Friday, 15 December 2017

Majlis di Brunei - Part 4


Salam to all my dear friends and family.


Kami bangun awal hari ni.  Semangat nak bersiap awal. Sebabnya nak jumpa kawan Kak Bisma janji nak breakfast sama-sama.  Ramai betul kawan Kak Bisma kt Brunei ni.  Dah tu depa ni semua very generous and very friendly.  Walaupun saya baru kenal depa-depa ni, gayanya macam dah kenal laamaa.  Kita ni berkawan tak kira siapa pun kita kan..seeloknya janganla memilih yea dakk...:) Lama jugak kami lepak kt TuckShop ni..borak-borak sampai tak ingat.  Saya hanya menyampuk gelak ajer...ada aje topik yang depa borak kan.


My new friends di Brunei. Dah macam adik-bradik.


Menu yang kami makan pagi tu. Semuanya sedap sampai licin kami makan.


We received a call from Abg G.  Asking where we are..sebabnya depa nk belanja lunch. Padahal kami baru aje lepas brunch!! OMG!! Mana nak letak ni.  Untuk tidak menghampakan permintaan tuan rumah, K Noriah sent us back and we took her car to Abg Farouk's place. 

Mujur kami sampai on time.  Depa kena la jugak tunggu kami, sebab depa nk belanja kami makan tengahari.  Kami tak tahu kat mana depa nak bawa kami makan kan...Sat lagi jenuh mengagau cari tempat..dah la kami tak berapa nak familiar tempat situ. Rupanya kami dibawa ke Nyonya Rest.  Other family members dah sampai, kami aje yang sampai lambat sket.  Menu tak lain tak bukan, masakan ala-ala Thai.  Rasanya kat Msia pun kita pernah order menu yang sama.  Walaupun saya dah makan kt TuckShop tadi, and now makan kat sini pulak.  Memang kenyang sekenyangnyala kali ni.  Tinggal nak makan malam aje nanti ..makan nasi kenduri.





Tom yam campur





Ikan masak 3 rasa


Telur dadar


Sotong celup tepung


Kailan Ikan masin


Keseluruhan dish makan tengahari pada hari itu.


Group photo 


Lepas lunch, kami tour BSB.  Kat sana memang susah nak jumpa traffic jam. Traffic kat sana smooth giler..tak serabut macam KL ni..huhu.  By the way, pejalan kaki kat sana mendapat hak keistimewaan sangat-sangat.  Pemandu kereta akan berhenti serta merta kalau ternampak pejalan kaki nak menyeberang jalan ...kat Msia kaluu....emmm xde peluang la..lagi pecut gila ada la.. Yg kita ni pejalan kaki plak, kena pandai nak mencelah ke..meyeberang ke..atau mengorbankan nyawa sendiri..huhuhu.


Shopping time..!! To those yang nak shopping souvenir for family and friends..and for ourselves jugak.  Boleh tahan mahal wwooiii barang kat sana...everytime I purchased, I will times 4..'sigh'..:(  Sedih tengok duit kita ni.  So, saya tak shopping/beli apa-apa pun kat sana.  Hanya beli utk my close family sahaja. Kami terus ke Yayasan Shopping Complex yang dibina berkembar.. Besar jugakla tempat ni, tapi lenggang tak ramai orang.  Mungkin sebab hari kerja kan..tu yg org tak ramai..rasanya kalau datang situ on weekend ramaila kot orang.  Harga barang-barang kat sini...fikir 5  6 kali nak beli. 


Setentang dengan Yayasan ni, seberang jalan tu ajer ialah Masjid Sultan Ali Omar Saifuddien.



Kami semua singgah kat kedai sini.  Kedai ni ada offer souvenir 50 tahun Jubli Emas Sultan Brunei. Contohnya - keychain, baju T-Polo, plate, mug, macam-macam lagi la.  Kami tak boleh nak berlama kat sini, sebab dah nak kena balik dan bersiap for majlis malam ni.



Majlis malam ni berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo & Riding Club. 



