Salam to all my dear friends and family.
Sorry lama saya mengupdate cerita-cerita dalam blog saya ni..memandangkan lately agak kebizian dengan hal-hal kerja kat office, hal-hal personal, etc etc lagi la...hehehe.
Well, kali ni saya nak sambung bercerita mengenai trip saya ni di Victoria State Rose Garden, Werribee Mansion, Split Point Lighthouse, Great Ocean Road ...Perjalanan kali ni agak jauhh....dan beberapa pit stop kami singgah sepanjang perjalanan ke GOR.
Kami breakfast dulu kat McD macam biasa...hehehe tu ajerlah yang mampu kami makan everyday masa kami kat sana. Mana taknya..kedai lain banyak yang bukak..kami dah gerak seawal 7am...kalau lambat..maka lambat la nak redah tempat2 yang best2 kat sini. Dari Eltham ke Werribee Park ni lebih kurang sejam jugakla perjalanan.
Kami breakfast dulu kat McD macam biasa...hehehe tu ajerlah yang mampu kami makan everyday masa kami kat sana. Mana taknya..kedai lain banyak yang bukak..kami dah gerak seawal 7am...kalau lambat..maka lambat la nak redah tempat2 yang best2 kat sini. Dari Eltham ke Werribee Park ni lebih kurang sejam jugakla perjalanan.
Werribee ni berada di pertengahan di antara Melbourne dan
Geelong jika lalu Princess highway.
Werribee Park adalah suatu kawasan yang bersejarah di Werribee
Victoria. Terdapat empat tarikan utama
dalam kawasan ini iaitu Werribee Park Mansioan, Victoria State Rose Garden,
Werribee Park National Equestrian Centre dan Werribee Open Range Zoo. Di samping itu terdapat jugak Mansion Hotel
& Spa. Tujuan kami pergi ke Werribee
Park adalah untuk melawat Victoria State Rose Garden dan Werribee Park Mansion.
Signboard ke Werribee Park
Main entrance ke State Rose Garden. Tak ramai orang pagi-pagi ni..kawasan yang sangat luass.
Bunga ni menyambut ketibaan kami disana. Betul-betul tepi pintu masuk..cantikk!!
Tabung ni terletak betul-betul kat pintu masuk rose garden ni.. Duit derma ni untuk adalah untuk penjagaan persekitaran taman ni. Sapa yang jaga? Jangan tak tahu..yang menjaga taman ni ada warga2 emas..depa ni nothing to do at home..depa datang sini buat charity work jaga taman ni...so sweet..:)
Banyak bunga tak kembang lagi...katanya akan berkembang bulan November. Masa kami pegi sana was in September..well, dalam proses untuk berkembang subur.
Ternyatanya...kawasan sini memang bersih..nyaman...terjaga..tak tercemar langsung!!
Banyak bench sekitar rose garden ni..rasanya ramai yang datang sini mesti yang mencintai alam sekitar dan bunga-bungaan.
Ni la aunty yang jaga rose garden kt sana. Friendly sangat..siap suruh kami datang in November coz, masa ni rose gloomiinnggg!! Haaiihh..kalau kami ni anak tokey balak ka...anak tokey kedai emaih ka...boleh ar p sana tiap2 bulan..ahaakkss..!!!
Bagi yang suka dan meminati rose, i’m sure kita akan duduk
lepak sini lama-lama sambil berpicnic.
Masa yang terbaik untuk melawat taman ini adalah bulan November hingga
March. Pada masa ni bunga-bunga rose dah
berkembang. Taman ni dibuka sepanjang
tahun dari 9am hingga 5.30pm. Tapi kalau
musim panas, siangnya lebih lama taman ni dibuka hingga 6.30pm dan masuk adalah percuma.
Lepas dah tengok rose...seterusnya kami melawat Mansion. Mansion adalah sebuah rumah yang mempunyai 60
bilik. Rumah ini dibina oleh Thomas dan
Andrew Chimside pada 1874 hingga 1877 dengan hiasan gaya Itali.
Kami masuk ke kawasan mansion. Sebelum jumpa mansion tu kami kena jalan melalui pokok-pokok yang super huge!!
Keindahan sekeliling mahligai ini amat memeranjatkan saya. Indahnya..!! Besarnya..!! Luasnya..!! Keluasan tanahnya ialah 10 hektar kot.
Saya dapat lihat sebuah kebun dan taman yang luas di sebelah mansion itu. Camera kami tak berhenti snap snap snap gambar.
Saya sempat aje snap dari luar tingkap..sebenarnya mansion ni kita boleh take a tour masuk dalam. Tapi tula...kami sampai sini masih awal..mansion ni open for public pukul 10am..saya tak ingat berapa entrance fee. Ini adalah dining room.
Yang ni mungkin reading room or library.
Yang ni pula saya rasa tea room kot..hehehe...saya tak sure..:)
Belakang mansion.
Cantikkan..?!! Kami tak kisah pun nak meniarap atas rumput ni...best ajer..!!
Bukti saya dah sampai sini..haruss bergambar di sini..hehehehe
Jom kita balik...bukan balik Melbourne...tapi menuju ke GOR...jauh lagi perjalanan kita ni. Terlalu luas untuk kami explore mansion nih...such a short time. In sya Allah...kalau ada rezeki kami akan datang lagi ke sini.
Nice cool view near the lighthouse.
Closeup the lighthouse.
Kanak-kanak sekolah yang buat lawatan ke lighthouse.
Menghampiri Aireys Inlet, Kak Kay
drive berhati-hati sambil mencari signboard Split Point Lighthouse.
Split Point Lighthouse ni jugak
dikenali sebagai ‘While Lady’ dikalangan penduduk tempatan (agaknya sebab ia
berwarna putih), ia terletak di satu kawasan tinggi berhampiran dengan
pantai. Dibina pada tahun 1891 dengan
ketinggian 34 meter dari aras bumi.
Nice cool view near the lighthouse.
Kami berjalan kaki lebih kurang
200 meter arah ke lighthouse tu.
Inside the Willows Cafe
Dah cukup kami rehat kat sini...jomla kita teruskan perjalanan kita.
Closeup the lighthouse.
Kanak-kanak sekolah yang buat lawatan ke lighthouse.
Ni la pintu gerbang GOR yang dikenali sebagai The Diggers. ..Tugu ni dibina dengan tangan pada tahun 1918 hingga 1932 setelah mereka pulang dari berkhidmat dalam Perang Dunia 1. Dari sini bukannya dekat lagi tauu..jauuuhh lagi perjalanan kami.
Singgah kejap ambil gambar kemudian kami meneruskan
perjalanan kami menuju ke Lorne. Kami
singgah di visitor information centre.
Saja berhenti rehat meregang-regangkan kaki dan pinggang..cari tempat
makan. Seterusnya kami meneruskan
pemanduan kami ke Apollo Bay.
Akhirnya dari jauh dah nampak Twelve Apostle di sebelah kiri
tapi tempat letak kereta di sebelah kanan.
Rupa-rupanya telah dibina laluan pejalan kaki untuk ke sana. Kalau kita
nak tengok dari dekat ialah melalui Great Ocean Walk.
Tourist information centre yang terdapat di Twelve Apostles..masa kami sampai sini dah tutup.
Kami sampai di Twelve Apostle...kami dihadiahkan dengan ciptaan Allah yang sangat cantik yang tak dapat kami ucapkan...subhanallah...!! Penat perjalanan yang jauh dari Melbourne tadi hilang serta merta dengan keindahan di Twelve Apostle ni.
WE the Fantastic 4..berjaya mengharungi perjalanan yang jauh mengharungi segala liku-liku rupa bentuk muka bumi ke GOR yang sangat super mencabar. Congrats to Kak Kay..!!
Kagum dengan keindahan ciptaan Allah swt.
Sunset yang subhanallah....cantikk..!!
Parking kereta yang disediakan untuk pengunjung Twelve Apostles.
Cadangan saya, kalau nak ke GOR
better guna Torquay, Anglesea, Lorne & Apollo Bay, then balik guna jalan
Colac, Princess Highway...nak tahu kenapa, sebabnya at least kita dapat cover
seluruh GOR dalam masa sehari..tapi kena ingat to those yang nak explore yang
kesemuanya ladies and plan to drive, better gerak awal pagi ...so that, bila
nak balik tak la malam sangat sampainya nanti kita ke Melbourne. FYI, jalan kat sana agak menggerunkan..hanya
dikelilingi pokok-pokok yang besar dan tinggi, tiada lampu jalan dan sangat
susah nak jumpa kereta lalu lalang. Kami
sampai Twelve Apostle pun agak lewat about 6pm++. Kami banyak berhenti ambil gambar dan cuaca
masa tu tak berapa elok sangat...dengan hujan lagi sepanjang jalan ditambah
pula denga keadaan angin yang kuat..hanya Allah je yang tahu macamana kami rasa
masa tu, doa dan zikir yang mengiringi perjalanan kami pulang ke Melbourne.
Sekian dulu untuk kali ni...in sya Allah saya akan sambung lagi cerita baru dalam masa yang terdekat ni.
Still not too late to wish everyone.."HAPPY NEW YEAR"!!
2 comments:
all the pictures are really breath takingggggg.. so niceeeee
Thank you kak suriani...hehehe.
Post a Comment