Ok..sekarang ni mood menaip tengah datang...moh le lekas
habiskan cepat cerita Melbourne ni...huhuhu ...rasa dah lama sangat pendingnya
nih. Kena gigih habiskan cerita ni..saya
akan cuba try buat seringkas mungkin...hehehe.
Macam biasa kami bangun pagi..cuaca sungguh indah..tapi yang
tak tahannya..hari ni terasa sangatlah sejuknyaaa berbanding hari-hari
sebelumnya. Baju saya pakai 3
lapis..termasuk coat 4!! Haaa...amekk!!
dah la saya sememangnya tak ada isi lemak tepu..harussla tebal baju saya on that
day. Kami breakfast makan mcD makan
hotcakes as usual..sedap sungguh hotcakes kat sana... Kat Mesia ni bukan tak
ada...tapi saja kat sana rasa tepung bancuhan lain kot..hari2 makan itu
ajer..hahahaha dengan secawan cuppochino.
Dari Eltham ke Kryal Castle ni lebih kurang 150km..lebih kurang sejam setengah jugak la driving from our hotel. Tempat ni sebenarnya adalah istana lama yang telah
dikomersialkan supaya kita boleh rasa pengalaman hidup di zaman Robin Hood and
Merlin. Tempat ni tak jauh dari
Sovereign Hill..dan kita boleh nampak signboard sebelum ke pekan Ballarat. Jalan nak masuk simpang ke castle ni memang
ke dalam sikit lah...tempuh kawasan ladang kuda dan lembu kalau tak salah
saya..memang luasla ladang kat situ.
Kryal Castle has reopened the doors to its new land of
medieval adventure and this is Australia’s only medieval theme park – a legendary
land of myth and medieval adventure with knights, dragons, wizards, kings,
queens, princesses, fairies and so much more.
Dah sampai...hehehe. Apa ada kat dalam ni? Jom kita explore...
Emm ...kalau nak diikutkan nothing much to see here. Sapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai zaman2 Robin Hood or zaman Merlin dulu ni..worthla kot masuk dalam ni. Kids especially will enjoy it here.
These pictures are all taken within the lobby area...cool huhh!! That is the entrance but I can't remember how much is the ticket cost..sorry.
Dragonlords Merlin pun ada jugak ni haa....hehehe
Castle guard
Belakang saya ni ialah emergency exit.
Tak dapat masuk dalam...bergambar kat luar pun jadilaa..hehehe
Kami kat sini tak lama...kalau kami masuk dalam mungkin lama la kami disini. Kami nak explore tempat lain plak...jomm..!
Seterusnya kami ke Sovereign Hill. Kami mulakan our new adventure..hehehe. Tempat ni merupakan bekas lombong emas yang
dipelihara oleh kerajaan Australia. Luasnya
lebih kurang 25 hektar dan lebih 60 bangunan bersejarah pelbagai bentuk,
antaranya Blacksmith, Miliners, Confectionery store, Victoria Theatre, Hope
Bakery, United States Hotel (saloon), Potters, Furniture Makers, Wheelwright,
Tinsmith, cottages, gold diggings dan pelbagai lagi.
Struktur bangunannya dan suasana pekan koboi dijaga dan
dihidupkan dengan watak-watak penduduk zaman colonial. Boleh digelar ‘a living museum’. Tapi biasa la, mat salleh mesti akan conquer tempat2 macam ni..simbolik
asas kepada apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang. Memang depa pelihara kawasan Sovereign Hill
ni macamana keadaan asalnya dulu supaya orang zaman sekarang boleh rasa
pengalaman sebenar kehidupan zaman dulu2.
Lebih kurang macam cerita ‘Little House on the Prairie’..hehehehe
Honestly, ni antara entrance
fee yang paling mahal sepanjang saya
datang trip ke Australia ni. Yela..saya bayar AUD$50/pax (RM150.00) untuk masuk
ke Sovereign Hill ni..huhuhu. Memang sangat mahal bagi kami kaum marhaen
ni..hehehehe. Since dah sampai, rasa
rugi pulak tak masuk..lagipun bila lagi ada peluang nak balik semula ke
Melbourne kan. Jomla masuk..pejam mata la keluaq duit masa tu.....hahaha.
Bandar koboi
Main entrance ke Sovereign Hill...jemput masukk...sila...sila..sila...:)
Bunga purple ni menyambut kedatangan kami
Inila dia pekai koboi aka A living museum
Opah ni slow and steady je berjalan naik bukit ni...pegang tongkat lagi tu..kesian opah.
