Salam to all my dear friends and family.
Trip saya kali ni lain sket...ni consider bercuti jugak...tapi ni gaya camping. Dah lama tak masuk hutan, jauh dari bandar..tenangkan fikiran..sambil tengok sungai mengalir..dengar bunyi unggas dan serangga...fuhh memang rare!!
Ni glamping yang tak berapa glam sangatla...hehehe. Yang penting kami semua enjoy!! To those yang nak explore nature boleh mai try kat sini. Kat sini memang kembali ke pangkuan hutan dan sungai dor 2D1N with no internet.
Damai sangat tempat ni tak tau nak explain macamana. Saya post beberapa gambar dan setiap gambar tu saya akan cerita.
Semua barang2 akan diangkut guna cart untuk ke seberang. Yang ni perlu abam2 sado untuk angkat barang dan tarik or tolak ke seberang.
Dah nampak rakit kat bawah tu kan...kita kena menapak turun yea..
Yang paling menarik tempat ni adalah, tapak khemah terletak di kawasan seberang sungai. So, untuk kesebelah sana, wajib naik rakit penambang. Navigate by yourself...hehehe. Jarnag kan nak jumpa ada rakit. yeah..merasala kitaorang naik rakit.
Ni kira macam common area la...tempat makan lepak, borak2. Tempat camni pekena plak kopi panas sambil makan kopok leko cicah sos Lingam...perghh nyamaann!!
Ni tempat hammock..ada kot dalam 10 hammock dalam tu.
And utuk yang suka lepak golek2 dalam hammock, ada tempat khas yang disediakan. Boleh bawa hammock sendiri or guna yang sedia ada. So sempoi!!
Ni salah satu pondok kat glamping. Ada 3 pondok yang diberi nama Ramli, Aziz & Sudin. Kalau datang 1 family or more than 1 family, boleh sewa seluruh tapak terus, ambil ketiga-tiga pondok ni.
Tapak khemah kami.
Walaupun persekitaran dalam hutan, tandas ni adalah sangat bersih!!
Nilah khemah kami. Bila malam, glamping ni diterangi banyak lampu diseluruh tempat dengan power dari generator set.
Feeling hutan tak hilang beb. Bunyi seranga yang pelbagai memang buat kita rasa bersyukur keatas setiap ciptaanNya.
Kawasan ni InsyaAllah takde kepala air dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda with adults supervision.
Back to nature.
Prepare breakfast..sebut aje menu apa mau..semua ada..terbaikla geng Seret Hikers ni!!
Sempoi tak? Tak payah jauh-jauh, datang je Glamping Pinang Sebatang ni, dah ada buaian view sungai.
Kemas khemah nak balik dah.
Cari lagi stok-stok makanan yang ada sebelum balik.
Menanti giliran barang-barang kami untuk dibawa naik keatas.
Geng "Seret Hikers" - Biar Terseret Janji Sampai!
Overall, for nature lover, this place is absolutely awesome!! Hopefully nanti ada rezeki kami akan ke tempat lain pula.
Sehingga bertemu lagi.
No comments:
Post a Comment