Saturday, 15 November 2014

Cerita pengenalan trip : Melbourne Part 1

Salam to all my dear friends and family

Tak sabar saya nak bercerita mengenai trip bercuti saya dengan Kak Mama, Kak Kay and Amie dalam blog ni.  Kami dah plan trip since our trip to Perth lagi which is last year.  Siap plan lagi when and where is our next trip.  Seronok kalau dapat spent our own time with dearest cousins and friend yang sekepala. Kami berada di sana selama 9h8m dari 19 Sept - 28 Sept 2014. 

Bajet kami untuk trip ni bole dikatakan tak berapala mahal sangat...so so la.  Lagi pun it's a budget trip kan...kami tak mampu nak spent mahal-mahal.  Kami survey sehabis murah...mengikut kemampuan kami berempat.  

Flight - Definately AA tu aje yg 'Everyone can FLY'. Cari masa RM0.10 sen sale OR Free Seats OR Festive Seasons promotion OR School Holidays promotions...InsyaAllah boleh dapat harga yang BEST yang macam kami dapat. Perjalanan dari KLIA2 to Tullamarine Airport mengambil masa selama 8jam. Terasa lamanya dalam flight malam tu.  Kami depart dari KLIA2 10.30pm, arrived Melbourne 6.30am.  

Accommodation - Rajin2la mengoogle cari kat Agoda, Booking or Expedia. Saya banding-bandingkan harga dari ketiga2 web di atas..ternyata Expedia is the best for this trip. Selama 8 hari kami kat sana, kami menginap di Eltham Gateway Hotel.  Kenapa kami pilih hotel kt sini? Sebabnya tentula paling murah dari sesemua hotel yang kami search.  Wifi FREE and LAJU. Convenient not too far from Melbourne town, dlm 15 - 20 minutes drive ajer. We have our own private parking at the hotel main point jugak tu atas sebab-sebab keselamatan kereta yang kami sewa jugak ni.  

Car rental - Kami sewa kereta menggunakan Avis service.  Terdapat sedikit kekeliruan masa kami tiba di sana. Setelah kami berbincang among us and pihak Avis..Alhamdulillah everything settled.

Let's start the journey..that all we have been waiting for...emmm ada ke yang tunggu nak baca ni...hahahaha.  Saya ni bukanla menulis tegar blog...ahakkss... Sekadar menulis just for fun...mengamit memori kenangan trip saya.

Kami tiba di Tullamarine, Melabourne airport tepat pukul 6.30am.. Timing di Malaysia baru pukul 4.30pm.. Masa saya call Papa he's still a sleep and asked me what time is in Melbourne now..i said its 6.30am.  Harusla saya report duty..dah menjadi routine..hehehehe.  

Berususan dengan pihak imigresen di sana..amatla merumitkan.  Syukur alhamdulillah.. bag-bag kami semua OK.  To those yang bawa makanan tu..silala declare untuk memudahkan pihak imigresen memproses luggage kita.  Kami bawa Maggie aje as usual makan routine kt sana. Kalau depa tanya...bagitau aje.."just instant noodles"  dengan muka confident..heheheh.. InsyaAllah selamat..!! Ada satu sudut tu luggage kami diperiksa oleh anging..kami beratur lurus bersama luggage kami tiba-tiba ada anjing datang menghidu bag kami..kot-kot kami ada membawa sebarang makanan/barang yang dilarang bawa masuk ke Melbourne. Kalau ada...harus depa rampas buang dalam tong sampah...huhuhu..sayangnyaalaaa...

Selesai urusan airport...kami mencari Avis Car Rental. Just across the road aje jalan kaki pun boleh.  Ada sedikit kekeliruan masa berusuan dgn Avis..adooiihh.... Kami buat booking during matta fair bulan March.  Dulu masa kami pegi ke Perth pun kami buat benda yang sama..booking during matta fair which is much more cheaper.  So, kami ke counter tunjukla our booking statement to the front desk.  Mengikut perkiraan dalam statement it's just a car without GPS and Insurance customer service tu katala.  As i remembered witness by Kak Kay and Amie..terang-terang masa matta fair tu its stated a car with GPS and Insurance with amount AUD$305 for 8 days.  The lady informed us this is not right.. If with the GPS+Insurance total cost will be AUD$800++ Terkejut beruk kami!! Well, baik hati jugak awek counter tu..sudi sedia menolong kami, yang begitu cuakla kalau tak ada kereta macamana kami nak travel without a CAR!!! Dia sehabis baikla menolong kami, mencari sehabis murah sehabis mampu untuk kami bayar semasa kami di Melbourne.  Alhamdulillah..cost kesemuanya termasuk GPS BUT without insurance is AUD$502 for 9 days = RM1,506/4 = RM376 (each of us have to pay) /9days = RM41.80 sehari. OKEY sgtla..setelah berbincang segala..we AGREED!! SETTLED.

Takut sangat mengenangkan hal Avis ni...in future rasanya lebih selamat kot book online rasanya.  It's a lesson to us all huhu.  Kami amek kereta..terus kami menuju ke hotel kami di Eltham, Victoria..lebih kurang 15 minit dari bandar.  Berpandu kan Cik Gamin (GPS) selamat kami sampai di Eltham Gateway Hotel.  Sinila kami akan menginap selama 8 hari. Kami berehat kejap..freshen up sikit..then kami keluar.  Spring ni siang kejap aje..pukul 6 lebih dah gelap.  Kami harusla bergerak pantas untuk explore Melbourne town.  

Kami set En Gamin terus ke Queen Victoria Market.. Lebih kurang 20 minit kami sampai..terus cari paking.  Parking kat sana mahal nk mampos!! 2 jam is AUD$8.00!!  Bila kami sampai banyak kedai dah nak tutup..that was 3pm kot.. Emm takpela..kami lama lagi kt sini..so there will be a next visit.  Hari tu..kami g pasar beli sedikit sayur utk masak maggie..Kak Mama yang beli..saya beli strawberry..sampai ke sudah tak makan...haha..membazir aje. 

Lepas settle shop kat QVM tu..kami tour jalan kaki Melbourne town.  Jauh jugak kami menapak..yang bestnya tak rasa pun jauhh ke dekat ke..sebab banyak ceruk bangunan sana tu kami jalan, tengok building, cari tempat makan because its a new place to us.  Sedar tak sedar rupanya kami dah jauh menapak dari tempat kami letak kereta.  Nasib baik kami jumpa tempat jalan pulang..hehehehe.  Kalau tak jenuhla kami nak mencari kat mana kami park kereta kami..:)


  
Kami kena menuju ke Gate P18...perrgghh..!! Super jauh beb!! Silala datang awal ke KLIA 2 yeaaaa...



Update FB, reply Wassat etc etc... call parents gtau nak gerak dah ni.. Doa2la kami semua ni selamat sampai.  Hati masih berdebar-debar mengenangkan MH17 & MH370.


Sampai dah kat airport..baru lepas call TY update kat dia dah smp.   Masa ni pukul 6.30am. Terang menderang... Time kat Malaysia baru 4.30am...ZZZzzzzzz 


Muka cuaakk gilerr...takut kat immigresen...Alhamdulillah...segalanya selamat..hehehe.


Gambar 1 sini..HARUSS!!!


Main entrance kat Tullamarine International Airport .


Patung ni ada depan airport...peraakk plak tengok..harusla bergambar kann..:)



Elantra yang membawa kami ke seluruh ceruk Melbourne.  Recommended!!

Setelah selesai berurusan dengan Avis car rental...kami set En Gamin terus menuju ke Eltham Gateway Hotel, for us to freshen up. 


Dalam itinerary kami..memang sinila tujuan kami di hari pertama kami sampai.


Terdapat banyak t-shirt2 murah kat sini, jaket pun ada kalau dr KL tak bawa jaket ke sweater ke coat ke...boleh datang sini beli.  Harga boleh dirunding. 



Masa first day kami kat sana, tak beli lagi souvenirs etc etc..sebabnya kami akan datang sini lagi.  So, hari tu..we just survey ajer kedai mana yg boleh dapat best price la.  Tp, banyak kedai dah tutup..kiranya kedai yg dalam gambar ni yang masih buka lagi masa tu.



Sayur yang berwarna warni..hehe



Punyala besaq capsicum kat sana!!


Fresh vegetables!!


Depan pintu masuk RMIT

.



Melbourne Central Shopping Centre.  Macam shopping mall kt KL ni jugakla lebih kurang.


Kat sana kami makan Nandos.  Untuk pengetahuan semua Nandos kt Melbourne halal yea.. At least ada varietyla instead makan fish & chips aje.


Bawah Melbourne Central ni ada train centre..tapi saya tak observed pulak arah mana train ni...mungkin intercity train kot macam komuter kat kl ni..rasanyalaaa...saya pun tak sure.



Jalan-jalan kaki sekitar bandar.  



Masa kami tengah berjalan-jalan tu..terserempak dengan awek2 ni.. tak tau la mai dari mana depa ni..siap pakai costume Hello Kitty lagi.. Terus ajak depa bergambar...nasib baik depa sporting nak bergambar dengan kami...comel sgt depa tu.


First time tengok tram depan mata..






Siler abaikan muka saya yang nampak letih.. Kat belakang tu tram version baru.. Confuse nak drive kat sini..mana nak tengok tram..mana nak tengok jalan lagi...mana nak masuk simpang..tiba2 tram lalu...aduusss....serabutt...!! Sebabnya kami tak biasa..keadaaan jadi agak kelam kabut.. Well, tu semua pengalaman kami drive kat sana.



Ada bench ni tengah-tengah jalan..harusla bergambar kan..hehehe.


Spring time masa ni...banyak fresh2 flowers...geram macam nak beli... Cantik sangat..!!


Tulips pun ada..


Ni dari benang kait...cantikan colorful..balut pokok... Pokok pun tau sejukkk tauu...haaa..siap pakai baju lagi pokok kat sana..impressed!!!


Kereta kuda pun ada to those yang nak merasa naik kereta kuda ala2 princess gituuu... Well, harga jangan tanya...bapak mahei!! To those yang mampu boleh ar ...to us yang jalan bujet ciput...harap bertahanla yea...ahaakksss... Tengok dari jauh..dan bergambar dari dekat ajerla yang kami mampu...hehehehe.

Sekian bab hari pertama.  Nanti saya update bab hari kedua..ketiga..dan seterusnya..dalam masa yang terdekat ini...insyaAllah..harap tungguu...yea..:) :)

No comments: