Salam to all my dear friends and family
Entry kali nak cite pasal bukit apek, nun tak jauh kat Cheras je.. ni last minute punya plan..memandangkan kami nak p Gunung Irau kan..so, try-tryla hiking kat sini..hehehe.
Mula mendaki je dah mencanak pacak bukitnya...keadaan yang curam ni memang memberi kejutan pada jantung saya...kuat betul berdenyut ...tiba-tiba takut pulak..terpengsan ke apa ke tiba-tiba ke kan..huhu. In between nak sampai mana2 level, jumpa la ramai warga emas Cina (sebab tu dipanggil Bukit Apek agaknya) + family yang mostly kaum cina..
P
Pada yang tak tahu sangat jalan kat sini, jangan risau sebab kat setiap pelusuk tempat ada diletakkan tanda arah, so kalau tak tahu jugak boleh tanya pendaki-pendaki lain yang ada kat situ, especially aunty2 dan uncle2 yang ada. Jangan pandang rendah mengenai pengalaman dan kebolehan depa. Depa lagi laju naik dari kami yang muda ni haa..adeihh... Kuat betul depa.
Semasa mendaki, ada beberapa tempat rehat atau R&R untuk uolls berehat melepaskan penat lelah sambil hirup udara segar dan menikmati permandangan dalam hutan. Dalam perjalanan kami nak ke air terjun, kami sampai check point 5, kawasan ini dibangunkan oleh komuniti pendaki bukit apek yang kebanyakan terdiri dari kaum cina yang tinggal berhampiran bukit apek. Depa buat khemah, dan beberapa kemudahan untuk hikers bukit apek ni, dan yang paling best, semuanya adala percuma. So, kalau nk refill air ke, nak berehat2 ke..dan pada hari-hari tertentu uolls boleh menikmati chinese tea panas2 kat sini.
Track ok la...tak la heavy sangat tapi penat jugak (jangan sesekali pandang rendah pada bukit dan gunung..confirm menyesal) macam2 ada..ada yang mencanak..ada yang landai...tapi penat tu confirm!!
x
No comments:
Post a Comment