Monday, 14 July 2014

PM Away Day to Penang

Salam to all my dear friends and family

Last year we went to JB & Singapore.  This year kami ke Penang pulak.  Kali ni something different sebab kami naik cruise.  Iyerr..naik cruise..!! I've never imagine that one day, a day like this will come.  Alhamdulillah with Allah blessing, I was given this opportunity to board a cruise with my friends.  Things that I had never imagine could happen to me.

Kami berkumpul kat office. 8.30am kami gerak dari 1 Sentral. 2 bas jugakla rombongan kami ni..ramai tu...:) :) 



Sementara tunggu bas nak sampai..kami posing dulu kat office lobby..:)


Bas dah sampai...mohh la kita..kang lambat plak..ahaakkss.

Perjalanan kami mengambil masa selama lebih kurang 5 6 jam kot..tak ingat dah.  Kami berhenti kat Tapah sekejap untuk breakfast.


Ni kt R&R Tapah... separuh aje nih...ada lagi geng-geng yang lain tak sampai lagi..:)



R&R Bukit Gantang kot ni...menunggu geng-geng yang lain dalam toilet..:P



Atas Penang bridge yang lama.... yg baru nanti on the way back to KL kami lalu situ plak.



We had lunch kat Seberang Prai. Lupa dah nama kedai nasi kandaq tu...  



Memang hari tu kedai tu memang menjadi tumpuan kami semua la.  Kami tak boleh lagi nak boarding cruise coz its still early.



Ronda-ronda Penang sat seround dua sementara nak boarding...driver bus stop kt Padang Kota Lama.  Kt sana kami lepak rest makan ABC, Cendoi...sebab panas sgt dapat pekena yang sejuk-sejuk ni...sangatla nyaaamaaannn....


Saya makan cendol...K Ita makan ABC..:)


Libra is waiting for us to board.  Bukan yang kecik ni tauu..yang belakang sikit tu..kapai yang besaq tu... Haaa..kapai tu la kami nak naik.  Star Cruise Libra ni kecil berbanding Virgo dan Aquarius tapi lebih besar dari Pisces.


Sebelum tu kami kena tunggu kat sini...waiting area..ramai yang tunggu kat sini...kami dipanggil ikut kumpulan.  Bukan group kami ajer yang naik cruise ni...ramai lagi pelancong-pelancong lain.  Syukur tak crowded sangat compare on Saturday & Sunday.  


Kami kena sertakan sekali ic atau pun passport.  Kemudian kami akan diberikan sekeping kad pelbagai fungsi yang ada nama masing-masing, nombor bilik, cabin type dan macam-macam lagila.  Kad ni jugak berfungsi sebagai kunci bilik masing-masing.  Untuk makan atau shopping pun kena tunjukkan kad ini.  Kalau ada perkara yang melibatkan bayaran (misalnya  kta beli mineral water dan sbgnya) semuanya akan dikreditkan ke dalam kad masing-masing.  Make sure jalan hilangkan.


Tudiaa...tepi kapai nampak dah...safety boat pun ada tu haa...don't be kuatir OK!


Such a HUGE ship!! Jom masuk dalam... Cruise Libra ni ada 10 tingkat.  Kami akan masuk melalui tingkat 5.  


This is our room.  My roomate is K Ita..:) Walaupun kecil..kira OK la...not too small..not too big...muat2la kami berdua yang kecik molek ni..hehehe.  Kami dah siap nak tour the ship, dinner, and exchange gift.



Melangkah masuk memang jakun gilerlah...hehehehe.  Terasa macam naik Titanic lah plak.. Bilik kami berada di deck 3.  Masuk aje deck 3, saya dah blur... Err banyak sangat bilik, jenuh nak cari bilik masing-masing.  Seperti biasalah saya share bilik dengan kak norita roomate forever!!..hehehe.  Beginila keadaan dalam cruise ni..ada carpet biru...carpet merah... Ini adalah ruang deck kami.  Jangan pulak lupa bilik kat lorong mana...hehehe


Suasana atas kapal. Masa ni kapal masih lagi berlabuh kat pelabuhan. 



Patutnya kami nak makan kat sini...memandangkan juadahnya...tak banyak variety...we decided makan kat pool...open air...macam-macam adaaa..


Bot-bot keselamatan yang banyak dan besarrr!!


Berehat-rehat sebentar...sambil menikmati udara laut.



Kami dengan hadiah masing-masing..kehulu kehilir dgn hadiah tu..hehehe


Makan-makan atas deck. Varieties of foods ada atas ni.  Makanan atas ni halal yeaa...jangan bimbang.  Dinner ini termasukla sekali dalam pakej.  Makanla sebanyak mana pun, takde sapa pun nak kisah.  Oleh kerana kami antara yang terawal maka tak perlula nak berebut-rebut dengan orang lain untuk mendapatkan makanan.  Menu memang meriahla, nasi dan lauk-pauk, salad, roti, kek dan etc etc.  Sungguh rambang biji mata bila tengok banyak sangat pilihan dan mulalah rasa macam nak ambil semua..tapi bukan mampu nak habiskan pun..hehehe.


Awek-awek cun pwc...ahaakksss...:P


Kenangan kat swimming pool ni haruuss..


Exhange gift at the pool side.  
Meriah sungguhla masa ni..gelak tak sudah-sudah..hehehe. Macam-macam ragam ada. Biasalah kalau dah semua berkumpul tu kan.  Sebelum tu kami dah cabut nama awal-awal lagi kt kepada sapa yang kami harus beli hadiah..without them knowing from who la kan... Memang kami tertanya-tanya sapala yang beli untuk aku..bla bla bla.  Akhirnya malam tu terjawab sudahhhh...!!
Saya bagi pada Jessy Kala.


Saya terima daripada Kak Zainun.  Thank you kak... I like it so much..! Unsangkarable...rupanya kami selalu bertembung kat pantry..masing-masing buat dono ajer...ahakkss...


Lepas dah selesai tukar-tukar hadiah...kami pun ronda-ronda sekitar kapal ni.  HUGE OK!! tak tahu dah celah pelusuk rantau mana dah kami terjah.




Ini pula arah ke Casino, Cinema, Adults show, magic show, segala macam show ada kat level ni.  Ada 10 tingkat kapal ni..haa..besar tak besar kaaann... The show starts at 10pm above..till morning i guess.  Katakanla kalau nak lagi jimat...boleh je naik cruise tak sewa bilik. So, sapa-sapa yang tak mau tido tu...boleh aje lepak-lepak sini sampai lebam. Tak yah risau sebab ada banyak kerusi dan sofa disediakan. 





Saya rasa Captain kapal ni ada kat atas nuunnn.  



Sesiapa yang bercita-cita untuk berjogging...jaraknya ialah 378m sahaja yeaa..:)


Tidur yang sangat lena.  Syurkur, keadaan laut sangat baik.  Tak terasa pun seperti berada di dalam perut kapal.  Pagi-pagi tengok matahari naik...sangat menakjubkan.


Libra Cruise to  no where..:)




Kawan-kawan sepejuangan Pat, Kak Sue, Kak Mira, Yuli, Kak Ita & Susan




Pagi-pagi ni..tak ramai lagi orang...rasanya depa tido lagi kot...semalam dah berjaga malam.



Deck 9 ni kawasan terbuka untuk bersantai-santai.  Kat sini ada banyak kerusi malas untuk yang nak baring-baring, santai-santai kat luar, ada bar, gym dan juga mtv untuk karaoke.




Salah satu ruang rehat dalam deck


Kami menuju ke deck 8 untuk breakfast.  Menu pagi memang pelbagai, roti canai semuanya ada.  Pilih aje mana yang menjadi kegemaran.  Dining area..breakfast kat sini...nasi goreng sodap....bertambah-tambah makan..hehehe.




Ready to checkout...posssing jap..hehehe.


With Suhaili.  This is the lobby area..beratur nak keluar dari kapal.



Kak Sue, Chris, Kak Hawa, Suhaili, Kak Ramlah and Kak Kamsiah...happy face semua...:)


 Masing-masing check handphone udah ada coverage ke belum...almaklumla tengah laut tak dapat coverage...hehehe.


Sila amek perhatian iyer..siler bawa international adaptor to charged your phone, camera etc etc.  Nasib baikla saya ada extra portable charger...bolehla bernyawa sket handphone saya.


Setiap bilik disediakan souvenir dari Genting Hong Kong.  Mula-mula tu takut-takut jugak nak amek sebab bila tengok harga gift ni kat kedai souvenir..above RM500!!  So, sila jangan segan jangan silu untuk amek kotak ni genting...it's complimentary gift!!


Inila ahli-ahli jemaah setiausaha di syarikat saya..:P 


 Gambar terakhir sebelum kami semua beredar. Tinggalkan Libra cruise...InsyaAllah kalau umur panjang..murah rezeki....kita akan berjumpa lagi..:)


Mohla kita tour bandar penang plak...:)


Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami city sightseeing (Penang Road,Harmony Street, Art Street)


Penang Street Art (Little Children on a Bicycle). Located along Armenian Street.









We had lunch at D Dapor Express. D Dapor is a spacious modern Halal air-conditioned Wifi-available restaurant with classic style interor in which photographs of old Penang streets and buildings filled up the walls. Besides that, antiques e.g porcelain vases, bird cages are being displayed here.


Our lunch for that day.. it was awesommee..!! Kenyang hingga menjilat pinggan..:P :)


Perut dah kenyang...jom la kita p tempat lain pulak. Tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat.  Saya betul-betul tak ingat kat mana kita berhenti lepas kami dah makan tu..sebabnya saya zzzzzzzz dalam bas...penat sangat rasanya.  Tapi saya tahu bas kami berhenti...nampak macam dia berhenti kat temple kot...saya tak take port punn...zzzzz lagi best.  Tak lama lepas tu..kami bergerak ke botanical garden, tak boleh nak turun sebab hujan.  Kemudian kami ke Kilang Batik dan tempat pembuatan madu.  Bila dah selesai tour kat situ...barula kami check in hotel kt Copthorne Orhid Hotel. Tiring day.

No comments: