Sunday, 27 October 2019

Autumn trip_Korea : Day 4


Salam to all my dear friends and family.

Another shiny day..Alhamdulillah.  Sambung lagi cerita Korea...hehehe. Today our journey is to Korean Folk Village.  Kita explore culture orang korea zaman dolu-dolu.  To those yang minat citer korean version lama...sinila tempat depa berlakon.

As usual, lepas breakfast Neesa will wait for us at the usual place.  Pagi ni mcm lambat sikit keluar rumah, Neesa bagi chan keluar lambat.  Tak tahula dah berapa mileage perjalanan kami sepanjang 4 hari kat sini. Kaki memang dah lenguh habis. Tapi semangat masih membara..hehehe. The journey dalam 2 jam jugak naik kereta. Neesa seorang pemandu yang berkhemah..so, not to worry.  Kami sampai sana dalam pukul 11am camtu.  Its ok lagipun, trip kami hari ni jenis sempoi-sempoi no rush.



Rasa macam belum ada gambar depan gueshouse ni...amekla seketoi...kekekekeke.


Dalam Korean Folk Village ni ada banyak perkampungan kecik-kecik...macam Market Village, Folk Village Historical Drama Village, Bazaar and Play Village. So make sure amek map kat depan tu sebelum masuk.  Senang sikit nak plan nak visit apa kan especially kalau masa limited macam kami ni. Kami diberi masa 2 jam untuk explore kat sini.




Golden leaves of Ginkgo!






Datang sini kita boleh lihat sendiri perkakasan lama masa zaman dulu..rumah depa macamana, toiletnya macamana..dari semua segi zaman era dulu kala. Budak2 sekolah, tadika pun ramai yang datang sini…bagus depa ni mengenal sejarah sejak dari kecik lagi.



Salah satu pemandangan yang sangat cantik di Korean Folk Village. Kami bergambar dalam frame.





Yati pernah datang sini dulu in March with her family.  This is her second visit here...and she found her "Love msg".  Muka happy sangat!! 

Banyak sangat tempat yang cantik2 kat sini. I is rambang mata nak pilih gambar mana nak letak kat sini..:D Mana yang terpilih jelah ek…Random jer…Yang saya perasan, tempat ni memang bersih dan pokok-pokok dijaga elok..:)


Dalam Korean Folk Village ni ada banyak jugak workshop macam pottery, buat bakul, bamboo wares, wooden wares, embroidery etc. Kira kalau ada masa boleh la join activiti2 kat sini untuk mendalami life dan culture Korean people ni.  Selain tu boleh join aktiviti dye kain secara traditional, naik kuda, naik perahu and memanah. Tapi semua ni ada caj la.





Dalam village ni gak ada banyak rumah2 contoh zaman Joseon dulu, dari golongan bawahan hingga la ke golongan bangsawan.  Boleh tengok la beza setiap design dan bentuk rumah ni. Agak menarikl jugakla.


Kami juga melihat tempat tahanan (penjara) yang diperbuat daripada kayu kukuh. DE berpeluang masuk ke dalam kurungan tu..huhuhu. Bentuknya memang macam dalam cerita lama2 tu.  Mereka sangat menjaga keaslian bentuk barang-barang dalam Korean Folk Village ni..:).



Macam satu kawasan atau bangunan pentadbiran..tanah lapang tu adalah tempat untuk menjalani hukuman sebat (Flogging) atas kesalahan2 tertentu. DE jd mangsa..hehehe..sorry DE..:)




Antara sudut menarik dalam Korean Folk Village. Bangunan lama, tapi sangat klasik dan terpelihara.







YB excited dapat bergambar dengan depa2 ni. Padahal depa ni pun tourist jugak..hehehe.




Ahmadulillah..banyak sangat pengalaman yang saya dapat semasa lawatan ke Korean Folk Village ni.  Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang sebegini luasss... Bye2 Folk Village!! We had so much fun!!

Next destination is to Namdaemun Market. Earlier Neesa plan kita makan dulu, tapi atas sebab2 tak dapat nak dielakkan, kami semua agree makan lepas shopping. Kami dinner je nanti kat Dongdaemun. Ok meh sambung citer Namdaemun. Tempat ni macam2 ada..souvenir, pakaian, makanan, barangan dapur..murah2 dan berlambak2.  Kira kalau datang Seould ni mesti datang tempat ni kalau ni la kalau nk shopping souvenir. Kebanyakanya jual baju2 winter (sebab dah nak masuk musim sejuk). Murah ok..10,000won boleh dapat baju sejuk cantik2 kat sini. Scarves and mafla cantik2 pun murah je dalam 4,000won.








Selain shopping souvenir, kami sempat singgah kedai seaweed.  Memang recommended by Neesa kedai ni.  Segala jenis kerepek, seaweed, kacang2 semuanya halal kat kedai ni. Owner dia pun peramah..walaupun kami bercakap macam ayam itik..laku banyak jugakla kedai dia hari ni.


Okey dah...jom kita p makan ikan bakaq kat Dondaemun.  Kali ni Yati yang bawa jalan. Yati aje yang tahu kedai makan ni sebab dia pernah datang sini dulu dengan family dia makan kat sini.  Neesa tak pernah lagi datang sini.  This is her 1st time. Neesa park her car at one of the shopping mall kat Dondaemun tu..then we walked.  





Setiap ikan dan sotong tu berharga 7,000won...sedap gila ikan bakar dia dannnnn sotong tu terbaikkkk!sedap sangatlah!best dan portion pun besar...





Akhirnya dapat jugak kami rehatkan kaki.  Penat ooo...dah tu weolls pun order makanan sebab dah lapar sangat ni. The famous ikan bakar and add ons, sotong bakar..maaakk aiihh..nafsuu..huhuhu. Walaupun ramai pelanggan, kami tak tunggu lama untuk makanan kami sampai.  Gerai ni ada 2 tingkat dan padat dengan pelanggan.  Mungkin sebab dah pukul 6, tu la kedai ni dipenuhi dengan orang ramai yang datang untuk dinner.


Ikan panggang dia terbaik..sotong pedas dia? Heaven weh..:) Ahjumma datang dengan makanan. Kat atas meja ada nasi putih, sup, side dish seperti taugeh, kimchi, radish dan ikan bakar. Sotong datang kemudian. Saya dah boleh terima makanan korea skrg ni..kekekeke. Berselera betul kami makan sebab environment sambil makan duduk bersila..dah macam kat tempat sendiri plak. Tetiba datang pula a group of Malaysian..bangsa cina. Sembang2 la dulu dengan depa kejap..yelah kan orang kampung mai makan situ kan...hehehehe. 


Makan ikan bakaq bersila..rare!!


Ni la group of Malaysian people..depa mai sini for their company trip. Rasanya masa tu depa baru 2nd or 3rd day..tak ingat dah.  DE yg rajin borak2.  Dia kan fasih ckp cina..apa lagi..layaannnn.



Group photo with the tukang masak ikan.  Yumeehhh ikan bakaq tersedap yang pernah saya rasa!!



Perut dah kenyang...jalan pun dah slow..no choice kena jugak berjalan..huhu. Weolls jalan punya jalan punya jalan tak perasan dan sampai depan Dongdaemun Design Plaza. Kawasan ni memang sangat hidup pada waktu malam.

Kami lalu Doota Shooping Complex dan Migliore..kat sini memang meriah. Kami cross arah ke DDP. Rekabentuk bangunan ni dah macam spaceship at night. Memang cantikla. Uolls kena mai sendiri and explore sendiri how does it feel to be here..:)

Its time to go home.  Jauh jugak kami berjalan hari ni..dari siang sampai ke malam.  Kalau tak pukul 11pm..memang tak jejak rumah lagi la kami ni. Ni baru dinamakan berjalan.

Thank you Neesa sudi anto kami semua sampai depan guesthouse.  Kita jumpa lagi kat epot naaa.... 

Till we meet again soonnn...

Tungguu...


No comments: