Thursday, 19 September 2019

Bercuti ke Cameron Highland


Salam to all my dear friends and family.


Trip ke Cameron lagi..hehehe. Ntah kenapa suka sangat pun tak tahu lah. Kali ni saya pergi dgn Kak Mama, Kak Kay, Kak Nora, Kak Sue & Amie.  Ni geng travel dolu-dolu.  Sebab dah lama sangat tak keluar/outing/holiday bersama...endup kami buat adhoc plan ke CH ni. Kebetulan flexfriday,..tengahari tu zass lps kerja terus naik CH. Stop kat Tapah lunch kejap..then continue.  Traffic smooth not that bad.  Petang jugak la kami sampai.  Kawan-kawan lain semua dah smp, siap minum petang dah kat KHM Strawberry Farm.  Kami terus ke sana..join minum petang.



Kalau nak rasa scone sedap mai la makan kat sini..sedap sgt!!




Kami stay kat Tiny Boutique Habitat di Taman Sedia, Tanah Rata.  1 malam - RM305.  1 unit boleh accommodate 6 pax..agak besar dan selesa. Landscape  pun cantik kat sini ala-ala English gitu. Siap ada angsa, rabbit..kita boleh aje bagi makan to those animals. Resort ni tersedia jugakla restoran..nak lunch/dinner boleh aje kat sini.






1st day kami sampai tu memang sangat sejuk..kabus tebal!! Kami g pasar malam pun kabus tebal..mungkin sebab nak hujan tu tebal tu kot.  Ramai la yang duk pakat amek gambaq masa tu..sebab pengalaman camni bukan selalu adakan.  Pasar malam beli banyak makanan...lepas tu lepak kat Starbuck. Dah buat macam kedai kami pulak..beli air Starbuck..makan jagungla...strawberryla...cendawan gorengla..macam2 lagi la.. Orang yang lalu lalang situ tengok pun pelik...manala depa dapat makanan...ofcozla dari pasar malam kan..hehehe.




Suasana kabus tebal kat pasar malam pada hari kami sampai hari tu.



Beli air starbuck..sambil makan hasil dagangan pasar malam.  Mujur tak kena halau..hehehehe.  


Next morning, kami breakfast kat Kedai makan Ikat Tepi.  Normal menu for breakfast, nasi lemak, roti canai, half boiled egg, nasi goreng..minta je apa nak makan..semua ada.  Tak jauh dari guesthouse kami tu...jalan kaki aje.  Lepas breakfast, mulala aktiviti kami tour CH..yang macam pelancong-pelancong lain jugak...byk jugak tempat kami sempat pergi that day..memang betul-betul bercuti dan bergambar.  Tapi yang tak bestnya...masa kami banyak habis kat jalan jem.  Tang tu I is stress!!


One for the blog.


Team member group travel


Kedai makan Ikat Tepi.



Ada sebab kami singgah Heritage Hotel ni..hehehehe.


Favorite spot untuk amek gambar kalau datang sini.




Seterusnya kami ke Cameron Valley Tea.  Bayar RM12 untuk naik buggy ni.  Tak kuasala nak berjalan kaki masuk ke dalam..jauhhh kot!! 




Cuaca memang helookkk sangat on that day.






Tempat ni kalau nak diikutkan is private property.  Tapi, kami tak kira..masuk jugak demi bergambar.






Next is Cameron Adventurous & Safari, di Kuala Terla .  Bayar RM10 seorang.  Fun jugakla...kami je dalam 1 jeep ni.




View memang cun atas ni.  Dah tak larat gayanya ni haa...terus bersila..hehe






Dinner di guesthouse je malam ni..dah seharian tour CH













Boleh call nombor di atas...kalau berminat nak stay kt Tiny Boutique ni Taman Sedia, Tanah Rata.



We really had a great time.  Sebab dah lama sangat tak berkumpul camni..memang nak kena selalu plan something untuk gathering camni.  

Till then...

Chaoo :)

No comments: