemar lagi...bersih.




Sejuk tak tahan beb!! Ketaq lutut muka badan semua..:)








Maka berakhirla sudah event untuk hari ini. Esok kami semua akan berangkat balik ke Alor Setar/Penang/Kulim/Sg Petani/KL.  Selamat tinggal Machang...insyaAllah panjang umur, murah rezeki kami akan sampai di sini lagi. Thank you to Lynn's family we had a great time visiting and thank you very much for the great hospitality.

Lepas ni...saya akan bercerita majlis yang berlangsung di Alor Setar plak k.  Tungguu k.


3 comments:

suriani said...

bestnya majlis kawen ni.. berwarna warni dan ceria sekali.. u have got one big family there ira!

Syiera said...

Hye Kak Su

Yupp..majlis kawen ni mmg meriah..full of colors kan..:)

VIP Homestay said...

Blog homestay ini http://vipstay.blogspot.com.
Thanks