Friday, 30 November 2012

Latest nephew in d houseee..!

Salam to all my dear friends and family.

Hari ni saya nak bagitau yang saya menerima anak menakan sorg lagi. Yang ni anak Izuan plak...aritu anak Naim..hehehe


Dgn ini saya perkenalkan Irsha Akeem.  Berat dia xtaula plak...rasa dlm 3kg++ gak kot...hehehe.  Anyway, yang penting Ila, Akeem's mother dah selamat melahirkan Akeem.

Welcome to our family dear nephew!!  Muka dia ni copy paste pak dia...sejibik!! Tak percaya....ce tengok gambar belowww..:)


Oooh ohhh...tak lupa jugak nk bagitau...yg Akeem ni anak sedara saya yang ke-14. 

Jom tengok gambar..:)




Ni fresh from the oven tauu...heh heh heh... Keluaq2 terus snap gambaq!



Rambut dah cukur..hensem tak saya?!?!


Dah kenyang...apa lagi...ZZzzzzz


Haaa...ni semua orang tau...ni Ammara Lysa...anak Naim. She's no 13..hehehe
BIG GIRL dah dia...:)



Latest news about Ammara...dh boleh menerap..:) Good Girl!!


Akeem and Ammara...side by side...:) Dah macam twins plak depa ni..:)


Proud daddy!! Congratulations!! May you find babyhood a wonderful and rewarding experience!! Little babies grow up quick so be sure to cherish every minute :) 
All the best!


Thursday, 29 November 2012

Tengok sunset


Salam to all my dear friends and family.

Petang-petang redup ni best tengok sunset kan..

Tempat ni dipanggil The Ridge-Teja by the Sea.  Location vise, bagi yang tak biasa tu (macam saya)..sila biasa-biasakan diri dengan google maps yea.. Tapi hari tu my beloved bro yang bring us there.  Nak harap saya pegi sana...minta maafla banyak-banyak memang saya tak reti langsung and tak tau pun kewujudan tempat ni..heh..heh..heh.  


Okey, kalau tak salah pemerhatian saya..situated just next to Jeti Batu Musang yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Aman.  Pulau Aman ni perkampungan nelayan dulunya...skrg dah jadi pusat pelancongan.  Saya pun tak pernah pegi..insyaAllah umur panjang bole naik bot g sana plak.

Dari toll Juru tu take the next exit, Bukit Tambun/Batu Kawan.  The Ridge ni further up from Stadium Batu Kawan & Bandar Cassia.  If u reach both landmarks, tak payah kona-kona dah...teruus je..it will lead u to jeti..and the The Ridge just beside jeti tu.
Jom tengok gambar.





 Kat sini ada restoran kita bole makan-makan, minum-minum.


My niece and nephews.


Myself, Izuan & Papa.


Makan ice-cream sambil tengok sunset.


Thursday, 30 August 2012

Syawal @ Kampung

Salam to all my dear friends and family

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Mula-mula sekali saya ingin meminta ampun dan maaf sekiranya saya ada terlajak tingkah laku atau terlajak kata...saya minta maaf yea...jika ada yang tersinggung tu saya minta maaf sangat sangat...sesungguhnya sentiasa memaafkan kesalahan orang lain adalah amalan yang sangat mulia..:) Raya ni maila rumah...:)

Camne sambutan raya tahun ni? Meriah tak?  Bagi saya tahun ni...meriah dan bersederhana saja.  Tahun ni giliran abang2 dan adik2 saya yang dah berkahwin balik Alor Setar...:)  Tahun depan...haaa siap...kosong tinggal berempat aje kami..huhuhu.

Tak payah la saya bercerita panjang....jom kita tengok gambar-gambar sekitar Syawal saya di kampung.

Kami tengah busy menganyam ketupat.  Tapi ni bukan ketupat yang biasa kita duk tengok kt tv atau yang biasa kita buat..ni ketupat pulut wrap dengan daun pisang.  Cara ni paling senang nak buat. Kami tengah gigih ikat bagi padat, so that bila nak rebus nanti idakla pulut tu nanti terkeluar plak..hehehe.

Inila hasilnya ketupat pulut kami..sedap pun sedap... Lepas dah balut/ikat kenala kukus..lebih kurang 30 - 40 minit...kot lebih kurangla..x ingat plak..huhuhu.

Ni la suasana kampung saya...cantik takk?

Acara wajib setiap 2 tahun....my nieces and nephews main bunga api malam raya...stock yang selalu bawak balik...pak pak depa la...hehehehe.  Tapi tahun ni agak slow sket..sbb ada new baby in the house...very good!! Legaaa sangat-sangat tak hingaq!!

Yang tua pun main....yang kecik apa tah lagi...laayaaaannn...!!

Jemput minummm...ni papa baru lepas balik solat raya.  Baju pun tak tukaq lagi

Haa...Papa dah tukaq baju Ijauw.  Tahun ni ada 3 orang pakai baju color sama...nanti tengok gambar beloowww...sapa yang unplan pakai baju sama itu...hehehe

Me & TY's family.  Depa pakat pakai baju Merah.

My beloved bro Izuan..baju kami color nak sama..bukan nak sama..mmg sama pun..:)

My sis in-law K.Hasiah, my nieces Hanna, Kamilia and Natasha.

1 BIG Happy Family!! I love you ALL so much!!!!

Pretty Ladies in the house.. Termasuk baby Ammara Lysa..nampak tak baby tu...ce cari..ce cari...

Me & K.Hasiah

Posing atas stage...happy..smillleee...do like this!! (kami hanya mengikut arahan Abg Wan)

Ni plak...handsome guys ni the house....ce spot the unplan 'Green' baju melayu...nmpk tak..nmpk tak..:) :D

Cucu-cucu Mak Tok, Tok Bah & Tok Uncle duk bratoq minta ampun and minta duit raya..ramai tuuuu...13 orang...sorg lagi on the way in November (Izuan's child)..huhuhu. Pengsan aunty.."wink wink"

My siblings. Sampin-sampin yang tak tahan tuuu...meriaahhh!!

Tengah check duit raya anak siapa yang tak cukup ni....sebab kat saya ada 1 lagi sampul tak berambik lg..:)

Belah malam plak..ada BBQ.  Saja suka-suka nak bakaq ayam/daging..kiranya ni additional program for our 2012 Raya.  Rasanya...nak kena buat selalu program BBQ setiap raya..hehehe.

Orang kuat tengah mengipas BBQ.

Orang kuat tengah mengipas dan yang memerinade ayam/daging.

Lepas dah penat bakaq BBQ, lepas dah makan-makan...minum-minum...sembang-sembang semua.  Next is acara bagi-bagi hadiah among the families.  To those yang ada 4 kids + parents (2) = Total hadiah kena bawa/bagi is 6.  Hehehe...saya bawa 1 je le..jimaaat!!


Cabutan nama sedang berlangsung.  Chairmannya Men..kiranya dia yang menjadi jurucakap / juruatur majlis malam tu.. Good Job bro!! :)

Kusyuk dengar nama sapa yang akan dipanggil untuk amek hadiah...kusyukk..kusyukk..hahahaha

Hadiah-hadiah yang perlu diagih-agihkan.

Amir happy with his gift...dia dapat games Tamiya!!! Hemmm...reti ke main tu...

Hadiah ni mmg tak boleh blaahhh!! Blackberry!!! Lucky draw!! Bertuahnya Aiman!!! Jeleesss jelessss!!!

Saya dapat pinggan munger-munger 3 storey...eh eh 3 tingkat.  Boleh letak kueh2 raya...kek ka...hehehe. 
I LIKE...thanks Kak Hasiah!!


Ni la Ammara Lysa..my latest niece (13th)..anak adik saya Naim & Wawa.  She was born on 4th August 2012 bersamaan 16 Ramadan 1433.  Kiranya ni baby Ramadan la ni..:) 

Dear Im & Wawa. With the new baby, I pray comes loads and loads of joy and smiles. The new angel shall shine up your life. Congratulations!

Sekianla dulu cerita Raya saya tahun ni.  InsyaAllah kalau ada cerita-cerita baru lagi, nanti saya akan paste kat sini lagi k.  






Wednesday, 25 July 2012

Salam Ramadhan


Salam to all my dear friends and family..

Pada Bulan yang mulia ini (Ramadhan) kita diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam yang Ke 3, iaitu berpuasa selama sebulan.. Puasa ni bukan setakat tidak makan dan minum sahaja.. Tetapi puasa yang dimaksudkan disini ialah.. kita perlu menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.. 

Syukur Alhamdulillah pada hari ini saya masih lagi diberi nafas, kekuatan dan kesempatan untuk turut bersama dengan rakan-rakan umat islam yang lain.. menyambut kehadiran Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini...

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah berpuasa kepada para pengunjung blog saya dan juga kawan-kawan di facebook.. Jangan lupa bangun sahur pada esok hari.. dan jangan lupa juga bangun sahur pada tiap-tiap hari.. ;)

Disamping itu, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan yang pernah saya lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan... 

Maklumlah saya ni hanyalah manusia biasa.. Ada kalanya saya menulis untuk berseronok-seronok sahaja..  Jadi sekiranya ada yang tersinggung dengan hasil penulisan saya.. Saya memohon ampun dan maaf banyak-banyak yer..

Sempena bulan Ramadhan ini marilah kita memperbanyakkan amalan dan doa.. Antara perkara yang seharusnya kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:
  • Jangan lupa mengerjakan solat sunat terawih pada setiap malam..
  • Memperbanyakkan sedekah dan memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa
  • Solat secara berjemaah pada seiap waktu sembahyang fardhu, iktikaf di masjid dan membaca Al Quran
  • Makan berpada-pada ketika berbuka dan jangan lupa bangun pagi untuk bersahur..
Semoga pada bulan Ramadhan ini, kita dapat mejalani Ibadah berpuasa dengan baik.. dan semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.. Amin..

 

Tuesday, 12 June 2012

Men's engangement

Salam to all my dear friends and family..

My brother just got engaged last Friday, and I am so happy that my brother has found a wonderful girl to spend the rest of his life..i just wanted to share his most memorable event in my blog. 


Aksi yg tk boleh blah..hahahaha

 

Happeningla u guyss!!!

Cepat Iffeen order n makan apa..:)

Dah ready nk g meminang anak dara kt Machang..:)

My Abg Wan jadi orang kuat on that particular event.

Nice hantaran dari both sides

My future sister in law..the youngest..:)



Nice couple..:)




InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan k.

So excited to welcome a new sister in law into the family! Congrats to Men and Lynn! Love you guys. GREAT pictures!!




.