Salam to all my dear friends and family.
Di Malaysia ni, ada hutan yang seakan-akan hutan dalam LOTR. Menakjubkan. Nama hutan ni dikenali sebagai Gunung Irau a.k.a Mossy Forest. Dah famous dah hutan ni sebenarnya..hehehehe. Gunung Irau ni terletak di Cameron Highland. Bersebelahan dengan Gunung Brinchang. Ketinggian Gunung Irau ni adalah 2110M dari paras laut. Tinggi kan..Gunung Irau adalah gunung ke 15 tertinggi di Banjaran Titiwangsa. Ia terletak di antara sempadan Perak - Pahang.
Persediaan ke Gunung Irau
1) Mental dan fizikal
Sebelum , mendaki Irau . Persediaan mental dan fizikal adalah sangat penting . Sebab laluan Irau atau route Irau teramat lah lecak . Jika tidak hujan , mungkin route tak lah lecak mana . Jika hujan , masyaallah . Teramat lecak .
2) Dapatkan permit .
Sekarang mereka kawal ketat sebab sudah banyak case injury berlaku di Irau . Dan , ada ramai juga pendaki masuk pagi tapi keluar malam . Untuk mengelakkan apa - apa keadaan yang tidak diingini berlaku dan demi keselamatan pendaki yang mendaki ke Irau , mereka diwajibkan dapatkan permit terlebih dahulu .
Breakfast dulu ..kena isi perut sebelum mendaki. Sambil tunggu guide kami sampai..dan ahli-ahli mendaki yang lain.
Kami seramai 9 orang. Untuk mendaki ni ada guide. So, diala yang arrange untuk transport, permit dan makan semua.
Nak masuk ke Mossy Forest ni, memang akan lalu Ladang Teh Sg Palas..view dari jeep ni memang wow!! Rasa nyaman jer dengan kabus pagi2 ni..sejuk!! Menyusuri laluan yang curam, penuh liku dan corner2 yang sempit nak naik ke Mossy..pening gak kepala..huhu
Are you ready guys??! Gunung Irau @ Mossy Forest ni mempunyai ketinggian 2110 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland. Hutan ni jugak merupakan salah satu lokasi perfileman Puteri Gunung Ledang.
Selepas melakukan sedikit senaman ringan untuk mengelakkan kecederaan, weolls terus memasuki Mossy Forest dengan menaiki tangga yang telah disediakan sepanjang lebih kurang 100 meter.
Starting Point. Bersedia untuk meneroka khazanah alam di tanah tinggi. Jom menikmati pemandangan yang jauh berbeza dengan apa yang pernah uolls tengok sebelum ni. Mood excited!!
Gunung ni memang unik dan rare sebab penuh berlumut dari lantai trek sampai ke puncak pokok. Keadaan ni menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13 - 17 darjah celcius. Sejuk je dalam ni. Berdiri dalam hutan berlumut ni macam berada dalam citer Lord of The Rings.
Katanya..kalau musim hujan, selut boleh sampai ke lutut dan peha. Nasib baik masa weolls naik ni tak hujan, tapi selut dia boleh tahan jugakla.. Hujan pun masa kami dah nak turun nak balik.
Better pakai sarung tangan untuk memudahkan uolls berpaut pada dahan, akar pepohon dan batu masa mendaki.
Laluan pendakian yang memang tak puas mata memandang. Memang lawa.
Boleh buat gambar poster ni..!! Memang kuat berangan betul...hahahaha
Periuk kera
Mini Irau. Memang ramai yang berhenti di sini. Kawasan lapang ni boleh memuatkan dalam 30 orang dalam satu-satu masa dan boleh buat camp site. Perjalanan kami dari awal ke sini mengambil masa sekitar 3 jam lebih..dari sini ke puncak irau sebenar dalam lebih kurang 45 minit.
Kami disajikan dengan scone uollss!! Punyala sedap makan kat atas nuunn...fuuhh!! Memang terbaikla guide Faizul ni.
Awesome weyhh!! Perjalanan mendaki ni agak santai sebab memasing gila bergambar... Santai pun disebabkan pendakian yang disajikan dengan pemandangan yang sangat sangat indah!! Serious weii..!! memang cantik giler..dengan keadaan cuaca yang sejuk..peluh pun macam segan-segan je nak keluar..:)
Akar yang mencanak dan berselirat. Trek dia agak mencabar kerana akar-akar kayu yang banyak.. Kalau tak jaga kaki, boleh tersangkut & terselit dalam akar.
Pemandangan sekitar yang berkabus
Dalam kebanyakan laluan di penuhi dengan akar pokok..jaga-jaga dengan keadaan yang licin.
Macam-macam cara digunakan untuk melalui akar-akar tu..tunggang, terbalik, merangkak..semua ada babe...hahaha.
Yang bestnya, pacat ke..lintah ke..tak jejak kat Irau ni.. Masukla kat lumpur selut dalam mana pun..tak kena gigit dek pacak..hehehe.
Pemandangan yang cantik menjadikan model cantik :P
Masa turun ni satu perkara je yang ada kt kepala, nak sampai cepat kat tangga pelantar kayu mula-mula tadi, rasa tak larat dah, habis longgar dah kepala lutut nih. Lagi mental down bila nk turun pun kena menaik pacak lagi..fuuhh!! kena da mental yang kuat untuk mengharungi pendakian saiko ni!! hahaha.
Tips : Ambil gambar sebanyak mungkin sewaktu perjalanan pergi sebab dalam perjalanan balik memang penat giler dan tak mampu dah nak posing amek gambar..hehehe. Untuk perjalanan turun tak semudah yang dijangka, laluan di Irau adalah naik-turun, naik-turun. Banyak juga yang pacak dan menurun pacak. Kekuatan fizikal dan lutut yang jitu amat diperlukan.
Misi menawan Mini Irau berjaya!! Bagi uolls yang beginner, Irau ni satu pendakian yang memang mencabar mental dan fizikal dengan trek akar kayu yang mencanak-canak, tapi pemandangan dalam Mossy Forest ni memang sangat-sangat cantik!! Bagi uollss yang nak tengok sendiri keindahan gunung Irau ni, selamat mendaki!!
Till then...
Sekian.