Sunday, 3 January 2016

Autumn trip - Day 6 [Part 1]

Salam to all my dear friends and family.

Next destination is Mt Seorak.  Awal pagi kami dah gerak keluar dari guesthouse..!!  Kami pulak terlajak tidur pagi tu..kengkabut masing-masing bangun..mandi pun express..!! Bilik kami la yang lewat...tapi bilik sebelah dah ready..huhu.  Nasib baik kami sempat siap ON TIME.  Nak gerak awal ni sebab nak kejar tren and bas ke Mt Sorak..kalau boleh nak yang awal pagi bas ke Mt Sorak..so that kita boleh cover banyak tempat.

Here's the guide on how to go to Seoraksan National Park from Seoul :
- Take subway (line 3) to Gangbyeong Station and look for exit to Dong Seoul Bus Terminal.  The bus terminal is located opposite the subway station.  

- Beli tiket Sokcho kt kaunter..tak payah book.  Selalunya akan ada bas ke Sokcho setiap 15 - 30 minit.  Bas ni selalu mai tepat pada masanya..there for be there early!! 1 Way ticket is priced at KRW18,100. 

- At Sokcho, take local no 7 to Seorak-dong (last stop).  The bus stop about 100m on the right of the Sokcho Bus Terminal. 

Let's start our journey..!!


 Beli tiket dulu kat kaunter KRW18,100 per pax/way.  The journey is about 3 hours from Seoul.


Tiket dah dapat...jom g Mt Sorak

Bas yang membawa kami ke Mt Sorak tepat 7.35am bas pun jalan. Platform ke Sokcho adalah 4 & 5. 
Selepas 1 jam lebih, bas akan stop kat RnR Wayang-Gang (20 minit) - toilet break..:)

Seat bas yang sangat2 puas hati..besarr...lebarr..selesaaa..:) :)

At Sokcho, take local bus no 7-1 or 7 to Seorak-dong (last stop). The bus stop at about 100m on the right of the Sockho Bus Terminal. 

In case of doubt, there is a tourist information counter outside the bus terminal. Kot-kotla was-was ke..takut sesat..kt situ ada maps etc..boleh amek ..free of charge.


Weolls jalan menuju ke bus stop yang berhampiran..kena cross jalan dari terminal bus.  Tunggu pun tak lama, adalah kot dalam 5 - 7 minit gitu, timing depa memang punctual..memang tak dinafikan.  Ada jadual laluan bas tepi tiang tempat kami tunggu tu..mmg ON TIME sampai kat bus stop ni.  


Bus no 7 pun sampai.  Tambang dari bus stop ni ke Mt Sorak ialah KRW1,100 seorang, kena bayar guna cash yer, tak boleh guna T-Money. Masukkan cash money dalam peti 'transparent' yang dekat dgn driver bas ya. Perjalanan pulak mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke Mt Sorak.

 View sepanjang perjalanan kt Mt Sorak.  Nampak light house tu tak?  Tak sangka ada beach plak kat sini.



Dah penuh parking .. Can you see the yellow leaves up there? Tak sabar nak masuk ni..excited!

View ini yang menyambut kami sewaktu tiba di Seoraksan.  Subhanallah, cantik sangatlah.

Alhamdulillah we reached Mt Sorak at 11.15am.  

Entrance to the National Park is KRW3,5000 per person, tak termasuk cable car.

Tiket dah beli..jom explore Mt Sorak.

Cuaca pagi ni sangat baik, sangat lovely..:)

 Icon Mt Sorak ni wajib bergambor..bukannya apa, nak tunjuk kat orang kampungla kan..yang kita-kita ni dah sampai sana..keh keh keh..:)

Entry kali ni banyak gambar sebab ciew kat Sokcho ni cantik2..:)  Suhu waktu ni adalah 8 darjah selsius, sejuk dan berangin.




 Tak tahan dengan color merah/oren/kuning/hijau ni...nak jugak snap gambar.




This is picture taken with Kak Mama in Dec 2009 - Winter

This picture taken with Kak Mama in October 2015 - same spot

Sampai kat tempat nak nik cable car. Bila dah masuk dalam kawasan Mt Sorak ni, saya nampak ada cable car turun naik turun naik.  Kawasan legar pun boleh tahan besar jugak..amek masa jugak nak berjalan dari pintu masuk and tour dalam kawasan tu.  Ada 2 cara untuk sampai ke puncak, 1st hiking and 2nd dgn cable car la of coz! Lebih afdal rasanya weolls naik cable car.  Lutut kami ni bukannya kuat nak hiking bagai..hahahaha. Ampunnn ya kawan-kawan..hamba hanya bergurau..:)

Beli tiket nak naik cable car - KRW10,000 per pax return.  Masuk ajer tadi dalam bangunan ni, kena naik ke 1st floor untuk beli tiket.  Lagi mahal dari entrance fee.  Kebetulan masa kami sampai tadi, tak ada orang yang beratur memang nasib baikla.  Lepas beli tiket kami naik ke 2nd floor untuk boarding area pulak.  Manusia dah ramai beratur ni...moh la beratur jugak.