Kami duduk di meja khas untuk guest dari KL


Pelamin



Family members dari belah pengantin perempuan.  



Pengantin lelaki sekeluarga akan bersalam dengan semua para tetamu yang hadir.  Kalau tetamu tu seramai seribu orang..maka seribu orangla dia kena salam.  Lepas dah selesai salam semua, pengantin lelaki akan tukar baju lain pulak.  



Segak pasangan pengantin ni.




Congratulations!! May the love and happiness you feel today shine through the years.


Group photo with my dear Uncle Ayah An and Nda Ehsan.


Group photo with the bride and groom.



Its a wrap..!! Legaa semua majlis dah settled.


Berakhir sudah majlis perkahwinan di Brunei.  Terima kasih pada Abg Fadhy sudi menjemput kami semua ke majlis yang serba meriah ini.  InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh kami datang lagi ke sana.  Its time for us to go home and pack our things.  Eventhough our flight is at 3pm..still kena pack jugak kan..:)




Thursday, 7 December 2017

Majlis di Brunei - Part 3


Salam to all my dear friends and family


Pagi ni lepas bfast K Noriah mengajak jalan-jalan pusing Bandar Seri Begawan. Majlis sanding disebelah malam. So, siang hari its time for us to explore BSB.  Sepanjang bersiar-siar di BSB ni, satu keunikan dapat saya lihat ialah hampir kesemua kedai dan bangunan bertulis tulisan jawi. Nama syarikat dan perkhidmatan bank jugak agak unik kerana diterjemah ke bahasa melayu. Bandar ni kecik aje, kebanyakan bangunnnya adalah bangunan lama tanpa sentuhan moden.

Antara info yang boleh saya share :
- Hari Jumaat dari pukul 12pm - 1pm all closed.
- Bangunan-bangunan kat sana, tak boleh higher than the mosque's minarets.  Kalau buat jugak, di top floor mesti dijadikan surau.
- Non muslims tak boleh makan in public during fasting hours in Ramadhan month.  Kalau  nak makan jugak tapau plsss..:)
- Orang Sabah dan Sarawak kalau drive masuk Brunei tak boleh beli mintak di Brunei sebab minyak kat sana subsidized. Petrol BND 0.53 dan Diesel BND 0.31. Sila buat matematik bandingkan dengan harga minyak di Msia.
- Penduduk ada lebih kurang 400k, kereta ada 1.2 million. Minyak murah. Patutla 1 rumah..berderet-deret kereta. Min is 5 buah, max is 10 buah kot.
- Untuk rawatan hospital, cuma bayar BND 1 je.  Kalau kat sana tak boleh dirawat dan kena ke oversea, semua cost akan ditanggung oleh kerajaan.
- Jumaat dan Ahad are off days. Sabtu hari kerja


PM's office. PM depa pun bukan orang lain..Sultan Brunei ..:)


Kami berkunjung ke shopping mall yang boleh dikatakan terbesar di Brunei yang dinamakan The Mall yang terletak di kawasan Gadong.  Kebetulan masa kami sampai sana ada ada Textiles Symposium.


Mempamerkan kain-kain songket hasil tenunan dari negara Brunei.


Cenderahati sempena 50th Golden Jubilee Brunei.  Memang niat nak beli sesuatu sebagai kenangan kan.  Tapi, nanti dulu..lagi pun baru 2nd day kat sana..ada byk masa lagi.  Banyak tempat lagi yang terjah lagi ni.


Lepas lunch kat kami singgah Masjid Omar Ali Saifuddien.  Masjid ni merupakan sebuah masjid yang cantik di Bandar Seri Begawan.  Ia juga adalah masjid moden yang pertama didirikan kat sana dan yang menjadi kebanggaan rakyat Brunei dan masyhur di seantero dunia disebabkan kubah emas itu. Masjid ni siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden islam.





Di depan masjid ni ada sebuah barge yang diperbuat dari batu. Barge ni diperbuat dari batu dan dibina pada tahun 1967 bagi meraikan ulang tahun ke 1,400 Nuzul Quran.  Ia digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.  Huiihh...tak tertahan panasnya.  Memang nak pergi sampai ke barge nuunn.. pendam ajela niat ituu..its too hot!!






The Parliament.


Bahasa Melayu menjadi keutamaan di sana.


Bila kita memandu kat sana, kalau ternampak signboard seperti diatas..sila baca dengan tenang dan berhati-hati.  Kak Noriah bgtau, sambil kita memandu kita berzikir jugak agar kita sentiasa berhati-hati kat kawasan tersebut.  Kiranya kawasan yang terdapat signboard camni, merupakan kawasan 'keras'.  Kawasan yang selalu accident, byk zombi...so hati-hati guys!!  Kalau siang-siang tak la terasa sangat.  But, when at night...memang you will feel there's something there..tuuuut.  Hati-hati aje..Allah sentiasa bersama kita..don't worry.



Malamnya berlangsung majlis bersanding di hotel yang sama di The Empire, Indera Samudra Hall. Kami orang yang trawal sampai sana dulu.  Tujuan awal tu nak tengok sunsetla kononnya...emm tak sempat jugak.  Bila kami sampai kt hotel, dah tinggal di penghujung set aje..addooiilaa.. 
,



Sedara mara teman borak yang mengamatkan meja makan..hehehehe.



Selagi pengantin tak sampai...selagi tu la kami tetap akan bergambar.


Setelah pengantin berarak masuk ke dewan terus ke pelamin, pengantin bersanding sekejap tak ada pun istiadat merenjis seperti di Msia ni.  Setelah selesai bacaan doa selamat, pengantin ke meja potong kek then turun ke meja santapan.   Memang sangat simple ni..:)


Bila waiter dah buka tudung, its time to eat.  Agak lewat jugak la majlis bersanding berlangsung...perut kami semua dah tak tahan kelaparan..huhu.  Mujur ada roti + butter as a starter..makan yang tu dulu alas perut.







Tetamu dari Brunei.  Kami duduk sekali semeja.  






Kengan bersama pengantin tidak dilepaskan.


Kek pengantin yang simple.


Kak Noriah jugak turut hadir bersama keluarga beliau.  Kita jumpa kat rumah nanti yea...kita sambung sembang..:)



Bersama anak2 Abg Farouk.




Parents pengantin perempuan.



Selesai sudah majlis bersanding untuk kali ni.  Pada keesokkan harinya ada lagi 1 persandingan di pihak lelaki pulak.  Kami pun tak dapat nak balik lagi..hujan punya la lebat malam tu.  Hotel ni tepi laut..lagi lambat la hujan nak berhenti.  Kami org terawal sampai..kami jugak org terakhir yang balik..sebab nak tunggu hujan reda ..baru kami boleh pergi ke kereta kami. Sambil-sambil tu..meluangkan masa bergambar kat lobby sampai lebam..hehehehe.  Nak dijadikan cerita, on our way home..kami boleh sesat. Akibat tersalah masuk simpang aje..jauh benar haa kami merantau..huhu.  Dah la hujan..kereta kat hiway pun tak banyak masa tu.  Dengan jalan gelap..Its already pass midnite at at that time. Kami tawakal ajer..mujurla saya ingat alamat rumah Kak Noriah. Turn on Waze la apa lagi..still sesat jugak. Ya Allah..malam tu macam tak jumpa jalan pulang..horror beb!!  Tak pe..tak pe..slowly ikut jugak Waze ni..ntah mana hala dia bawa pun kami ikut aje...kami pun ingat-ingat lupa jalan rumah Kak Noriah..mujur kami jumpa landmark arah ke rumah Kak Noriah.  Alhamdulillah..kami selamat sampai lewat jugakla malam tu. Tn rumah tunggu kami..risau sebab lambat kami balik...kami tak cerita pun..the next day baru kami cerita yang kami sesat.  Sebab malam tu..is gosip abt the majlis..:)

What's next...?  Nanti saya sambung lagi..

Sekian..