Monday, 27 November 2017

Tips-tips naik flight


Salam to all my dear friends and family

Dah lama saya observed perkara ni, meh saya nak share sket tips sebelum boarding..:)

1. Kalau naik kapal terbang tambang murah, beli sajalah luggage tu! Bukan mahal mana sangat pun..:)

2. Kalau naik kapal terbang tambang murah lebih 2 jam, beli sajalah makanan tu. Less than 2 hours..rasanya boleh tahan la kan perut tu.

3. Kalau nak rasa diistimewakan dengan hidangan awal, sentiasa pilih special meal; samada makanan muslim, makanan kosher, makanan vegetarian, makanan seafood dan lain-lain. 

4. Taknak beratur panjang masa check in di terminal, buat web check in dan terus pergi ke kaunter kelas bisnes. Kalau bernasib baik, dia boleh layan terus. Kalau tidak, mungkin dia akan tunjuk di mana kaunter ekspres. This happen in Brunei, kaunter kelas bisnes kami buat check in.

5. Semasa beratur panjang untuk semakan di sekuriti, elakkan beratur di belakang penumpang banyak luggage kabin macam family yg ada anak kecil, orang tua, atau penumpang berbadan besar. Beratur kat belakang solo traveller dan penumpang berbaju  yang pakai kemeja atau berkot kerana mereka ini lebih efisien dan lancar.

6. Di kaunter imigresen, pegang pasport, pegang tiket dan pegang borang imigresen jika ada - dan serahkan item-item ini kepada pegawai imigresen. Kosongkan tangan jangan pegang handphone atau apa-apa item. Tak perlu senyum, tak perlu sembang. Jawab apabila disoal, buka cermin mata dan topi apabila diarah, sediakan tangan untuk cap jari. Hafal atau tulis alamat destinasi dan tarikh pulang to be safe.

7. Caj telefon dahulu, caj telefon dahulu, caj telefon dahulu!!! Jangan anggap semua penerbangan ada port USB.

8. Pergi tandas sebelum naik pesawat. Dalam pesawat nak bergerak ke tandas memang sempit, nak kena mintak orang sebelah bangun, bergegar, air di tandas pun lain semacam.

9. Masuk naik pesawat seawal yg boleh. Tak perlu berebut tempat letak beg di kabin.

10. Elakkan letak beg bawah kaki. Lunjurkan kaki biar selesa. Kalau dapat duduk kt Exit door lagi best sebab ruang kaki yang lebih luas. Boleh request upon check in kat airport tu pun kalau flight tak penuh.

11. Nak tidur selesa, silangkan tangan (dilitupi oleh jaket atau selimut) dan silangkan kaki. Jarang dapat tidur selesa dengan melunjurkan kaki, walaupun ada 2-3 tempat duduk kosong bersebelahan.

12. Bila makanan sampai, mintak air mineral atau air kosong lebih.

13. Habis makan, terus letak sudu garfu pisau dalam plastik yg asal. 

14. Kalau penerbangan lewat, bagitahu anak kapal yang kita ada penerbangan sambungan (bagitahu flight apa dan pukul berapa), atau bagitahu kena naik tren dan bas sambugan yang tak dapat dielakkan. Kalau bernasib baik, kita  dapat keutamaan keluar awal.

15. Bila keluar, terus hadap ke imigresen dan bagasi. Kalau nak pergi tandas atau nak main Wifi, semasa menunggu luggage kita.

16. Sekiranya transit, keutamaan paling tinggi ialah cari pintu untuk penerbangan seterusnya. Sekiranya pintu belum muncul dalam skrin, tanya pegawai setiap 5 minit mana pintu. Orang jarang terkandas di transit sebab sekuriti, orang selalu terkandas kerana lewat menuju ke pintu.

17. Isytihar semuanya pada pegawai kastam. Senangkan kerja kita dan kerja dia.

18. Kalau ada masa di terminal ketibaan sebelum bertolak ke destinasi, beli air, beli kopi dan gosok gigi. Terutamanya selepas perjalanan panjang.

19. Jangan mengharap Uber di terminal ketibaan sangat. Kadang-kadang wifi tak berapa bagus (melainkan pakai data internet), kadang-kadang pemandu Uber pun takut dengan abanglong teksi-teksi ni.

20. Enjoy your journey and be graceful. Akan ada perkara yg tak seronok berlaku dalam perjalanan, tetapi ia adalah sebahagian daripada pengembaraan. Takda guna muka masam. Senyum saja. Orang lain pun tak rasa berat nak tolong kita.

Sekian..:)


1 comment:

suriani said...

good share.. good info.. thanks a lot