 Sesak dgn manusia dalam cable car. Masa beli tiket tadi, staff situ pesan suruh simpan tiket yang dibeli ni sampai turun balik. Masa nak masuk cable car dari bawah ke puncah, ada orang akan check tiket and dari puncak ke bawah pun ada orang akan check jugak.  Mgkn untuk bezakan orang yang dah beli tiket dengan geng-geng hiking kot.  Kalau hilang, berkemungkinan kena beli semula kat atas nanti.

View dari atas cable car. The mountain is named Seorak because snow wouldn't melt for long time, keeping the rocks in a permanent state of white.

Perjalanan dari station cable car amek masa dalam 15 minit kot.

 Keluar aj dari station cable car, ada laluan untuk  naik ke atas.  Laluan ni menuju ke puncak Mt Sorak. Memang tak nampak any indication tapi ramai sedia maklum arah situ la menuju ke puncak.  Dari station cable car, weolls melangkah menyusuri anak-anak tangga yang disediakn.

 So far perjalanan tak la jauh sangat, tapi agak mendaki.  Lagi kami mendaki, lagi panas jadinya...kami semua tanggalkan jaket..sbb panas pulak kat atas ni banding kat bawah.  Kalau uolls perasan, sesetengah tempat saja disediakan laluan yang berlapikkan kayu, kebanyakkan laluan yang lain adalah berbatu.

Sepanjang perjalanan weolls ni, pokok-pokok tinggal batang jer..daun langsung tak ada..sebab nak masuk musim winter dah masa ni..kami pergi sana pun dah hujung-hujung autumn.  Tapi bila tengok lama-lama, batang kayu ranting ni pun cantik jugak bila dalam gambar..hehehe.

Tak lama kemudian, lebih kurang 20 - 30 minit perjalanan..akhirnya weolls sampai ke puncak Mt Sorak.


 Saya tak panjat sampai ke puncak pun..sebab tengok kat atas tu penuh dengan manusia.  Kalau perasan dalam gambar ni, yang ramai-ramai tu adalah laluan untuk ke puncak.

Sampai sudah puncak..!!  Posing berlagak sebab dah berjaya sampai walapun pancit beberapa kali, hahaha.  Kalau uolls nak tau ada juga orang korea ni daki puncak ni pakai boot heels lagi..lagi stylo dan challenge. "Challenge" la sangat.!!

 View puncak atas ni sgt amaze..!! Tenang angin pun tak ada. Puncak gunung ni cantik dan sangat bahaya.  Why? Kalau tengok dekat tebing gunung ni, tak ada tali or apa-apa lah yang menghalang.   Tak nampak pun pengawal atau petugas yang jaga kawasan sini.  Kalau nak daki puncak, sendiri buat sendiri tanggung..huhu.



 Lepas puas melayan aktiviti kt atas ni, then weolls pun beransur menuju ke staiton cable car.  Tak tahan panas sebenarnya...golap nanti kulit den dibuatnya.  

Mendaki turun dari Mt Sorak dengan penuh gaya..kah kah kah

Ahjumma yg sporting sudi bergambor dgn kami.  Kuat weyy depa ni...tak ketaq lutut pun naik gunung ni...depa steady jer..hehehe.

 View dari tingkap cable car..tengah turun ni...gayat jugak kalau tak tahan gayat..harap berdiri jauh dari tingkap/pintu.




Bukak bekal kami..sebelum kami meneruskan perjalan balik kami ke Seoul..sambil minum kopi panas.  There are cafes in the National Park so don't worry about getting starved.

Kedai kopi yang saya tak ingat nama apa..sorryy guyss..!!


Bila musim luruh view kat sini memang cantik sangat dengan daun yang berwarna merah, kuning, oren, hijau dan coklat.  Weolls datang sini memang waktu yang cun sebab daun tengah bertukar warna.

 Daun maple ni..menjadi collection Kak Mama...kami kutip sorang sekeping untuk bergambor..lepas tu return back to her k..!!..:) :)


 Goodbye Mt Sorak...sweet memory...nice view.. You've been nice to us.  In sya Allah we shall meet again.


Kenangan melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah masih tersimpan di ingatan.  Melihat gambar dan merasai sendiri pengalaman di sini adalah satu perasaan yang sukar digambarkan.  Jika berpeluang ke Korea, jangan lupa untuk datang ke sini.

Dah puas bergambar, it's time to go home..!!  Untuk ke intercity bus terminal, kami menunggu bas kt station bas yang sama kami turun awal tadi.  Tak lama tu bas pun sampai. Sepanjang menaiki bas tu kena berdiri..addoii..letihhnyaa..sebab rasa lama sangat..uhuukk uhuukk.. Dah sampai beli tiket ke Seoul...bas pun kebetulan dah ada..terusla naik bas. Naik bas je...zzzzzzz sampaila ke Seoul.

Next is makan time....stay tuunee..!! 

No comments: