Thursday, 12 January 2017

Year end getaway to LHPD

Salam to all my dear friends and family.

Happy new year..!! Still not too late kan to wish everyone..:)

Well, another story from this blog.. Memandangkan firm bagi cuti 10+- days tutup office Sat, Sun + Public Holidays.  Seronok jugakla dapat cuti panjang macam ni.  Banyak benda yang kita boleh buat kan.  To those yang ada anak sekolah tu..masa ni la nak beli persiapan sekolah..etc etc.  As for me..habiskan masa terluang ni dengan berjalan/bercuti..:) :D

Trip ni memang betul-betul year end 2016..penutup la kiranya..:)  Lexis Hibiscus PD. Kali ni kami stay kt Panorama Pool Villa..villa nak paling hujung dekat putik stigma bunga raya tu..view mmg superp laa..tak ganggu pandangan mata kami ni..sebab depannya is open sea.  View depan is the private beach.  Villa ni yang atas air tu...dulu masa company trip pun duk atas air jugak. Kat situ ada beberapa unit villa. Meh saya habaq ... Executive Pool Villa (Bahagian daun), Premium Pool Villa (kelopak2 bunga), Panorama Pool Vila (putik bunga). Kiranya saya dapat merasa Premium Pool Villa & Panorama Pool Villa. Bilik kami dah memang tersedia...kami naik buggy sebab villa kami terletak di hujung debunga bunga raya..tengah laut sikitla kali ni. Lagi hujung..lagi mahal..huhuhu.

Okey, LHPD ni terletak atas sikit dari Blue Lagoon.. Lepas hotel Thistle yer. Dari Teluk Kemang tu..sebelah kanan uolls akan berjumpa dengan papan tanda bawah ni. Menandakan inilah dia pintu masuk ke LHPD.  Few hundreds meter ke dalam uolls akan nampak bangunan utama LH ni. Dah rasa macam pergi duduk kat Avani plak..sebab nampak dah bilik-bilik yang atas laut.. Cuma villa2 kat sini ada pool dalam dia. Kali ni saya pergi sana drive. Guest parking pun banyakkk..7 tingkat untuk semua guest siap disediakan buggy dari parking ke lobby. 



TV dalam bilik ni dah macam home teater. Dah blend sekali dengan dinding.  Bila ON macam rupa dalam panggung. Sungguh futuristic. Tapi channel tv limited..huhu


Dalam bilik ada built in wardrobe, cabinet sink, and laundry basket.  Kat sebelah kirinya ialah toilet & bathroom.  Jaga-jaga tau..pintu toilet & bathroom tak ada kunci langsung yea..:)  Memang semua keperluan yang kita perlukan sepanjang stay situ semua ada dalam bilik tu. Pastu depan sikit ada glass door lagi satu which is the balcony. Sebelah pool tu ada sauna...so, anytime jer boleh membakar lemak-lemak yang terperap kat badan tu..sapa yang ada lemak la kannn....hehehe




Private pool sedalam 1.2 meter aje..takla besar sangat..just nice for us untuk berendam sejukkan badan dimusim panas..:)



Penuh ketenangan tanpa gangguan..:)
Malam-malam ada show orang main api keluar ikut mulut tu, ada dance la..weolls tengok aje dari balkoni pool kami. Lain, biasa-biasa saja..layan angin kuat kat sini..best!! Kawasan LHPD ni memang luass..tu pun tak tertour dibuatnya..:)



On our way out for dinner, snap la sikit sekeping dua gambar kt entrance ni.  Masa kami sampai tengahari tu...punya ramai dengan manusia nak check-in / check-out..now dah agak bertenang sikit keadaannya..hehehe.  Malam tu kami makan ikan bakar kat area Teluk Kemang..tak ingat nama kedai tu. Along the way tu memang banyak gerai ikan bakar and seafood..pilih saja mana berkenan dihati.

The food is so so ...kiranya kenyangla makan kat situ. We ordered, Ikan siakap bakar, tomyam campur, sotong celup tepung, kailan ikan masin, telur dadar + air.  Tahap kebersihan kedai tu saya bagi C of D.  Dari main road tu nampak cun dgn lampu-lampu..susun atur meja semua...parking...everything looks OK.  Yg tak bestnya..waiter macam kurang fasih cakap melayu...sleng macam kl'tan.  Dia x faham..kami pun x faham..dah tu jadi macam cakap ayam dengan itik.  Food presentation? So so jugakla...rasa pun so so jugak...semuanya SO SO la...huhu. Tak rekomen pun..mujur saya tak ingat nama kedai tu..tapi memang tepi mainroad along jalan teluk kemang tu la. Sink nk cuci tangan tu..adeeihhh tak berapa nk bersih...:( :(  Memang kami tak mau pergi situ lagi dah.







Jom jalan-jalan cari pakwe..ehhh jalan-jalan cuci mata..hehehe.

Round-round hotel..tak kira masa nak posing celah mana pun..haaa ameekkk..bergambar sampai lebamm..

Kalau rasa macam malas or tak larat nak berjalan kann..boleh je sewa basikal ke hover ke.. Harga tolong jangan tanya..rasa macam mahal jugak kot kat sini.  Kan best kalau kemudahan tu depa bagi free aje..syoq jugak berbasikal petang-petang hirup udah laut..keh keh keh.







Haa ni la private beach kat LHPD ni..dan arena makan-makan..kalau uolls taknak makan kat coffee house, kat sini pun boleh makan...lagi layann sebab boleh tengok beach + sunset. 





A great place to stay surrounded with beautiful scenery, best to take photo and selfie.






Kalau nak main water sport, semuanya ada kat sini. Ada jet ski, banana boat, boleh main beach volleyball.  Nak memancing pun boleh..bawak aje fishing rod..and nak sewa boat pergi fishing kat tengah laut nuun.

Malam-malam pun happening kat sini..gi la jalan-jalan tepi pantai menikmati lampu-lampu neon berwarna warni... kat situ ada arena makan dan private beach.






We're at the lobby area while waiting for my cousin.  Dia pergi buat Spa.


Tunggu sunset


The scenery during sunset was simply amazing!! I would suggest to go for night walk and enjoy the beautiful lighting effects.








So, I got to spend the weekend at Lexis Hibiscus PD with my cousins and friend and it was a blast!!!




Secara overalnya seronok dan happening la stay kat sini..walaupun this is my 2nd time..macam-macam aktiviti boleh buat kat sini...tp aktiviti saya kt sini berendam ajerlah no other things..hehehehe.  Sesuai jugakla untuk rest and relax your mind.  Dengan harga RM1k++ satu malam tak relax jugak tak tahula kannn...:) :D  Cukup dulu sharing on my vacation.  I need to continue my nz writing ni..huhu.. Still long way to go..huhuhu.

Babai lexis hibiscus with love...thank you for your execellent hospitality ..moga kita ada jodoh dan berjumpa lagi yea..!!

Wednesday, 11 January 2017

My nostalgia Frasers Hill


Salam to all my dear friends and family.

Another vacation story...hehehe.  Inila gunanya cuti bila firm declare off day for 10days tu...:) Best tak...best tak...best kannnn... Tolong jangan muntah yea..apa yang saya nak cerita ni rasanya dah ada paa post-post yang sebelumnya yea.. Almaklumla..tempat ni merupakan lokasi percutian favorite family saya..terutama TY (my dad).  We've been here since early 80s lagi...I was still small masa tu...umur dalam 5 6 years old I guess.  Yeaahh yeahhh I tauu...I dah tua ..:)

Dulu masa my dad masih bekhidmat dgn airforce, dia selalu book 1 of our family favorite house is Emeralty Bunglow.  Ada lagi 1, which is The Bishop house, hat ni dah tak boleh dihuni lagi.. Nak tahu cerita sila en gugel yea.  Kami sempat duduk situ dalam 3 4 kali jugak la..tak lama lepas tu..rumah tu ditutup.  Dan paling kami stay ialah kt Emeralty tu. Dulu ada care taker served the food for us... At the same kami dibenarkan masak jugak kt situ.  Mama selalu masak aje kalau weolls gi sana.  Dulu-dulu kedai makan tak sebanyak macam sekarang ni..memang tak ada pun kedai makan kt situ.  So, untuk makan anak beranak...harusla masak..:)  Rindu betul kat Emeralty..mengamit kenangan zaman kanak-kanak situ.. Kononnya mcm membesar di England laa..cewaaahhh hahaha.

This time kami stay kat Silverpark Resort.  But now silverpark pun dah tukar management. Sini pun lebih dari 10 kali saya menginap kat situ. Termasuk jugakla..kat Shahzan Inn and Puncak Inn..more than 10 times...hehehehe.  Dalam setahun tu...rasanya dalam 2 3 kali saya naik FH ni. Dengan siapa saya datang sini?  Selalunya dengan family...kawan-kawan pun ada jugak. Tapi kebanyakkannya dengan familyla selalunya.  Bukan nak buat apa pun kat sini..we just come here to relax...enjoy the cold weather...enjoy the food.  Pagi-pagi boleh jogging..breeze walk.  Lagi pun tak penat...cuaca pun tak panas..cooling.

Kami bertolak dalam pukul 10pg dari KL ke Kuala Kubu Baru.  Took us 2hrs ++ jugakla nak sampai FH ni kalau bawa keta dalam keadaan bertenang..  Sekarang ni nak naik ke FH tak payah dah nak ikut-ikut time naik & turun.  Kiranya senang le boleh pergi ikut suka hati aje. 

Jalan nak ke sana tu memang bersimpang siur I tell youu.. berliku-liku..bengkang-bengkok..semua adala.  Tapi dari segi keadaan jalan tar lagi ok FH ni banding dengan jalan nak ke CH kalau ikut jalan arah Tapah.  Jalan dia ok lancar, cuma kena hati-hati sebab jalan memang bahaya..faham-faham ajerla kawasan berbukit, jalan pulak berliku-liku & tanah runtuh.  Yang penting masa nak naik tu ada permandangan cantik..ada kera bersama geng2nya..air terjun & banyak pokok-pokok buluh berjuntai-juntai so berhati-hati yea..:)
Bila dah sampai kt Gap, dulu Gap ni is a rest house for us all to wait and rest.  Sebabnya dulu jalan nak naik ni sehala sahaja dalam 9km jugakla kalau nak naik dari Gap tu. Rumah ni memang cantik.  Bagi mereka yang suka rumah lama. Sayangnya asyikla dalam proses renovation..till now tak siap-siap & terbengkalai dah pun.  Sedihla..huhu. Sekarang drive ke FH tak macam dulu..naik ke Gap satu hala aje..pastu nak turun jalan lain, kat belakang Glen Bungalow. Okla camtukan..tak yah tunggu time turun dan naik kan?
Jalan kecik la tapi…jangan risau jalan sehala kan..naik saja..bawa tu berhati-hati la jalan dia kecik.  Settle 9km, so approaching tu akan nampak permandangan ala-ala bandar hengland, balai polis, pos office, klinik, hotel, banglo dan macam-macam lagi la..semua bangunan kat situ ala2 hengland.  Cantik sebab bangunan tu sendiri dah unik ditambah dengan pokok-pokok bunga yang cantik ditanam disekitar kawasan situ. Rasa tenang dan damai aje.  Kalau nak banding dgn sejuk.. sejuk lagi CH banding FH ni
Masa kami sampai tu, its lunch time.  Rasa macam pelik pulak sebab tak ramai orang.  Almaklumla..selalunya kalau cuti sekolah, bersambung pula dengan cuti umum [Krismas] confirm ramai manusia naik FH.  Rezeki kami masa kami sampai sana tak ramai..happy sangat.  Nak bagitau tempat makan kat FH ni kat area medan selera ada taman kecik sesuai untuk budak-budak main.  As always..kalau saya naik sini my fav spot tempat makan ialah kat Arzed Restaurant.  Makanan dia boleh tahan sedapp ..harga pun tak terlalu mahal...kedai pun gred A bersih..  Macam-macam ada kat kedai dia…name it..got it..  Kedai lain pun ada jugak…tapi tekak ni berselera nak makan kat situ compare to other shops…hehehehe
Ohh yeaa…lagi pun depa ni owner salah satu unit apartment kat Silverpark tu.  Kalau sapa-sapa nak tempah boleh refer dgn info kat bawah ni : 
2 Bedroom apartment. [Untuk 2 3 family boleh la sewa kat depa ni]
2 Bathroom 
Astro Njoy
Electric Stove
*RM300 / night
Check-in at 2.30pm
Check-out at 12.00pm
Untuk tempahan :
Uri - 019-9949937
Mad – 014-6485123
Restoran Arzed – 09-6322299 


My most fav meal - Tomyam Campur + Ayam Goreng Kunyit. Menu best kat sini at night is western food..uolls should try.


The balconi.


View from the balconi.


The living room..ada sofa..dining table..kitchen cabinet..complete dengan pinggan mangkuk, mugs, cups.  Iron + ironing board pun ada.  Arah kiblat pun ada.


The 2nd room.  2 single bed 


Masterbedroom with attached bathroom.


Channel TV is Astro Njoi. Excercise bike pun ada..bagus untuk keluarkan peluh..huhu 


Tiba-tiba rasa sejukk sangat..!! Kabuss rupanyaa...patutla.



Berkabus lagi... Tak kan nak stay aje kt apmt..why we take a walk..lagi pun bukan panas..its cold!!






Di The Paddock ni, ada beberapa aktiviti yang uolls boleh buat..iaitu memanah and horse riding.  Memangla aktivit ni boleh jugak dapat kat KL..tapi suasana FH ni bezala sket kan..kot la uolls nak merasa fefeeling obesi...dengan keadaan berkabus dan sejuk...Boleh dikatakan aktiviti yang tak mengeluarkan peluh..hehehe.


Harga dah naik..dulu RM5/- aje.  Kami redhaa...dan bayar ajer.



Mujur tak ramai...syoq aje jalan-jalan tanpa gangguan..:)


Amir siap bawa mini skooter dia..haven la naik kat sini!!


Posing kenangan ala-ala mengusik jiwa...hehehehehe





Have a rest...have a Kit Kat!! Ni kat Shahzan Inn.. Memang tak pernah berubah fountain air ni.  Dari dulu sampai sekarang memang macam ni la rupa bentuknya


Ni dalam Shahzan Inn. Mood Christmas ni...nampak Santa & Christmas tree kat belakang tu...esok dah Christmas..Ho Ho Ho..Merry Christmas!!


Rupanya sekarang ni..ada gerai-gerai dibuka waktu petang only on weekend.  Dulu kawasan ni memang tak ada benda pun.  Skrg ni dah ada macam-macam juadah minum petang.  Standard pisang goreng, rojak buah, aiskrim, air...macam-macam lagi la.  Tapi hanya buka on weekend.  Yelahh ..weekend yang ramai orang datang pun.


Masih berkabuss...:)  Depan tu is the famous clock tower. Kali ni tak bergambar pulak kt situ..sebabnya dah beraturs-ratus keping gambar kt situ..muaahahahahaha.  Situ jugak terletaknya Puncak Inn hotel.  Boleh jugak nak menginap kt situ..harga pun affordable not too expensive..i loikke..:) 


The next day, lepas breakfast kat medan selera tu..kami ke Alan's Water plak.  Ohh yeaa.. apmt yg kami duduk tu tak disediakan breakfast yeaa..hehehehe... Pandai-pandaila cari sendiri kat medan selera berdekatan.  Kat situ memang macam-macam ada.. name it got it... Tp, menu breakfast la...contoh - roti canai, nasi lemak, nasi dagang, french toast, half boiled egg..etc etc etc.  Ok back to AW. AW ni asalnya dari empangan yang salurkan air & juga elektrik untuk kawasan FH ni tau.  Sekarang ni jadi tempat rekreasi air. Antara aktiviti yang boleh dibuat disini ialah boat ride & bagi makan ikan.  Tapi untuk kawasan sejuk macam ni bestla jugak sebab tak berpeluh sakan. 


Macam-macam spesis ikan ada dalam kolam ni.  Boleh jugak kita bagi makan...ada kedai kecik yang jual makanan ikan - harga RM1.00 sepeket.  Memang kenyangla ikan-ikan dalam tu.. Imagine berapa ramai pengunjung yang datang situ, bagi makan kt ikan-ikan tu kan... :)


Kat FH ni pun boleh buat aktiviti jungle trekking, banyak jugak trek yang boleh dipilih ikut keupayaan dan kelaratan kita ..huhu.  Kalau ada masa, boleh pergi ke Air Terjun Jeriau, jalan naik dan turun kat sini sangat kecil dan sehala dan kecuraman untuk mendaki tu memang tinggi jugakla..so kena berhati-hati yea. Kami tak pergi pun..sebab tak berani nak drive turun naik bukit curam...huhuhu.

To those yang nak kan percutian yang menyenangkan, mendamaikan dengan cold breeze weather..keindahan alam..not too far from KL...harga pun masih masih tahap kemampuan diri kita sekelurga..hehehe. Boleh la datang sini.  

Tapi, kalau uolls rasa..there's nothing to do here...boring...tak ada tempat shopping...tak happening...pun tak dinafikan jugak..ada a few of my friends say the same thing.  I don't blame them pun...ikut citarasa kepuasan diri masing-masingla kan. I suka tempat yang tak terlalu banyak mengeluarkan duit.  Kalau tempat happening2 ni...byk $$ spending tu nanti.  Well, as i said earlier...ikut citarasa dan kepuasan hati masing-masing..:)

Happy holidays.!!

Happy New Year 2k17.