Cottage yang terdapat disini.
Cara-cara membuat lilin
Colorful candles
Ladang kambing pun ada kat sini..
Beramah mesra dengan sheep!!
Sekolah pun ada..version zaman koboi..cooll..
Cikgu sekolah berbungkuss...punyala sejuk tu haaa...hehehe
Depan sekolah...kami pun menunggu anak2 kami balik sekolah jugak nih..hahahaha
Walaupun kecil rumah ni..susun atur dalam rumah sangat kemas dan teratur.
Inila salah satu ruang makan yang terdapat dalam rumah tersebut
Bilik untuk anak lelaki saya rasa.
Kemas dan teratur ruang dalam rumah ni..motif pakai spec dlm rumah..?!?!:P
Atok nak balik rumah berehat...its their break time.
Character yang terdapat disini. They are so friendly...siap sembang2 dengan we alls...:)
Ni kedai minyak wangi...masuk kedai..bau minyak wangi semerbak haruumm.
Let's try a hat..!! There are many kind of hats to choose from...pilihh...pilihhh
Opah-opah ni kerja dia bergambarr ajer...seronokla keje sini...i likeee...tak stresss....senyuuummm aje...and say CHEESEEE!!!
Belakang kami boleh kalau nak tour lombong emas..kami tak
join pun sebab masa tu ramai benau orang duk beratuq..masuk situ kena bayar
lagi..emm..memang TAK laaa.
Try juga cari emas kot2 ada...eemmmm....haraaammm tak ada..hukk hukk hukk:(
Sekitar permandang gold rush mining..
Saya bersembang dengan minahsalleh sebelah saya tu... Dia dtg dari Melbourne. Tiap2 minggu dia datang sini untuk mencari emas. Hasil kutipan emas tu...depa boleh bawak balik..kiranya hak milik depala emas tu. Memang betul ada emas...tapi punyala haluuusss... Halus-halus puunnn...EMAS tuu!!
Sepatutnya tempat pertama yang perlu kami tuju ialah Red Hill Photographic Rooms ni..sebabmya kena buat appointment untuk amek gambar era 1850an. Yang uniknya kita akan bergambar dengan memakai pakaian zaman kolonial..mana nak dapat kat tempat lain..kat sini aje. Harga sekeping AUD$70 without negative. Tapi tula..tak ada rezeki kami untuk bergambar dalam tu sebab masa kami sampai kat sana..appointmen semua dah fully booked..:(
Kuda yang BAPAK besaq!! Boleh naik sebenarnya but with another extra cost...eem..xmola..dah la masuk bayar mahal..xkan nak naik kuda ni nak bayar lagi..em...xpela..next time maybe..hehehe.
Cuaca memang sangat sejuk hari tu...unggun api ni untuk memanaskan badan/tangan
Deretan pekan koboi zaman dolu-dolu
Soda water
Bandar koboi
Kuda ni nama dia Lily...comelkan nama dia..hehe
Ni kategori khemah tempat tinggal, rasanya ikut pada pangkat
kot...kalau tinggi sikit pangkat..better la kot khemahnya...saya rasala..huhu
Terlalu banyak gambar-gambar kat sini...rasa macam nak letak semua dalam blog ni. Sekian dulu cerita Souvereign Hill ni...kami pun dah penat..lama kami duk dalam tu..3 jam la kot..huhu. Moh la keluaq...nak p cari makan. Kami makan kt bandar Ballarat..makan kat Nandos. Cuaca semakin sejuk..tak tahan saya...dalam Nandos tak ada heater plak masa kami pegi tu...apa daaaa...sejuk ni weeeyyy...!! Redhaa..redhaa..
Sekitar bandar Ballarat.
Macam pro la sangat...ahaakksss...:P
Bunga ni banyak sangat kt sana...cantik plak tu...kaguumm..!!
Persekitaran perumahan depa kat sana...depan compound rumah depa...banyak di tanam bunga-bunga cantik macam ni. Agak2 kalau kt Malaysia....boleh kita kita buat macam ni? Takut tak lama la kaann...end up tinggal batang ajer...bunga dah kena sapu...ahaakksss
Tulips cantik ni ditanam depan compound rumah depa ajer...cantik...!!
Ok dah cerita kat sini...jom balik hotel nak rest...banyak berjalan kaki arini... Nak balik massage2 kaki...untuk our next program esok pulak.
Ok..selamat berhujung minggu..:)
Ok..selamat berhujung minggu..:)