Salam to all my dear friends and family.
Sempena cuti #pru14 ni..kami plan ke Bukit Tinggi plak...berjalan lagi...hehehe. Memang tak ada apa sangat kat sini pun..tapi saja nak jalan lepak-lepak. Kami bertolak dalam pukul 9am camtu...sebelum tu breakfast dulu kat Kelfood. Semenjak dua menjak memang situla tempat breakfast kami walaupun tahu harga situ subhanallah mahal..huhuhu. Lepas breakfast gerak ke Bukit Tinggi ..sampai sana lebih 11am camtu.. Tak susah untuk ke sini. Lepas exit ke Bukit Tinggi, drive terus je sampai jumpa pondok Guard. Bayaran untuk dewasa RM13/pax (dulu RM12), kanak2 4-12 tahun RM8/pax. Harga termasuk entrance ke Japanese Village dan Botanical Garden.
Colmar ni salah satu tempat yang menarik kt Pahang..memang cantik. Bangunan-bangunan kat sini macam berada kat ala-ala perkampungan France. Kalau yang suka berphotoshoot tu memang tempat terbaik untuk uolls nak berposing bagai..for outdoor wedding pun cantik kat sini..or family potrait.
Papa naik tower ni guna lif ajer...legaaa..tak payah penat-penat nak panjat naik tangga. Lepas tu kami turun dan cari port-port amek gambar.
Kat sini ada beberapa restorand an kedai roti ala France ..tapi harga memang harga France jugakla. Kami pilih makan pizza sebab dah alang-alang nak la merasa dilayan ala-ala France..keh keh..:)
Lepas lunch kami ke Japanese Village. Tempat parking kete banyak disediakan, so takyah risau..parking pun tak kena bayar sebab masa masuk tadi dah bayar mahal dah kan..hehehe. Sila cekalkan hati dan kuat semangat yeaa...dari parking nak ke Japanese Village tu agak mendaki jugak..ketaq lutut naik tangga..jauh jugak berjalan ni.. Nasib baikla cuaca sejuk nyaman tak panas sangat. Jadi tak la rasa berpeluh sangat. Kat sini ada 2 bahagian - Kiri is Japanese Village (yang ada rumah jepun). Kanan - ada Japanese Garden (Taman pokok2 herb & bunga2). We decide g belah kiri dulu..tengok rumah jepun.
Dari pintu gerbang, kena berjalan lagi lebih kurang 5 minit camtu..baru la boleh nampak air terjun yang ...mini terjun aje..tp cool jugak la landskap depan rumah jepun. Pengunjung jugak berpeluang untuk bergambar dengan memakai pakaian tradisional Jepun dengan kadar bayaran RM20 seorang.
Sebenarnya luas lagi taman ni tapi sebab kena turun bukit ke bawaaahh nuunn jauh sana tu haa..kami memang tak la nak turun sampai ke bawah..jenuhh nak naik balik nanti sebab nak kena mendaki tu yang tak tahan... Kami decide tengok dari atas ajer..legaaa.
Souvenir shop pun ada kat sini (Japanese Gift Shop). Boleh beli minuman ringan..or titbit. Apa pun kat sini jugak boleh beli souvenir macam FM, key-chain dan macam-macam lagi as kenangan dah smp sini.
Habis dah cuti 5 hari..kejap aje kan. Dalam kepala duk fikir esok dah nak mula kerja..huhuhu. Apa-apa pun..cuti yang tak disangka ni memang bukan senang kita nak dapat kan. So, kita pun gunala dgn sebaik mungkin dgn aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Sekian dulu cerita saya kali ni. Nanti bila-bila saya FREE saya cerita lagi yea.
:)
No comments:
Post a Comment