Thursday 6 December 2007

Kuasa Zodiak

Kisah Wanita Api – Aries (21 Mac – 19 April)

Wanita dalam kumpulan Api sememangnya dilahirkan dengan semangat yang membara dan berkobar-kobar. Ia memandu perjalanan mereka demi mencapai apa yang dihajati. Sikap wanita Api sebagai pemimpin memonopoli diri sehingga membuatkan mereka tidak dapat menerima kekalahan serta tidak boleh hidup bersendirian. Mereka ini penuh passion dan tenaga. Semangat kental dalam melakukan sesuatu serta sikap agresif membuatkan wanita Api dihormati. Tidak lentur pada godaan dan cabaran, itula keistimewaan wanita Api.

Cinta: Api yang membara perlu dirdakan dengan sikap lemah lembut daripada pasangan. Wanita Api juga seorang yang berjiwa lembut. Api yang membara terpadam jua apabila disimbahi air. Wanita ini perlukan perhatian dan kasih sayang. Biarpun sedikit ego, wanita Api kadang kala berperilaku romantik dan manja terhadap pasangannya

Tips Cantik: Wanita Api sentiasa tampil elegan. Penampilan perlu sentiasa kemas dan bergaya. Lebihkan perhatian kepada dandanan rambut / tudung serta pakaian lebih korporat sesuai dengan imej ‘pemimpin’. Warna merah yang bersemarak dan menyala amat sesuai bagi nafsu membara serta bergelora wanita Api. Kehangatan warna merah mencerminkan personaliti lebih ghairah lagi bersemangat. Untuk membangkitkan aura dalaman, pilih rona kuning, emas, oren dan merah bagi personaliti lebih menyerlah. Selain itu, tidur adalah terapi kecantikan terbaik bagi wanita Api. Tubuh lebih segar dan bertenaga selepas tidur yang panjang. Mereka juga dinasihatkan lebih kerap mengunjungi salun kecantikan dan spa urutan. Penambilan lembut dan mengasyikkan memang memerikan impak kepada emosi individu untuk tambil lebih ayu dan romantis

Fesyen untuk Aries

Mempunyai pesona glamour, pandai mencuri perhatian walau dalam apa sahaja penampilan. Seorang yang seksi dan berani. Aries seorang yang bertuah kerana punya daya penarik yang tersendiri. Nanun, ia bergantung kepada kebijaksanaan untuk menonjolkan aura tarikan tersebut. Warna serasi – Warna merah, kuning dan pink salmon. Warna-warna ini mampu menyerlahkan aura dan daya pemikat wanita Aries

No comments: